Thursday, February 07, 2013

Fail!


Wow! Hebatlah. Kerajaan negeri... mengucapkan apa tu?

Gong Xi Fa Cai dalam bahasa Mandarin, Gong Hey Fat Choy kalau Cantonese dan sebab aku Cina Hokkien, sebut Kong Hee Fatt Choy.

Mana wujudnya Gong Xi FAI Cai ni? Typo kecik? Dalam bahasa Cina ni salah sebutan, maksud terus lari. Benda yang elok pon leh jadi bahan ajak gaduh. Jadi gila salah eja, rasanya?

Gong Xi means 'congratulations'. So in the full sentence tu, maksudnya tahniah atas  rezeki anda or something to that effect. Congratulations on your prosperity.

Fai Chai maksudnya - useless bum. Orang yang tak berguna, atau sampah masyarakat. Erm... jadi poster tu sebenarnya ucapkan apa? Tahniah sampah masyarakat?

Lain kali kalau nak sangat pakai bahasa orang tu, buat lah bebetul.

Reactions:

0 comments: