Wednesday, October 20, 2010

Alam dan manusia

Ok... where do I start this entry. Mesti ada yang marah pas baca ni. So let me start with something silly. Tadik lepak kat Q Bistro ngan kengkawan. Yang kat Curve dan Tesco tuh.


Azab tak?


Matilah ko! Internet cafe skang pon da caj RM2 tuk sejam, ni baru nak pakai letrik je camtuh. Gila ke haper.

Anyway, tadi gi pelancaran Festival Filem Malaysia 23 (FFM).

Hah.. tu da nak undang pelbagai carotan. Sapa follow Twitter aku tau, aku memang tak stuju banyak benda pasal kali ni. Mana taknya. Organization hampeh - ramai sangat complain, termasuk anak-anak seni yang sendiri dipinggirkan dalam apa yang sepatutnya majlis meraikan hasil keja mereka.

Mualaf leh tak capai walao sat pencalonan pon, tapi filem cam Pulau Asmara? Matilah ko again gituh.

Ok.. tolak tepi soal tu. Sebenarnya tak kuasa nak gi, tapi pergi sebab ni jek.


Yer.. filem 2 Alam yang dikompangkan akan mengaut RM40 juta. Katanya... walaupun... takpe. Aku cuba objektif dalam menilai pas tengok.

Tengah makan layan akak Ziana yang baru sampai.


And it was on to the show. Pelancaran FFM 23 dan pengumuman beberapa pemenang dulu pra-malam Kemuncak.

And here's where all the problems begin.

Persembahan artis - kenapa pembukaan ngan Zehra Zambri? Very Citrawarna versi takde bajet. Selain tu, mic Hafiz masa nak perform technical issue, and yang pentingnya semua lagu yang dipersembahkan aku tak nampak relevance to the event.

The nominations memang aku ada problem sikit. Magika dalam kategori filem komedi? Fazura untuk pelakon pembantu tuk Lagenda Budak Setan dan buka pelakon wanita terbaik dalam Pisau Cukur?

Shamsul dalam pelakon lelaki terbaik?

So many things wrong kan?

Tapi kembali pada majlis.

It was held at Cineleisure, kat e-Curve. Ada ke patut majlis konon prestij, walaopon cuma pra-anugerah, di adakan di shopping mall? Yang sempit lak tuh.

Dah la memang tak eksklusif camtuh, lokasi pon tak kena.

On top of thatm, kelam kabut, bising, dan no traffic control

Soal jemputan? Leh tak Afdlin Shauki dan ramai anak seni tak dijemput - walaopon merupakan past winner yang meletup?

Yang ramai? VVIP dan VIP yang tajuk albumnya - SIAPAKAH?


Ada pihak akan kata - banyak la rungutan ko! Hakikatnya - it's true that there are so many problems with FFM 23, da hilang da any prestige to the awards yang sepatutnya tahap Oscar tuk Malaysia.

Aku dapat senarai juri malam ni. Gila.. lima orang? And mereka yang menentukan terbaik dalam industri kita? Seriously?

Patut lah 'bagus sangat' hasil.

Inilah masaalahnya bila seni dipolitikkan.

And the results? Ni keputusan malam tadi.

Filem Komedi Terbaik
1. Adnan Sempit
2. Kapoww
3. Magika
4. My Spy
5. Pisau Cukur

Pengarah Harapan
1. Edry Abd Halim (Magika)
2. Farid Kamil (V3: Samseng Jalanan)
3. Jason Chong Chia Shien (Belukar)
4. Jor Chee Leong (Haq)
5. Rosihah Zain (Hooperz)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
1. Bront Palarae (V3: Samseng Jalanan)
2. K.S Maniam (Estet)
3. Que Haidar (Lagenda Budak Setan)
4. Shaheizy Sam (Evolusi KL Drift 2)
5. Zul Suphian (Santau)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
1. Lisa Surihani (V3: Samseng Jalanan)
2. Norliana Shamsudin (Adnan Sempit)
3. Nur Fazura (Lagenda Budak Setan)
4. Raja Farah (Haq)
5. Ziana Zain (Magika)

Pelakon Harapan Lelaki
1. Kamal Adli (Niyang Rapik)
2. Redza Minhat (Pisau Cukur)
3. Remy Ishak (Evolusi KL Drift 2)
4. Shashi Taran ( Estet)
5. Sheikh Bolkiah Sheikh Ahmad (Pulau Asmara)

Pelakon Harapan Wanita
1. Daphne Iking (Belukar)
2. Nik Adrea Nik Abdullah (2 Alam)
3. Nur Ashiqin Kamal (Lagenda Budak Setan)
4. Putri Mardiana (Santau)
5. Shasha Arsheela (Pulau Asmara)

Pelakon Kanak-kanak Terbaik
1. Amirul Adli Mohamed Norin (Haq)
2. Ammar Adli Mohamed Norin (Haq)
3. Farisya Fatin Faisal (Santau)
4. Fimie Don (Magika)

Penataan Seni Terbaik
1. Anuar Paharudin/Johan Lucas (Magika)
2. Irwan Idris (Lagenda Budak Setan)
3. Irwan Mazwan Ibrahim/Johan Lucas (Jin Notti)
4. Sapri Ibrahim (Estet)
5. Shah Aznan Zainun (Evolusi KL Drift 2)

Penataan Bunyi Terbaik
1. Brian Ng (V3: Samseng Jalanan)
2. Brian Ng (Santau)
3. Brian Ng (Adnan Sempit)
4. James Baun 9Evolusi KL Drift 2)
5. Edry Abd Halim/Amaluddin Syukri/Mohsin Othman (Magika)

Lagu Tema Asal Terbaik
1. Edry Abd Halim/Penyembuh Rindu (Magika)
2. Farish Ramli/ Syurga Seketika (Niyang Rapik)
3. Edry Abd Halim/ Menggegar Dunia (My Spy)

Pereka Kostum/Busana Terbaik
1. Rosada Abd Hamid (Haq)
2. Hasnan Yaacob (Jin Notti)
3. Hasnan Yaacob (Magika)
4. Shen Imageneering (My Spy)
5. Zarina Abu Sidik (Santau)

Poster Terbaik
1. Belukar (Preston Zaidan)
2. Estet (Naga VXS)
3. Magika (KRU Studios)
4. Pisau Cukur (Primeworks)
5. V3: Samseng Jalanan (MIG Production)

Tu dia. Pemenang highlighted. Do I agree? Penting ke aku setuju ke tak.

Just orang industri tahu - tiap tahun kalao ada pihak yang ada kena mengena dengan penganjuran, ada je keputusan yang menyebelahi pihak tertentu. Takyah la cita. Everyone knows... some things in this business are open secrets.

So for FFM 23? Ni baru pelancaran camni... I shudder to think of Sunday.

Now on to 2 Alam.


Ok. First of all you have to admit mamat Rozmey ni memang genius dua benda.

Dia berjaya nak brandingkan diri dia, biar sut dia yang warna-warni pelangi ala Paddle Pop ke apa, ke rambut dia yang begitu vogue - he has established himself as a brand.

Second bab dia genius - dia berjaya yakinkan orang yang 2 Alam worth watching ngan berangan nya mengatakan leh RM40 juta kat box office.

So... aku bagi can. Aku nak tengok kehebatan 'fenomena dDR' as dia sendiri kata.

Alamak.. siap bagi soundtrack pree katanya masa premiere. Owh yeah... aku masuk premiere 2 Alam, sebab the other movie is Estet dari abang Mamat Khalid. Aku pilih 2 Alam bukan sebab 2 Alam lagik bagus - tapi kerana aku sanggup bayar tuk menonton hasil kerja Mamat Khalid yang terbukti kualiti.


Alamak... ni bagi prepaid card apa lak ni? Branding sakan kaw kaw...



Sebelom pe-pe... kononnya tiket premiere 2 Alam habis, kan?

HADO?!

Panggung 2/3 kosong hawau! Beriya je cakap tiket abih, tiba-tiba tiket bersepah. Tayangan Estet betul-betul penuh sampai takde ruang masuk. 2 Alam cannot even fill the seats masa premiere. Camna tuh? Marketing strategy kata penuh - walaupun? Pastu terus update Facebook konon riuh orang nak tengok - sampai penuh. Propah sungguh demi marketing.

Hasilnya?

Inilah antara filem paling SAMPAH aku pernah tonton in my whole life.

Why?

Segi teknikal - hancus! Visual berterabur, siap ada banyak shot out of focus dan kabur. Editing choppy, sampai menggangu storytelling. Impak dan elemen kejutan meka cuba ketengahkan hado menjadi kerana tu dan juga adunan audio yang level tahap orang psycho keja kan ngan fluctuate sana sini. Hanya beberapa babak cinematography aku leh maapkan, but even then not original.

Segi lakonan - hancus! Lakonan kayu dari kebanyakan cast yang over. Tahap drama RTM 80an. Bayangkan ada satu scene nak rogol... ada ke watak tu gesel anu dia, "Boss aku la dulu boss... air tak tahan naik pala ni... biar lah aku main dulu" or something like that. Apakah???

Storytelling - hancus! No plot development, and no character development. Bayangkan, Aaron Aziz je la aku sanggup tengok - tapi tu pon hanya satu scene je yang meka cuba nak ikat watak dia pada watak si Amy. Apakah? At the end of the day, ko tak rasa pe pe pon bagi any of the characters. No emotion.

So many things wrong it will take forever kalao nak go on.

Bayangka camni je kalao ko nak imagine 2 Alam camna. Bayangkan music video karaoke Audio One yang paling hazab (betol ni.. siap ada scene music video cliche karaoke dalam kolam), campor soft porn 3GP yang censored, dan drama paling hazab ko penah tonton. Itu lah 2 Alam.

At the end of the day - Rozmey may be a good businessman, but dia bukan anak seni dan dia harus akur, produk ini bukan sesuatu yang leh dibanggakan.

2 Alam adalah bahan gelak dunia seni Malaysia. And God help us kalao Rozmey nak pakai duit dia hantar festival bagai. Malu dowh!

Perlu ke filem tunjuk adengan nak kuburkan, pastu scene main, kubur, main, kubur, main, kubur, main.. tu je.

Menggunakan the worst cliches dunia kaum ketiga - bayangkan fokus pada front page Kosmo! yang watak Amy ni sebenarnya asal seorang lelaki. Familiar? Or scene wedding Amy kahwin Mat Salleh di England ala style gereja siap pakai gaun putih yang takde kena mengena jalan cita. Familiar?

All these have made the papers before.

It's one big cliche.

And badly executed at that.

Malu gila! Aku dari gelak sebab kebodohan filem ni jadik marah in the end.

Sumpah ranah aku kenapa orang memperbodohkan industri perfileman negara kita. Memang betol la apa diperkatakan selama ni. In this business, yang ada duit - hado sense of making proper films, dan mereka yang kreatif lak - nak carik modal tuk fund their productions struggle gila.

Hmphhh.. sapa nak gi tengok 2 Alam, gi lah. Aku rasa baik korang derma RM10 lagik baik. Ada gak berkatnya dari mengalakkan kebodohan camni.

Status 2 Alam? Sama pangkat ngan filem filem sampah seperti Misi 1511, Mendam Berahi, Pulau Asmara dan Lembing Awang Pulang Ke Dayang.

Again. SAMPAH!

Dah panas-panas.. korang layan la pic Aaron.


And with his beautiful wifey (kalao ada sequel nak ke tima? AHAHAHAHAHAHAHA), Diyana Halik.


By the way, Diyana and I had the same penchant for accessories. Check out our ring.


Abih je, kita semua ramai-ramai ke Rasta. Ramai orang kuat pembikin filem skali. We all talked and laughed about this. Here's hoping Rozmey akan menggunakan duit dia dengan cara betul, salurkan pada anak seni yang betul-betul mampu melahirkan hasil membanggakan.


By the way, I'd rather keep my money and watch banyak lagi filem Afdlin (Misteri Jalan Lama) dan Mamat Khalid (Estet, Kak Limah Pulang Ke Rumah - sekuel Zombi Kampung Pisang) dari layan filem SAMPAH!

Reactions:

2 comments:

love your review sampai aku tergelak2 baca.2 alam yg memang tak menjadi!

how come Fazura tak tercalon dlm pelakon wanita terbaik?????

me so angry!!!!