Despite being REALLY tired sebab Friday night tidur lambat sebab abih event, balik pon da kul berapa, had too little of a rest on Saturday before shooting off to the #OctTwtFest - the gathering of Twitterjaya, or Malaysian Twitterers.
Personally for me, the event was AMAZING! First of all, I got to see so many of my Twitter friends and followers yang selama ni kenal nickname jek.
Secondly sebab this was one event takde VIP treatment for ANYONE. So ramai artistes and celebrities lepak skali ngan peminat. Ramai sangat hadir.. aku sendiri membawa Amir Jahari, sebab dia perform sana (memandangkan lagu dia naik pon sebab sokongan warga Twitter) dan juga Fazura.
Memang best... walaopon badan aku letihm otak berserabut, tapi bila da fun - semua lupa.
And congrats to my two winners yang menang the Blackberry Playbook and HTC Desire HD seperti diumumkan kat Twitter. You guys rock! Memang havoc la aku wat treasure hunt lajus je sorang sorang track aku.

Sila abaikan gambar Altimet di atas. Suka tau wat pose gitu tuk gambar aku. Anyway, the best part? #OctTwtFest unofficially broke the WORLD RECORD for biggest tweet-up or Twitter meet-up.
Unofficial at 2,615 against the world record of 1,935 tak silap aku, or somewhere around there sebab nak masuk Guiness Book of World Records kisahnya apply pun nak RM10,000 ke haper. So tatau la bebudak nak wat camna.
Still, the numbers were achieved and everyone had fun - tu yang pentingnya.
AGAIN - like Thursday and Friday night, memang we ended VERY late. Tambah agik pas abih keluar minum ngan bebudak semua.
Actually memula patutnya Amir ada soundcheck dan rehearsal ngan Sheila On 7 pas dijemput membuat persembahan collaboration ngan meka. Tapi last minute kansel. So esoknya memang rancang lewat tengahari gitu nak ke hotel meka latih ngan meka.
Pengurusan meka bagitau, we were to meet at Berjaya Times Square hotel to chill out with the boys. Tapi sebab jam, last minute tukar lagi jumpa kat Stadium Merdeka terus.
Sheila On 7 bagi lagu Dan dan Kita untuk Amir perform. Kira antara dua lagu atau keduanya sekali.
Panik gak sebab Amir takde rehearsal time ngan meka. Last-last meka sampai dalam kurang sejam sebelum nak naik pentas tuk mulakan show meka memandangkan mereka openers for the main show selepas warm up act in Kristal dan Jinbara (kira Amir sorang je Malaysian naik mainstage).
Sampai je, aku salute.. sebab sejurus turun van, meka diperkenalkan pada Amir (aku da kenal meka so ok jek) dan immediately last minute instructions pon membanjiri. Duta, Eross, Adam dan Brian decide nak lagu Kita for Amir, which I kind of like too.

Ni tak sempat panaskan punggung da discussion. Memang meka pro dan relax je, tak menggelupur. Eross terus amik gitar Amir dan pas skat technician nak check dan set-up ready.
Amir terus dok tepi sambung berlatih. Gila... umur 19 tahun, tak penah perform depan berbelas ribu lebih orang, tiba-tiba perform gitu skali ngan Sheila On 7. Aku tengok muka dia da panik gak, tapi gigih rehearse.
Brian, drummer Sheila On 7 pun puji.
Aku lepak ngan Dimas dari Hujan yang lepak backstage gak saja-saja. Rupanya, bini Dimas, ialah sepupu Adam. Wow.. pertalian keluarga!

So kepada Raingers, atau Sheila Gank, ni trivia yang penting ya nak ikatkan dua band iconic Malaysia dan Indonesia.
Just before Sheila On 7 went up onstage to get ready, the whole band calm Amir down, dan bagi nasihat. Aku terharu meka sanggup take the time, when they didn't even need to care.

Memang Brian paling amik berat, which is great. Aku meanwhile standy nak amik pic bagai sebab da phone caj penuh! Amik ko (sila abaikan time kat phone sebab diamik selepas konsert abih)

Heh... sekali gus nak tunjuk sekarang bukan je pakai HTC Sensation XE, tapi juga Blackberry Bold 9900 ye.
Anyway, the concert started. Beberapa lagu dari Berlayar dan banyak lagu staple Sheila On 7. Pergh... the band still has it. Dah berapa kali aku tengok meka live, tapi tak pernah aku bosan. Lagu meka memang fresh agik, dan performance meka memang energetic abih!



Sampai time, Duta pun umumkan the collaboration, dengan artis baru Malaysia - Amir Jahari. Aku standby kat backstage celah headbanging kat depan, just to check on Amir. Rilek je.. cis! Aku da bayangkan dia panik... sorry takde pics sangat sebab masa tu sibuk. Nanti aku upload video persembahan mereka ek.
Kita had a little bit of a problem memula sebab mic Amir tak berbunyi! Duta cepat-cepat gantikan. And by the end of the song, lega!
Pas Sheila On 7 wrap their set, kita gather kat belakang, dan celah diserbu, borak ngan the whole band. Jelas mereka pun bangga gak ngan musicianship Amir bila meka tau dia cuma 19 tahun.
Later siap Brian BBM aku, dan Duta tweet aku dan Amir. Bangga!
Celah tu, sempat snap Dewi Persik naik atas pentas wat persemabahan!

Tu dia... takyah DSLR bagai. Pakai Blackberry pun cantik gila da pic. Tak perlu Instagram pon nak feeling artistic bagai. Matilah ko!
But definitely the end of the night, this one picture (courtesy of
Oh Bulan) will definitely be one for the albums. Aku bangga dengan artis aku sebab dia mampu hold his own atas pentas dengan senior yang hebat macam Sheila On 7.

All in all, it was a tiring end to the week, but damn... I would do this all again if I had the chance. And I probably will. Amir yang start secara independent, da ada empat label approach nak sign. Aku masih dalam proses teliti kontrak. Kami tak pasti nak sign dengan label atau terus independent lagi... sebab lagu Tanpamu masih panas kat radio, dan kami pun sudah ada lagu untuk dua tiga single hasil Amir sendiri yang ramai orang industri da dengar dan suka.
We'll see how it goes. Awal bulan depan nak shooting music video dia... so kena fokus tu dulu.
Eh... lenguh balik jari jemari halus (halus ke sedangkan sekali hentak keyboard ngan satu jari pon empat key kena). Will update more soon. Have a feeling though aku nak memalaskan diri come Deepavali nya public holiday...