Thursday, October 28, 2010

It's a boy!

Pagi tadik, aku ngan tak cukup tido (so am not a morning person), aku gegas ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia kat Bukit Kiara. Seram sejuk...


Bukan sebab air-con yek. Sebab ni...


Aku dijemput sebagai ahli panel tuk forum! Pengsan! Especially a topic like Memartabatkan Bahasa Memperkasakan Warisan Seni. Dah la kena cakap depan orang gomen lak sebab dianjurkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

This is so not my scene. Semua pakai batik aku pakai T shirt and jeans. Heh!


Gambar tu curi snappy masa baru naik. Mengigil aku. Sebenarnya aku dulu phobia tuk public speaking. Tambah agik aku dulu jenis gagap (skang da tak kecuali kalao excited ke marah). Plus, nak cakap pakai bahasa kebangsaan, on such a topic. Pergh!


Tuh dia. Pengerusi - Dr Mahadi J Murad and my fellow panelists, Mamat Khalid dan Hans Isaac. Matilah aku!!!! I so don't belong here.

Tapi you know what they say about facing your fears. I didn't do too bad, and actually had fun. Sambil tu share la pengalaman sebab serious aku rasa ramai confuse ngan aku ni. Mana taknya. Dak berbangsa Cina rambut sparuh merah moka penoh besi ngan tattoo bagai - so tak kena kan, visual?

But I had people come up to me telling me how enlightened they were and how impressed they were with my grasp of bahasa kebangsaan.

I often forget that sebab memang all my friends dari sekolah rendah dulu tau, aku dari kecik camni.

I guess, you just have to love it to get it right.

Speaking of loving to get it right, tahniah to Audi and Nikki!!!!

Nikki dapat baby boy! Contractions nak dekat sehari! Gila! Labour almost an hour! Finally Liam Mok was born semalam weighing in at (I think) 3.3kg. Ni first pic Liam.


Had a few words with Nikki becase she was still so tired out and sleeping - waking once to have a short chat sebelom tido. Rasa nak nitis airmata. Nikki has been my baby sis - and it was like watching anak sedara sendiri.

Spent some time with Liam before Audi yang lepak kat bawah ngan bebudak studio ajak gi minom before we were joined by Faizal and Gen.


If you're wondering what they're watching on Audi's iPad - it's the video of Liam's birth. Scary siot. Pengsan kot aku kalao kena masuk tengok orang labour.

But congrats again to Audi and Nikki on the healthy boy.

Jap. Picture of the day before I end this entry. Camana orang ada Mercedes limo - parking kan tepi jalan jek? Takkan takde tempat lain walaopon alasan tak muat parking biasa ada.


Reactions:

0 comments: