Monday, May 24, 2010

AF8 -Siri Autopsi 2

Hah... hari ni lak kita nak tengok soal rating yang vast kebaboom yang dicanang.


Sebelom kita mulakan diskusi (matilah monolog sebenarnya), mai kita imbas kembali apa yang dikatakan. Roll VT! (macam betul jerk) Artikel dari mstar.
Kritikan Biar Adil - Norman

Hanya tinggal lapan peserta yang akan melangkah ke minggu seterusnya. Foto The Star. Oleh SHAARI CHE MAT

BIARPUN banyak kritikan dilemparkan di dalam blog-blog hiburan yang memberi persepsi buruk terhadap prestasi pelajar-pelajar Akademi Fantasi 8 (AF8), namun pengetuanya, Norman Abdul Halim mempunyai pandangan berbeza.

Menurutnya, persembahan yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajarnya kini semakin meningkat berbanding minggu pertama, malah katanya, reaksi positif turut diterima daripada kaum bukan Melayu di luar.

"Saya tidak rasa prestasi mereka lemah, bagi saya pelajar-pelajar yang dianggap lemah juga semakin menunjukkan prestasi yang baik. Saya lihat kualiti mereka semakin meningkat.

"Katika saya berada di sebuah restoran, saya didatangi seorang lelaki bukan Melayu yang ingin mengucapkan tahniah dan menganggap persembahan pelajar-pelajar malam Sabtu kelmarin adalah yang terbaik.

"Persembahan pentas mereka lebih matang, seperti yang semua maklum, ini bukan pertandingan nyanyian semata-mata. Saya menganggap mereka seperti berlakon teater.

"Dalam satu masa mereka perlu menyanyi sambil melakukan gerakan-gerakan badan dan tarian yang telah diajar. Sedangkan baju mereka sendiri juga bukan pilihan mereka.

"Jadi, saya rasa tidak adil jika mereka terus dikritik terutamanya di blog-blog. Kritikan biarlah adil, saya rasa masyarakat luar masih ramai yang menyokong dan mempunyai pandangan positif," jelasnya.

Norman selaku pengetua AF8

Dalam pada itu, Norman turut memberitahu peningkatan terhadap penonton rancangan ini lebih 40 peratus berbanding AF7 lalu.

"Kita baru menerima maklumat bahawa peningkatan penonton melebihi 40 peratus berbanding musim lalu, ia menunjukkan AF8 masih mempunyai pengikut dan sokongan.

"Kita bukan nak lahirkan penyanyi tetapi penghibur, sekarang pun ada bekas pelajar yang telah tersingkir sedang merakamkan single mereka," jelasnya.

Sementara itu, dia turut mengakui Diari AF8 mempengaruhi tanggapan segelintir masyarakat terhadap pelajar-pelajar.

"Saya sedar ramai yang menonton Diari AF8 menganggap pelajar banyak main-main berbanding belajar, namun itu hanya drama. Di sebalik itu mereka belajar dengan bersungguh-sungguh.

"Kami tidak pernah main-main mengajar, namun masyarakat tidak nampak perkara itu, sebab ia tidak tunjuk di televisyen," katanya.

Tiada Penyingkiran, gimik AF8.

Kejutan yang sudah dijangka apabila tiada sebarang penyingkiran dilakukan pada minggu ke lima ini. Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi, pihaknya sengaja merancang tidak mengadakan penyingkiran pada minggu ini bagi menampilkan kejutan terhadap AF8.

"Ia sudah menjadi sebahagian permainan kepada AF8 dan saya berharap keputusan ini akan meningkatkan mutu persembahan para pelajar untuk bersaing pada minggu seterusnya," ujarnya.

Seramai lapan pelajar lagi akan meneruskan perjuangan mereka iaitu Adira, Ain, Farina, Iwan, Daus, Maulana, Shahir dan Nad akan meneruskan perjuang


Abaikan semua statement yang tidak relevan, except for the one highlighted in bold red lettering yer. Tu yang kena pay attention.

40% tuh lebih dri AF7... gila hebatnya AF8.

But... 40% of what? Jumlah orang menonton wat minggu kelima tu? Or jumlah orang setakat tu? Atau jumlah peningkatan orang yang layan iklan Brands? Merasalah...

Sebab meka suka sangat bandingkan ngan AF7 - mai kita compare figures dari Arianna TV ratings system dari Nielsen. Ni tuk sembilan concert (tak termasuk final lagik)

Untuk AF8, here is the breakdown penonton (ni ikut sistem ek, bukan jiran aku yang wat kan)

AF8 AF7
Tirai Akademi Fantasia - 835,943
Konsert 1 - 803,598 Konsert 1 - 937,915
Konsert 2 - 810,478 Konsert 2 - 1,119,390
Konsert 3 - 748,816 Konsert 3 - 1,051,299
Konsert 4 - 639,156 Konsert 4 - 994,402
Konsert 5 - 679,768 Konsert 5 - 1,020,011
Konsert 6 - 617,260 Konsert 6 - 1,010,973
Konsert 7 - 590,012 Konsert 7 - 812,477
Konsert 8 - 729,095 Konsert 8 - 786,810
Konsert 9 - 733,556 Konsert 9 - 990,923

Mungkin aku tak pandai Matematik... tapi aku tak nampak pon peningkatan 40% yang dikatakan. Korang nampak ke?

Mereka tak berikan angka untuk jumlah penonton bagi konsert akhir, tapi aku dengar dalam lingkungan 1.1 juta orang. Konsert akhir AF7 pun 1.24 juta orang. Masih takde peningkatan 40% pun?

Aku diberitahu pihak Astro masa meka insist ni raw data... and lom dipecahkan. Merasalah... takkan nak kata menang 40% peningkatan dalam masa seminit bagai? Lagikpon, selama ni meka kuar statistik main suka ati pon. Tak penah nak transparent ngan penonton.

Penonton pun kekadang dipropah bagai kan? Bila kata ningkat caya buta-buta. Hype katanya... nak jual produk hype je lebih.

Minat data dan figures? Ni dari AF3 sampai AF8 - trivia nih. Mai tengok AF mana paling hambar. Sebab data tuk AF8 secara rasmi la kira aku dapat sampai ke minggu kesembilan, aku wat kesimpulan logik dari sembilan minggu musim lain.

By the way, channel share ni maksudnya peratusan tontonan pelanggan Astro ek ke atas program. Sebab sejak lepas AF2, melonjak berjuta subscriber Astro, nak ikut rating saja iaitu jumlah tontonan orang pun not fair kan? So nak dapat gambaran sebenar kita ada rating dan channel share.

Ni rumusan dapat aku wat. Based on data received.

AF8 (nilai dalam bracket is jumlah penonton/channel share)
Highest rating - (Tirai – 835,943/42.1%)
Lowest rating - (Konsert 7 – 590,012/35.8%)
Lowest channel share – (Konsert 6 – 617, 260/32.45)
Average – 798,632

AF7
Highest rating – (Konsert 2 – 1,1119,390/57.1%)
Lowest rating (Konsert 8 – 786,810/44.1%)
Lowest channel share – (Konsert 8 – 786,810/44.1%)
Average – 993,356
FINAL – 1,242,192 (57.9%)

AF6
Highest rating – (Konsert 3 - 1,382,188/66.8%)
Lowest rating – (Konsert 9 – 946,168/63.2%)
Lowest channel share – (Konsert 7 – 1,171,055/60.1%)
Average – 1,229,884

AF5
Highest rating – (Konsert 2 – 1,045,197/68.5%)
Lowest rating (Konsert 9 – 916,244/57.5%)
Lowest channel share – (Konsert 9 – 916,244/57.5%)
Average – 1,002,242

AF4
Highest rating – (Konsert 9 - 1,196,416/76.5%)
Lowest rating (Konsert 5 – 832,355/68.4%)
Lowest channel share – (Konsert 1 – 880,122/67.9%)
Average – 985,075

AF3
Highest rating – (Konsert 8 – 1,043,758/82.1%)
Lowest rating - (Konsert 1 – 603,680/73.3%)
Lowest channel share - (Konsert 1 – 603,680/73.3%)
Average – 851,086

Hah... tengok tu. Sehazab AF4 pon lebih tinggi. Seteruk AFUNDI AF6 pun ratings meletop. Sebusuk meka compare ngan AF7 pun kalah... so mana mai nya 40%? Persoalannya... apakah yang berjaya mengenai AF8.

Aku diam sejak minggu kelima sebab aku da katakan tunggu aku dapat official figure, walaopon masa tu kompang yang AF8 tinggi gila angka-angka.

Now you see?

Tunggu autopsi siri ketiga. Sementara tu, layan rumusan dalam The Malay Mail.

Reactions:

7 comments:

Konsert finale AF8 paling bosan, ntah ape2, kalo x de Adira memang aku x tengok pon....AF6 pun lagi terasa aura konsert finale dia.... Nape ek org Astro still in denial, pendapat fans x nak pedulikan, nak perubahan konon, my foot...

Masa saya sampai Stadium Putra pon agak pelik dengan "kemeriahan" yang ada... Biar kurang meriah, AF8 ok la jugak.. At least ada sket perubahan dalam AF di mana semua ada single masing2... kan... :p

betul2! HAZAB giler... nasib baik ade adira.

Kenapa AF8 hambar berbanding dulu?
1.Paling menjadi punca adalah bila hanya 6 pelajar dari semenanjung yg dipilih walaupun ada 11 negeri tak termasuk wilayah)tapi ada 4 dari Sabah dan 2 Sarawak. Ini dah potong stim orang Semenanjung nak menonton.
2.Konsep pecahkan hari Konsert dan hari Debaran keputusan tanpa pengisian yg baik.(Nak tiru tapi tak pandai).

Anyway, good luck for AF9 (kalau ada).

Adira..? Overrated tapi she is a nice girl. Suara lantang tapi banyak kena improve utk membulat dan memerdukan suara supaya bila telinga orang tua macam Tok dengar rasa sedap je.

we want autopsi 3! we want autopsi 3! hahaha...peace!