Tuesday, June 26, 2012

Coming soon

Pada siapa yang selama ini menyokong Go Gerila, dan juga Amir Jahari... it's gonna be fun.

Minggu ni memang keja kat studio nak abihkan single Go Gerila, Hadiah yang korang dapat layan masa kat finale Versus - Konfrontasi Terakhir. Recording dah nak siap, dan tak lama lagi berkumandang di radio!


Pada siapa yang tak pernah melayan Hadiah - ni single pertama Go Gerila yang bakal keluar.


And bakal menyusul - album Go Gerila jua.

Dengar khabar album Versus juga akan disiapkan secepat mungkin dengan kompilasi semua band, termasuk Hujan, Black & Parallax, Sofazr dan 6ixth Sense.

Selain tu, minggu ni sibuk dalam studio rakaman album single Amir Jahari yang kedua, Gelisah, dan juga album dia. Single dan album Amir akan diterbitkan oleh Anas Amdan, dan Kasi Gegar selaku syarikat rakaman.

Tanpamu, versi original akan dimuatkan, dan juga versi baru acoustic that was performed in Versus final as well, menampilkan halatuju Amir selepas setahun lagu tu berkumandang.

Ni versi final Versus lagu Tanpamu. Hope you guys like it.


Doakan segalanya jalan dengan baik. Dan teruskan menyokong evolusi muzik Malaysia.

Reactions:

0 comments: