Tuesday, February 05, 2013

Hack The Planet

Pertama sekali nak sambung cerita Psy ni.

Semalam keluar lah berita kisahnya Psy ni dibawak oleh syarikat swasta, bukan kerajaan. Jadi kira tak bazir lah duit kiranya.

Soalan aku seperti berikut :
1. Kenapa pada awalnya ada saja yang rajin wakil mengatakan patut tak kecoh soal ini kerana membawa Psy ni ibarat hadiah dari kerajaan pada rakyat? Kalau ditaja, takkan nak anggap dari kerajaan. Betul tak?
2. Bila di kata, pelik pula rasanya - siapa yang sanggup 'taja' sampai berjuta?
3. Rupanya syarikat bernama Mega Ultimate yang bawak masuk. Meka ni promoter, walaopon haram aku penah dengar nama meka. Sebutlah Galaxie, Livescape/Rockaway, Pineapple, Clockwork dan sebagainya, sebagai orang dalam dunia hiburan aku tau lah. Rupanya meka ni buat konsert K-Pop banyak. Tapi publisiti tahap manja. Camna meka mampu ek? Sedangkan syarikat lebih gah tak mampu?
4. Diskodeng, rupanya banyak event meka ni ditaja bersama dengan Magnum 4D. Yang lain, belajarlah persoalkan sendiri.

Sebenarnya aku sedih bila perkara ni aku ketengahkan.

Aku berkali kata - JANGAN POLITIKKAN ISU NI!

Ada yang nak dengar?

Nasib baik pembangkang kira gentleman la gak ngan kerajaan ni kata, takpe, gi lah event tu. Acara rakyat.

Tapi tak bermaksud aku setuju. Sama bangang tuk aku statement tu.

Aku tambah panas, masih ada yang tak paham beza Korea dan China kot.

Kaum Cina dan Korea berbeza. Malah Korea lebih dekat asal usual mereka dengan orang Jepun. Tiada persamaan atau perkongsian budaya Cina dan Korea. Balik pada isu - jadi kira kita mata sepet je sama ke?

Sampai ada blog cybertroopers ni yang kutuk libatkan politik dengan pembangkan dan keluarkan statement "Cina dengan Cina pun dengki ke?". Soalan aku satu je - ko ni bangsa apa yang bodoh sangat? Ko kulit tan ni kira ko Latino ke? Maori ke?

Some people can be so shallow.

Sebentar tadi, wujud lah kecoh sikit. Kisahnya - website SEGi University College kena hack. Dan bukan tu sahaja, Malaysia Productivity Corporation punya website pun kena godam! Ini dua pesanan yang sama pada dua lama yang lain.





 
Masih ada yang tak faham ke ramai rakyat kurang senang situasi pembaziran ni. Apa rasional menjemput orang luar yang takde kena mengena, sambil berhabis berjuta ni.

Ridiculous.

I guess the reactions on social media are now the real reflection of the feeling of the silent majority now. If not, they will be sooner or later as people wise up. After all, semua dapat rebat beli smartphone ni semakin ramai lah online...


Credit : Original source from Amanz

Reactions:

0 comments: