Thursday, March 04, 2010

The Doraemon syndrome

Tadik gi tengok wayang... merasalah korang mesti tak caya gi tengok cita Thailand animation.


Truth is sebenarnya gi tengok the sequel to Khan Kluay yang meletop blockbuster di Siam tuh. Sini namanya Jumbo Gajah Biru (amik ko kreatif gila title dia... enam hari enam malam tak makan minum tidur dok nak pikirkan title kerana cita ni focus pada Jumbo... seekor gajah berwarna biru)

Versi tempatan ni, menampilkan suara Akim dan Mila. Tuh yang Jumbo warna biru tu Akim, dan kaler pink yang bini dia si Mila.

Tak caya? Hah... ni pic yang blur sebab lighting haus dalam panggung lepas tayangan Jumbo Gajah Biru.

What did I think of it.

Well, the actual animated movie itself, susah nak say anything bad about it.

Even though the animation takde tahap Pixar ke Disney, but seriously, the storytelling, the pacing of it all, the plot (though not that original, but what is in cartoons and animated features) - sungguh bagus.

I mean, when it comes to Thai films or full length features, the scoring, the storyline memang mesti tangkap leleh punya la.

I loved all one and a half hours of it.

Now here's the downside. For me at least.

Benda ni dubbing dalam Bahasa Malaysia.

Sorry lah.. but for me bab ni fail! Tiap kali ada benda dubbing masuk BM je, mesti salah kepit jadik sora ala Doraemon.

I mean, bukan tak patriotic ke apa. Kita da sedia maklum ni filem Siam. So biar je la dalam bahasa original. Subtitles, baby!

Ada member sentap ngan aku kata aku tak pikir orang yang tak suka atau tak reti baca subtitles.

Jawapan aku senang je.... learn to read.

Tak prihatin aku lak pada bebudak yang nak tengok kan? Well, all I have to say is kalao ada yang kata camtuh, then the kid in question should worry about their future more than what a talking elephant is saying. Umo berapa? Tak reti baca? THAT'S what's wrong with our education system! Literacy hado katanya.

It's not the same bila da dubbing. The emotion and intonation of speech lain. Even if you don't understand it, you feel it (merasalah ala Avatar - I feel you!). Bayangkan korang dulu tengok Nang Nak - bayangkan kalao alihsuara. Will the impact be same?

I grew up learning languages that were not my mother tongue. English, Bahasa Malaysia. So what's the problem.

Kalao da bahasa korang lemah, learn, bitches! Aku dulu belajar English pon layan min Your Language ok! Walaopon orang gelak haram aku paham memula. Lama-lama pas berkawan ngan kamus baru paham. Bahasa Malaysia lak aku belajar ngan layan lagu ok! Lagu the late Sudirman and then later masuk Febians and Gersang (matilah)

Jangan harap dok suap je. Ni la masaalah orang kita. Semua demand nak disuap je. The creativity gets zapped out. People get callous and unfeeling.

Tu yang bila tengok wayang kena have that bitch-slap effect. Intelligence is seconded to slapstick, and drama remains cliched.

Korang tengok drama Melayu biasa tau je skema kan? Orang kalao mati biasa sebab leukimia/kanser/sakit jantung. All rich Datuks and Datins wear suits and fancy dresses and an expensive date is one where dok kat kelab yang serve multicoloured drinks. No? Tengok agik...

This is all the beginnings of a bigger problem.

I remember watching the movie Caramel, a Lebanese production. Ok jer aku ngan kengkawan menghayati filem tuh walaopon layan subtitles. Selama ni korang tengok filem Hindustan, bayangkan sora Shah Rukh Khan digantikan pelakon sini? Feel tak? That's how I feel bila layan Spongebob Squarepants versi dubbing. EEEWWWWWWWW!!!!!!!

Sapa tak paham aku meroyan apa, takpe.

Walaopon aku tak paham Mandarin ke Cantonese (cause aku cakap Hokkien je... lain ok!), aku tengok cita Cina pon layan subtitles gak... ok jek.

So I really hate this dubbed shit.

But if you wanna numb yourself, go watch this movie. The movie itself is SO WORTH watching, just sabar je la bab dubbing (kecuali kalao korang memang tak kisah then leh layan la). Me? I just heaved a sigh of relief when Akim and Mila stopped singing (bukan sebab tak bagus tapi tak feel) and enjoyed when the Thai version of the song came on.

Unlike many, I am looking online for the translation so enjoy it more AFTER the movie.

Ok ok.. cukup meroyan. Pas abih layan wayang, gi ler ngan kengkawan makan kat Uptown. Slalu Hartamas, Bangsar, Rasta... ni tukar angin sikit. Port lama aku sejak zaman abih skolah.

Tapi tak penah perasan signboard ni lak.

Tuh dia kata ko... THE TASTE CAN KILL U. Ko sanggup makan? Aku tanak!!!!!

But honestly kalao korang try Western kat gerai ni - memang can kill you. Yucks!

Kalao korang nak makan Western ko carik kedai Yazid (dekat je ngan si lanun ni). THE BEST!

Sodap... and bigger portions. Mintak black pepper sauce dia lebih ok, meka tak kedekut. And memang sedap. Rugi tak rasa.

Ok la... I need to call it a night. Layan...


PS - Yang tak paham tujuan entry ni simple je - go watch a good production like Gajah Jumbo Biru, but learn that reading subtitles is not that bad as you should be listening to emotions within the context of delivery, as well as knowing what words are delivered.

Reactions:

10 comments:

haha.. i feel u too! thats y walopun playhse disney ada mala version, kensalam la nak tukar bm. sbb buny nya, ya allah... try high school musial in bm, kompem ko pitam. kekekke.. alaa, kita dulu tgk transformers, voltron, he man, in english apa... paham je

true dat bro!! even tho subtitles sumtimes sux (if tgk english movie ader subtitle malay, cuz even tho phm, still terbaca gk) but dubbing should be banned... appreciate the movie as a whole including the language they use..

kalao subtitles kat VCD/DVD ciplak memang hampeh! heh! tambah agik kalao indonesian english. nangis! still... i still don't think of that as an excuse.

sebab derang pilih nak dubbing ialah senang nak tembusi pasaran kanak2 mesia. utk makluman anda, kat majoriti negara lain, adalah 'wajib' utk mengalih suara filem animasi disney dan pixar ke bahasa tempatan untuk memudahkan kefahaman penonton kanak2. (bukan undang2 wajibkan, tp "common sense") kalau derang cuba ambik idea awak pasal "kanak2 mesti belajar sambil menghayati dialog blablabla", gerenti lingkup punya! learn to read pun belilah buku utk anak2! apatah lagi, layar pawagam besar, susah utk fokus pada aksinya kalau perlu membaca sarikata, apatah lagi utk kanak2 yg skop penglihatannya terbatas - ingat tak iklan kempen keselamatan jalan raya yg ceritakan kerana kanak2 perlu dibimbing oleh dewasa sewaktu melintas jalan.

kat mesia pula jarang ada alih suara animasi barat sepanjang sejarah perfileman kononnya krn permintaan utk versi inggeris. tp skrg trend berubah, golongan urban tidak banyak beranak berbanding golongan melayu suburban dan kampung...jadi derang harus peka dgn perkembangan ni dan buatlah perubahan yg sepatutnya. tulah kita ada tv9, audio feed BM dan sebagainya.

in short, hal alih suara ni keputusan niaga pihak pengedar. jd baru2 ni bisnes kartun omputeh kat mesia skrg SEMAKIN bergantung pd alih suara BM. sehebat mana pembelajaran BI di negara kita pun tak guna.

walaupun rakyat India pd luarannya pandai berbilang bahasa tp filem bahasa inggeris (termasuk yg tontonan dewasa punya) susah nak laku kat sana melainkan dialih suara kpd bhs derang. Perancis dan Jerman jgn sebut. Inilah tanda kebanggaan terhadap bahasa ibunda walaupun sistem pendidikannya bertengahkan bahasa Inggeris.

hi joe..
dat's y we need translator...for subtitles..n i learned a lot by reading subtitles (I understand cantonese by watching tvb dramas..matilah sapa kutuk aku in cantonese..hahaha..)..i dont mind if they dubbed d movie..but x more doraemon or ultraman voices la kan..n..movie mainly to deliver the emotion..but..how can u translates emotion..?? hehe..just my 2 cents view..=)

~~zaza~~

ahli fikir : ko avoid my points totally. whole generations sebelom ini tidak mengadapi masaalah. kenapa generasi skang semua kena suap?
nationalistic pride is fine - lihat saja indonesia. salah satu faktor kekuatan industri muzik mereka kerana memegang pada bahasa indonesia as the national language. TAPI mengabaikan the strength of english as a national language has cost them. works both ways.
di malaysia, 'entertprising' bodies carik duit senang with cheap dubbing - think about that. kualiti haprak!
so? penonton skali lagi dibodohkan, dan minda kreatif tidak berkembang, dan penghayatan kosong. all in the name of accessibility.
kalao pakai bahasa yang betul tak apa lagi. ni pun translation da lah lintang pukang yang mencacatkan penghayatan sebenar - bangga sangat ke kita ngan bahasa hancus yang digunakan sebagai medium interaksi untuk anak muda?
and we wonder kenapa orang kita yang da lebih 27 juta tak mampu come out with musical and film icons yang international standard when countries half our population are able to.
renungkanlah. suap dan kuota mencacatkan perkembangan negara.

zaza : tu la pasal. kalao dubbing je mesti sora gedik dan kepit. perlu ke? that's what i mean by CHEAP.

kutuk je pandai. xde ulasan membina pun. inilah halangan besar kpd industri hiburan kita. kutuk sini kutuk sana sampai datangnya kucing bertanduk.

nak kutuk kerosakan bahasa kartun alih suara, x perasan diri berbahasa rojak yg memunahkan bahasa. kuman di benua china nampak, gajah bertenggek tepi hidung x nampak. isy isy.

kata orang yang tak fokus pada subjek dan tak baca abih. kalao tak suka pandangan orang lain wat pe baca?

hakikatnya aku katakan jumbo gajah biru is WORTH A WATCH. but obviously you missed that. and you do know a blog is right?

and kalao kritikan dan kutukan pon takleh bezakan, tak payah berlagak tahu segalanya dengan nak menghalalkan apa yang tak betul hanya kerana mempunyai niat peribadi.

bertenang. si polan tadi cakap pasal kenapa saudara kutuk-mengutuk kerja alih suara sc amnya, bro, bukan filem jumbo itu (pada tafsiran hamba).

izinkan hamba berhujah dengan berhemah dan bersopan-santun. tak elok kita jadikan alih suara sbg kambing hitam krn industri hiburan kita mundur, rakyat berfikiran ke belakang dsb. waktu kita kecik dulu, semua kartun amerika kekal berbahasa inggeris, skrg masih banyak media dan laman web tempatan yg hanya pakai BI walaupun bukan bahasa kebangsaan.

diingatkan bahawa setiap negara yg ada industri hiburan (kecuali afrika) ada bidang alih suara. yg jadi punca pendapatan utama ialah kartun amerika juga. jangan disalah tafsir sbg ketepikan bahasa inggeris, sebaliknya menyemat bahasa ibunda dalam hati. yg nak belajar bahasa inggeris atau bahasa kedua seumpamanya, tontonlah rancangan yg dicipta khas utk pembelajaran bahasa.

nyata ada segelintir rakyat mesia yg menyangka bhw menonton kartun BI boleh pertingkatkan penguasaan BI anak2...ntah sejauh mana benarnya, tp ikut perspektif pembekal kartun dari barat tu sangkaan tu lurus, naif dan tak masuk akal. sebenarnya, kartun BI diajukan kepada yg sedia fasih memahami BI. tegaskan lagi, inisiatif alih suara filem biasanya diputuskan oleh pengedar filem di ngr asal atau HQ serantau kat seberang laut, oleh itu jika anda menuduh alih suara itu merencatkan kemajuan bangsa, maka anda menuduh pihak pengedar di luar negara merencatkan kemajuan bangsa, dan pihak pengedar pasti merasa anda memperbesarkan hal remeh-temeh.

renung2kan lah, budak2 eropah tonton kartun amerika dialih suara dlm bahasa ibunda masing2, tp bila besar hebat pula penguasaan BI dia orang. (tak percaya, cari kat youtube, pilih satu judul kartun disney dan bantai satu bahasa bukan inggeris - sedap giler lagu filem disney bahasa siam!) kat mesia pula banyak media tempatan dlm BI, kartun AS dlm BI, tp penguasaan BI rakyat tetap merosot. apa cerita? pengedar kartun omputeh xleh buat apa2 krn kartun bukan direka utk mendidik bahasa baru.

jujur kata, rasanya saudara klubbkidd terlalu menggunakan emosi ketika berblog dan membalas komen. silap2 terguris perasaan pembaca. hamba bukannya gila-gilakan alih suara, cuba nak luaskan pengetahuan anda. sekian saja hujah hamba buat masa ni. moga2 dibalas dgn berhemah.

hanya kalau kau membahaskan apa yang disebut, aku sanggup teruskan.

ko sendiri da mengakui tidak tahu kebenaran mana menonton sebuah rancangan bahasa lain dapat membantu peningkatan penguasaan bahasa.

aku gunakan contoh generasi aku yang tiada masaalah dalam soal bahasa.

emosi? cuba baca balik hujah ko sendiri tuh yang pertama.

aku simple je. this is my blog, my views. if you want your views to be respected - then respect that of others.

hakikatnya alih suara membunuh kreativiti. itu tak dapat ko nafikan.

kenapa perlu membawa produk asing untuk dialihsuara dan bukan fokus pada usaha untuk mempertingkatkan produk tempatan? kenapa perlu menumpang produksi luar negara. like i said again - industri, dan orang kita selalu mengharapkan disuap.

geng bas sekolah mencatat hasil kutipan berapa tahun lepas? tahukah pengaruh upin dan ipin serantau? (sebenarnya khusus di indonesia)

kalau produk kita sendiri sudah mencapai taraf piawaian dinegara orang lain, kenapa perlu ada pihak yang membodohkan orang kita dengan membawa produk lain tuk dijaja dan cuba nak menjualnya dengan menggunakan nama artis tempatan dengan hanya menampilkan suara.

yes, i hate dubbing. i see no necessity. emosi? hanya kalau ada yang nak sangat memberikan hujah dan pendapat tanpa mempertimbangkan apa dikatakan.

so don't preach here if you can't think about the points presented.