Saturday, July 07, 2012

Mimaland - I'm back

Semalam memang malam aku takkan lupakan.

Istimewa nya... sebab buat kali pertama secara sahnya, aku mengikuti ekspedisi paranormal kumpulan Entiti 666, atas pelawaan Adam.

Sebelum ni banyak borak je pasal pengalaman dan pandangan... aku bab ni bukan expert. Jauh agi...tak secubit pun pengetahuan ramai orang keliling aku tang bab ni.

Tapi kira korang baca blog aku, kalau penah khatam dari mula, tau lah aku ni jenis leh nampak benda dan banyak kali alami benda-benda camni.

Aku penah singgah masa meka wat ekspedisi ke rumah terbiar di Klang.. penah blog pun kan?

Tapi kali ni secara sah aku menjadi sebahagian kumpulan mereka seramai lapan orang in total.

Dan destinasi kami?



Erm... tengok papan tanda pun confirm tak hirau kan? Tapi suasana malam gelap dalam hutan, aku pakai Blackberry aku saja nak snap pics, so jangan expect gambar tahap Power Rangers tahap DSLR la. Apapun, kami tiba pas melalui jalan yang kalahkan Camel Trophy (retro reference gitu).

Walaupun destinasi kami sebuah tempat yang banyak kenangan bagi aku... sungguh berubah sudah kawasan persekitaran sehingga kalau campak aku sana tanpa bagitau mana pun aku takkan cam.

Dengan bantuan orang kampung sana... kami pun tiba di... 



...Mimaland. Taman tema pertama di Malaysia yang dibuka sekitar lewat 70an dan bertahan sehingga awal 90an. Memang vogue aa zaman tu. Sunway Lagoon? Tak wujud pun... dan kira Mimaland ni pada yang tatau, memang advanced gila for its time. Tu yang ramai suka shooting sana.. dari Gila Gila Remaja... ke Mekanik kalau tak silap aku.

Sebab tutup? ... selepas kejadian seorang pelancong Singapura meninggal di kawasan kolam renang (dengar bab slide tu) dan kemudian diikuti tempatnya yang jadi mangsa tanah runtuh... diikuti saman dari pelbagai pihak - dengar khabarnya mereka terus bungkus saja. Tempat tu sekarang milik Magnum Corporation.

Di luar, sebelum jejak masuk, tambah sikit cerita 'urban legend' dari orang kampung sana. Memacam la... nak senang A to Z ada saja cita orang nampak/mengalami benda. Ini selain cerita yang tersebar di Internet.

So kami melangkah masuk dengan mixed expectations.

Personally for me - it was homecoming. I nearly drowned in Mimaland.

Umur aku ketika itu mungkin 8 atau 9 tahun. Naik slide paling tinggi. Kawan keluarga nya keja lah paksa aku. Bila aku landing dalam pool, the impact tu gila babiks... dan aku terhantuk pala kat lantai ke dinding kolam and momentarily passed out sehingga ada yang tarik aku keluar. Memang masuk air la...impak sampai hari ni aku masih leh rasa that moment.

Tu antara sebab aku nak join expedition malam semalam. Nak sangat see the place I had happy.. and a traumatic experience.

Anyway sambung cita.. masuk je.. ni benda pertama nampak dekat kawasan guardhouse.


Van terbiar ni banyak ada gambar kat Internet sudah. Tapi tak penah ada shot malam - sehingga sekarang that is.

And aku tengok kebanyakan gambar di Internet di ambil di Mimaland sekadar di pintu masuk dan kawasan berdekatan itu. Besar wo tempat... tapi mesti ramai tak berani menjelajah. Ye lah... masuk pun bukan sebarangan. Nak curi masuk? Cari nahas. Kang tak keluar.

Anyway... kami dibawa orang kampung untuk menjelajah.


Sejuk saja tempat... tapi segalanya ditutupi hutan yang 'memakan' tapak Mimaland ni. Memang most of the structures hidden by the growth da. The moon was bright though and everything was bright. We started dalam tengah malam.. dan menjelajah selama dua jam lebih.

Kami berjalan ke kawasan tasik yang dulu naik bot kayuh... (nostalgia sat sebab penah naik). Dekat 30 tahun tak jejak... cam tak caya tengok tempat ni dah hancur camni.

Juga ke kawasan dewan/skating rink yang dikatakan keras. Secara peribadi aku tak rasa apa-apa pun. Tenang sebenarnya di Mimaland ni. 'Radar' aku tak berbunyi langsung. 

Tapi aku kebelakangan ini dapat rasa yang betul betul kuat saja, atau yang tidak elok. Dan di sini, aku rasa kami 'diperhatikan' tapi tiada perasaan takut. Adalah perkampungan di sini kot... tapi bukan yang buruk buruk...

The Entiti 666 team later explored the old chalets. Ada satu bilk dikatakan ada pelancong berbangsa Cina ditemui mati dalam katil. Kata orang kampung... So kumpulan pun masuk untuk meletakkan equipment untuk test paranormal activity there. Ni luar kawasan bilik...  masuk pun kena redah semak samun.





The last pic tu, bed frame katil yang di mana katanya pelancong tu was found dead.

Anyway, sambil mereka memasan peralatan, aku dan dua tiga lagi orang kampung gerak beberapa ratus meter kehadapan. Ada main office chalet lama.


Kira mahal lah ni zaman tu. Kira four or five star punya harga gak lak. Ingat... zaman tu, nasi lemak sekolah pun 50 sen je, air sirap ke apa baru 20 sen sama dengan kuih semua. Harga wayang pun RM3 (masuk Mimaland pun sama harga untuk dewasa kot).

Anyway... I joined up back with them selepas meka siapkan rakaman untuk mengesan aktiviti. Ketika tu, mereka bersiap nak teruskan 'berkomunikasi'.


Nak pendekkan cerita, seperti di sangka.. takde lah benda 'buruk' di sini. Keras di Mimaland dakwaan ramai, memang rasanya tak berasas. Berpenghuni - yes. Berhantu? No. Ada beza.

Anyway, ni lah souvenir yang aku dapat - cuma sedar masa gi minum pas kami selesai.


Siot nya pacat (kot lah pacat). Sedar sedar (tak rasa apa pun) kaki aku berdarah... tapi... luka tak ada. Kesan gigitan? Ada kot... mmm... entah.

Banyak lagi gambar dan insiden di rakamkan, tapi rasanya aku biarkan kumpulan Entiti 666 dan Mazidul je explain lebih terperinci dalam blog meka. 

Personally for me, I felt a sense of happiness, peace and calm. And surprisingly... sadness. A whole lot of sadness. Emotionally because of nostalgia perhaps. But then again, it was overwhelming in another way. Entah kenapa emosi macam tu yang aku dapat rasakan dari tempt orang selalu katakana keras dan serum. Tak pernah...

Psychologically, seram sebab hutan.. gelap... dan kawasan tertinggal. Tu je. Tapi that's just in the head. Paranormal wise, jujur aku cakap, aku rasa seperti kalau aku duduk sana malam-malam pun, aku takkan takut. Bukan cakap je.. cuma... yang aku takut satu je. Yang aku tak nak tinggalkan tempat tu. Yang faham... faham lah...

Aku simpan niat nak jelajah Mimaland lagi kalau di beri peluang - tapi kali ini nak ketika siang. Aku tak dapat ke kawasan kolam renang dan gelungsur mana aku hampir lemas sebab jauh, dan the whole area memang too heavy growth da nak tembus dalam satu malam. Juga kawasan Maze dah tak wujud... dan Dinosaur Park ke haper yang ada dulu pun banyak da covered by the forest.


PS - Selepas Mimaland, kami ke satu lagi lokasi. Babiks horror walaupun tak sangka tempat tu camtu. Sat aku update.


PPS - Untuk lebih info ekspedisi paranormal termasuk penjelajahan di Mimaland dan banyak lagi tempat, usha blog Mazidul Akmal dan Entiti 666. Nak join pun leh...

Reactions:

3 comments:

wahhh..serious saya sangat terasa macam saya explore sama kat situ..
cerita details , gmbr details.
inilah entry org berpengalaman ek..
hehe..
(saya jelajah2 blog org nih pasal nak carik ilmu..nk belajar gaya penulisan dan apa2 yg ptt la...)
:)

err..mimaland ni saya cuma pernah dgr nama aje lah..
tak prnh merasa pergi pun..
hehe..

Aku memang da lama ada benda leh nampak... biasa je. Kalau nak tau lebih cari blog aku link dan baca lebih. Mimaland ada back info in back entry

terbaik lah artkel ni...!! wlaupun cuma baca tp sy dpt feel Apa yg awk rasa...