Tuesday, August 17, 2010

Noya sungguh


Hari ni tak noya. Jalan clear je. Jalan kat ibukota sedap sangat nak travel!

Kata kau!!!! Pastu terjaga dari fantasi aku yang nan hado! Dah la ujan. Paham je la kalao ujan camna kat KL ni. Terus semua jalan kat bandaraya tukau jadik parking lot terus tanpa sebijik pon keta leh gerak.


Terkenangkan jemputan si Azwan Ali ting tong tuh, aku redah gak nak gi event buka puasa dan pelancaran buku dia - Selamat Jalan Dunia Pondan (sapa yang ucap slamat jalan tuh... ko ke Wan?... matilah aku!)

Terkenangkan kalao tak gi hazab neraka la laharan dia aku pun gigihkan diri.


Tuh dia. Tokei batu katanya. Baju tu kain ringan selembut sutera bagai, terus berkilo beratnya akibat segala embellishment yang ditempek bagai.

Apapon, aku suka lokasi launch event dia. Kat Tamarind kat Ampang. Dua kali je penah sini. Skali masa tiga empat tahun lepas tuk event National Geographic, dan the next pastuh, private wedding dinner Ning pas dia kahwin (sebab da lepas lama da leh cita)

Tapi kan... satu je aku gelak cam tak kena wat buka puasa sini. Sebab Tamarind ni tak silap aku aesthetic Vietnamese, Laotion and Cambodian, bersepah la patung Buddha. Tak kisah agik... ni atas meka patung gajah (walapon hiasan) seram aku.


Terus aku menjadi badut tuk nyanyikan kat kengkawan, "Kau lah... dewa yang aku puja". Matilah rosakkan lagu orang. Jadi tema pemujaan lak katanya.

But still it was well organized walaopon bingit sikit. But sapa tak kenal Azwan.. kan. Matilah carot. Da la kaki propah!

Tengok ni buku yang dilancarkan.


Hah.. tu covernya. Tapi nak tengok isi dalam Selamat Jalan Dunia Pondan? Mai aku kongsi rahsia buku nih.

Sebenarnya... tajuk penuhnya - Selamat Jalan Dunia Pondan...


...Najib Razak???

Matilah buku mock up je katanya. Motif pilihan nama Najib Razak. Gila! Heh!

Merasalah pas ni ada yang ngadu katg Azwan aku carot dia. Pas tu lagakan, terus kami perang supaya ramai lak jenguk blog lahar melahar. Feeling! Heh... saja je. Da pon awal-awal lahar Azwan.

Still - dia memang kebal nok. Kulit lining beg Gucci ku pon kalah. Amik ko!

Still, anyway, Azwan, congrats on the book launch. Ingat ek... tone down la sikit pasnih.

Reactions:

1 comments:

baju dia tetap jadi pujaanku! hehehe. (sambil piki2 nak beli batu ape nak hias baju melayu aku)