Saturday, April 09, 2011

Sediakan payung...

I bought a new toy hari ni. Sekali tengok, gempak gila. Sampai aku usung ke sana ke mari pas beli tu, orang semua pandang semacam je ngan benda ni tergantung belakang aku.



Motif pedang samurai? Matilah aku kena cekup jap agik membawa alat senjata di khalayak ramai. Konsep cam feeling nak amuk je kan.

Yang sebenarnya?


Merasalah ko! Kelas tak payung aku? Payung pon leh ganas ok! Kalao aku sebelom ni sanggup basah kuyup sebab malas nak usung payung merata, this time aku da rajin bak sebab stylo, sial bak benda ni.

Heh... me likey! Sesuai la musim skang yang panas terik, tapi tiba-tiba ujan tak hengat lebatnya tak pasal-pasal.

Anyway, smalam aku awal pagi da gerak ke AEON AU2 Setiawangsa. Ada kelas.

Motif kelas kat mall? Pada sapa yang ikut Twitter aku, at least sejak beberapa bulan lalu, mesti tau aku terlibat dengan Akademi Fantasia 9.

So siang smalam, kelas komunikasi media aku dengan para pelajar. Heh... kenapa aku takde tersenarai dalam fakulti? Kira aku ni guru bantuan je, leh?

Tapi konsep rancangan aku terlibat dari peringkat awal, so yes, this is one of my projects for this year.

Ni pic sebelom kelas aku. Aku dok melepak tingkat atas rumah kaca (pada siapa yang minat Nikki dulu, mesti ingat konsep ni ketika pelancaran album dia yang aku wat dulu). Sempat snap pic pengetua, abang Amy, layan diskusi dengan bebudak pasal performances dan sebagainya.


After sesi abang Amy, aku masuk la tuk sesi aku. Tak sempat snap pics apa, but ni pic of tamu ku tuk hari ni, iaitu - the one and only, Yuna.


Memang best dapat curi masa Yuna yang teramat sibuk, baru balik dari US, dan awal bulan depan nak fly balik sana. Thanks, baby girl! Seronok la bebudak dapat layan Yuna perform tuk meka khas, lagu Dan Sebenarnya, Deeper Conversation dan Cinta Sempurna, live and acoustic sambil main gitar je.

Dapat dia berkongsi about how important PR skills are, as part of my introduction to the syllabus for musim ni. Oh by the way, musim ni bukan kali pertama ku bertugas as a media consultant for the show, dulu musim ketujuh pon penah aku terlibat.

Anyway, baru leh tunjuk pic ni.

Again, sapa ikut tweet ku mesti da tau, aku terlibat juga dalam sesi ujibakat di Kuala Lumpur. Bersama Syafie dan Adlin, aku bertugas tuk pemilihan peringkat ketiga audition. Ni pic kenangan bersama the production team.


Ni lak pic in action. Heh... rambut serabai! Ringan pala bila da potong pendek.


By the way, sebab lama tak update blog, didn't get to update a lot of things that have happened over the past three months. But this is one of the most important events yang took place.


Yeap... I went to Singapore for the Janet Jackson concert dia wat, and terima kasih pada kengkawan organiser, I got to meet Janet. Sebab backstage takleh amik pic, ni je sempat aku cilok dari official website Janet.

Best gila dipeluk one of my favourite artists and dapat cakap ngan dia - even about Michael. Sad... but it was a moment aku akan ingat selamanya.

Anyway, lega smalam dapat langsungkan first class without any problems, tapi Sabtu ni berdebar gak aku sebab konsert minggu pertama. I hope these kids prove they're as capable as I believe in them.

Ahad lak gi Bruno Mars. Yeay!

Ok... nak sambung memalaskan diri pagi Sabtu ni...

Reactions:

8 comments:

Bro berkenanlah dengan payung tuhhh..gempak giler siot..Gud luck for tugasan untuk AF9 bro. Hari-hari kena gi ker??

Joe, u look nice with longer hair!

oh2 payung tu, pernah tgk, mmg cool!

Terlibat AF9 rupanya. Padan le busy memanjang. tengok bebudak AF9 ni macam berlagak dah artis je tapi sbenarnya baru tahap tadika. aku setuju OPS GUGUR ni. Bagitau GUGUR itu NERA, sampai hari ni aku cum a puji dia cantik tp suara kelaut Adaman. bagitau itu Fina masuk, suara power, rasanya Lenin commercial dari kakak dia. Muka Iras Misha...phewitt. Kalau budak lelaki aku rasa Amir tak commercial, performance pun boleh2 je, Malay Hazama masuk aku sokong misti Power suara dia. Anyway, skarang muka ko Joe dah slalu aku nampak kt tv.

pergh! stylo la payung tu..beli kt mne bro?

bro..beli mana payung tu ?? PM sy @ eakrum747@gmail.com...

bekenan sngat dah ni..hehe

tak kira aku nak payung pedang samurai tu...memang rare...beli kat mana tu...