Thursday, July 05, 2012

On the road

Aku banyak habiskan masa di jalan. Ke hulu hilir. Sejak umur aku 17 lepas habis sekolah, kerja aku memang turun naik KL dari Klang.

Sampai hari ni, aku memilih duduk di Klang, even though aku ada tempat sendiri di Mont Kiara. Demi manja dan tugas aku sebagai seorang anak untuk menjaga kedua orang tua aku nya pasal.

So anyway... bila da kat jalan, aku belajar hiburkan diri aku. Biarlah meroyan di Twitter ke (korang selalu layan tahu lah perangai aku ni) atau pun keja snap pics benda-benda pelik nak gelakkan.

Ini antara benda aku rasa pelik.


Biar betul number plate keta ni. Kena kopek ke abjad dan angka tu bang oi. Takkan satu abjad je kot. Ke memang keta ni keluar zaman 50an gitu. Heh! Takkan time tu sudah ada Kancil kot.

But bend camni pelik aku suka tengok...

Benda yang sakitkan mata, antara nya trend aku penah blog dan tweet - gejala bebudak gantung teddy bear bahagian belakang keta kat bawah dekat ekzos. Bongok nak mampus!

Dan ini satu lagi trend sesungguhnya aku tidak akan faham rasional sebalik tindakan seperti ini.


Ko rasa cantik ke kalau kereta ko da elok-elok letak sticker/decal warna warni kat lining tingkap/tempat pam minyak dan kat number plate tu. Aiyo!

Keta ni nya siap aku tengok dekat-dekat, dia tampal yang Angry Birds. Ampun sapa wat camni... just aku memang tak paham WHY people do this to their cars.




Reactions:

0 comments: