Thursday, October 07, 2010

Beraya ada berani

Daripada menu ni, sila teka aku beraya ke rumah sapa.







Aku rasa dari nama memeningkan menu yang ada (ni tak lengkap pon aku snap), da leh teka sapa kan. Of course, none other than Azwan Ali la.

Ni pic ngan tuan rumah. Sebenarnya kena paksa snap pic ngan dia nih sebab nak tweet katanya. Yela....da makan kekenyangan. Da cam ular sawa... nak snap pic lak. Sempat capai cushion nak cover perot!


Aku borak panjang ngan Linda je keja. Ni snappy pic dia ngan Noniswara skali.


Aku melekat skali ngan dia ada sebab. Dia da keluarkan iPad kisahnya nak lawan aku! Heh! Hebat la gak kalao belek iPad dia kalahkan Umie Aida, Erma Fatima dan iPad beberapa selebriti so far. Kira berisi la gak. Tapi skali aku kuarkan aku nya... nangis dia. Kalah gak kan Linda?

Heh... ni snappy dia share photos ngan Rebecca.


Aku dok selama yang mampu. Tapi pastu kena gegas lokasi rahsia sebab kena kerah ngan Erma Fatima tuk majlis rahsia. Banyak persiapan kisahnya for this little get together she's planning (jadik kita lak ngan kengkawan nak tolong).

Seronok... can't wait to see everyone's faces. Lokasi? Tengah KL but quite isolated. I like!


Reactions:

0 comments: