Friday, July 06, 2012

Studio time

Sejak aku 'kembali' ke pangkal jalan (gituh), dan mengambil keputusan nak berhenti dari bidang penulisan selepas 16 tahun, hidup aku kian hari penuh dengan bermacam venue lain untuk show, ataupun studio untuk persiapan.

Malam semalam sama aa konsep. Mula-mula gegas ke studio di Taman Tun Dr Ismail, ada sesi latihan bersama Atilia untuk Amir.

Esok, ada majlis 15th Anniversary San Francisco Coffee di Publika, dan Amir di undang menyanyi bersama Atilia. Last minute prep, gegar sikit. Sebelum ni Amir bukan duet ke collaborate ngan orang pun.

Yang ada setakat ini pun betul-betul untuk show, dia gabung dengan Sheila On 7 (pengalaman pertama dia) dan juga Aizat (untuk Go Gerila) selain show di Bandung bersama beberapa penyanyi dan seniman serantau.

But it's an honor to be performing with Atilia so wajib lah tak miss.


Selepas habis, bajet nak ke Blackberry party di Zouk, tapi ada sesi studio di Kasi Gegar, bersama tuan producer Anas Amdan.

Melampau sejak dua menjak studio lengkap untuk rakaman ni, si Anas tambah sibuk. Merasalah, kau mampu nak dua MacBook Pro sekali jalan?


Kesian Anas kena fitnah ngan aku. Milik Ruvi satu lagi tu.

Anyway, I've been having some awesome ideas lately, dan setakat ini ada empat plan besar aku doa akan terlaksana sebum penghujung 2012.

Aminkan  saja lah...

Reactions:

0 comments: