Sunday, April 04, 2010

Menuju Puncak - versi tak azab

Da pasti korang tau result Anugerah Bintang popular Berita Harian 2009 kan? Sorry ler kisahnya aku nak live blogging takleh sebab battery Blackberry low, hawau lupa nak caj dalam kelam kabut naik Genting. Tensi!!!

Sampai nak live coverage kat Twitter pon manja-manja pon je...

Anyway, first of all ni keputusan penuh.

Penyanyi Lelaki Popular - Aizat
Penyanyi Wanita Popular - Datuk Siti Nurhaliza
Penyanyi Duo/Kumpulan Popular - Bunkface
Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani
Pelakon Filem Lelaki Popular - Que Haidar
Pelakon Filem Wanita Popular - Liyana Jasmay
Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
Pelakon TV Wanita Popular - Tiz Zaqyah
Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Nawawi
Pengacara TV Wanita Popular - Fara Fauzana
Penyampai Radio Lelaki Popular - Faizal Ismail
Pengacara Radio Wanita Popular - Fara Fauzana
Artis Komedi Lelaki Popular - Nabil
Artis Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah
Artis Baru Lelaki Popular - Black
Artis Baru Wanita Popular - Yuna
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat - Datuk Khadijah Ibrahim

And now.. some pics of the winners. Aku try amik semua, tapi time tu kelam kabut, so ampon la kalao ada yang tak lengkap.









Heh... skang pics yang aku suka! First of all - Tiz Zaqyah yang comel tanpa baju dia yang hazab tuh.

Oops! Noh rupanya... heh!

Professor Klon nya keja kah? Noh and Reza.. cousins yang moka sepesen.

Ni lak hot mama yang memang wow... Nabila. Dia ngan Dynas aku tengok, mothers to be yang time ngandung, seri lagik naik.

Good luck to both of them on their delivery soon!

Irma nya baju bagi aku teringat baju Beyonce masa tour dulu (yang kena ban tak dapek masuk Malaysia but aku dapat tengok kat Bangkok). Baju skin tone, pastu diamante bagai kat tempat tempat yang perlu untuk memberikan ilusi.

Faizal - antara ramai artis yang berfesyen sunglasses the whole night. Ada kawan aku carot, kenapa ramai artis pakai spek itam waktu malam.

Tuk aku senang je reason - tuk aku yang pakai gak malam tu. First of all - sebab silau bagai spotlight. Alasan...

Secondly, and sebenarnya paling penting, my Guccis were not for day wear jerk. Amik ko! Member terima alasan aku yang sebenarnya hado sebab aku pakai nak cover eye bags aku yang tak cukup tidor tuh.

Miss Melbourne, USA. Ampun Scha!!! Kesian dia... heh.. sasul nya pasal sebut jadik isu. But I have to say, Scha ni sporting gila. Kita usik dia pastu pon dia shrug off and laughed it off to.

At least dia ngaku silap dan leh laugh at her own mistake.

Ainul - kesian lak kena wat medley lagu KRU/ Feminin yang disukai ramai tapi performance malam tu meka beramai-ramai hado sangat. Aduh... apa tak kena pon tatau.

Ni lak hero-hero Malaya masa backstage. Abang Rosyam ngan Farid Kamil skali tengah borak gurau tepuk tampar bagai.

And my rock diva for the night - Jac. Aku paling suka dia ngan Dayang (kalao female vocalists) pada malam tuh. Yang lain biasa-biasa jerk.

All in all, show kira ok la. Cuma bab tengah je. Opening, closing meletop. Tribute Kau Pergi Jua memang tangkap feel dan most of the other performances ok. Yang hado cuma tribute KRU tu yang walaopon ramai terlibat - tak seorang pon aku leh maapkan hancurkan lagu-lagu tuh.

Who would have thought.. selama ni kita ingat no one could sing as bad as Feminin. Hari tuh konsert Akademi Fantasia da buktikan ada yang mampu. Ni, established singers pon da mula tahap Akademi Fantasia. Eh established ke.. bebudak agik ramai... sabar je la. Nervous kot (alasan nak bagi sedap dengar).

Apapon, congrats, especially to Siti for regaining her crown back again.

And all the winners too in their categories. There is a reason why you guys won. Apapon, your popularity memang tahap sky high agik and it's been proven. Skang jaga fans ek... kalao tak kang kena boo lak.

Sebut bab tuh.. teringat Fasha dan Mawi kena boo. Erm... usaha la lebih keras nak menang balik hati peminat. Siti pon lepas genggaman kat title Bintang Paling Popular for berapa tahun... last menang 2004.

Tapi atas usaha dia, dapat balik... so this just proves, hard work and perseverance pays off.

Eh dah la.. nanti aku update panjang lebar agik.

Reactions:

13 comments:

joe, tp bg aku marsha bawak intro tu sedap giler!

ok ok je. aku kena adil semua kena lahar sebab performance tuh memang hado overall.

fasha dengan mawi kena boo??? Joe, please elaborate more eh pasal ni & ur reaction sekali. Kitaorg kat umah x berapa nak dengar sangat sapa dapat tepukan hangat ke diboo ke sbb sibuk dok mengata baju2 artis kat ABP tahun ni

yg g boo tu mentaliliti bawah jamban! kalau benci x suke pun ... bukan cenggini. x baik beb .. joe, stacy perform pun ganazzz. jac & n wings walalaweehh tabik gunung

masa fasha dan mawi disebut time nomination, majoriti kat arena of stars boo.

betol atau tidak, stuju atau tidak aku no komen. tu hak peminat. success in this business is about how many people like you - because you are the product.

kalao da orang tak suka, the only way is sedar and imrpove yourselves.

kalao masih degil tanak ubah camtuh gak kang...

Joe, ko x tnya ke komen fasha ngan mawi sendiri pasal kena boo ngan fans ni?? diaorg ok ke?

ingatkan kitaorg kat umah aje yg x berapa nak berkenan dah ngan dua org ni, rupanya majoriti fans pun kongsi sentimen sama...

Joe, tengah baca this one forum, ada lah some people pertikaikan kemenangan Aizat, and siap tuduh dia undi sendiri. For me memang lah tak masuk akal pun, memang dia dah berbakat so kaya dan miskin belakang lah kira, tak kan lah org dari kampung saja kot yg layak menang ni. Bodoh betul lah. Similar situation with Liyana Jasmay, siti nurhaliza (walaupun tak berapa nak minat sangat) dah memang ada bakat jgn lah pertikakan

pandangan dua orang tu? erm... takyah kot. biar mereka usaha kembalikan kegemilangan mereka. better kan?

as for pertikaikan kemenangan aizat, biarla. siti menang pon ramai tak puas. so normal la... this is popularity voted after all.

stacy xder ke joe?

ulasan af diary ko x buat? hahahahhaha saja nak bakar hati kau.

Kemenangan CT memang Tok ada pertikai sikit sbb lagu dia pun dah boleh gi no.1 lagi. Kekadang kita pikir samda ABPBH ni masih releven atau tidak as now sape yg byk duit sanggup keluarkannya hanya utk dapatkan status Artis Popular walau hakikatnya yg lebih popular pun tak menang tapi menang dihati peminat mereka.Pengunduran CT nak buat masa dia dipuncak so biarlah...asal dia happy, bukan duit kita pun yg keluar.

Joe,

bout the KRU/feminin tribute..i think the performance a bit messy cos there a lot of people tried to forward themselves on the stage (siap dancers lagi bagai)..after all..agree with you, mmg ok2 je their level of performance..imagine if liyana jasmay join in? hahaha..dia back off awal2 but at least the others tried their best..walaupun la kan..

~~zaza~~

bab performance tribute kru - aku dengar kru wat minus one. key semua tak kena. ehehehehe.