Wednesday, March 31, 2010

Doakan


Ni baru settle keja baru aku leh posting entry baru.


Anyway petang tadik ada meeting bagai and then nak abihkan keja. Baru nak happy, dapat SMS.

Asal usual SMS dari abang Afdlin memberitahu pasal abang Din Beramboi. I think the message was about kol 3 lebih petang.

It basically stated everything you guys probably already know by now.

Kalao ada kawan-kawan yang follow Twitter aku, aku mintak maap tak dapek nak bagitau masa tuh, cuba mampu mintak doakan sebab memang aku tak berani nak confirmkan apa-apa kecuali aku sendiri dengar ngan telinga aku bila ke hospital.

Kol 7 lebih gituh aku sampai Hospital Selayang.

Memang betul apa Afdlin cakap.

Memang abang Din kena infection atau jangkitan, yang MUNGKIN Leptospirosis iaitu keracunan akibat air kencing tikus. Tapi bukan tu saja. Mengikut bonda dan adik kepada abang Din yang aku temui, abang Din juga kena demam denggi berdarah.

Kalao korang nak info lebih CLICK SINI.

Masa sampai... dalam masa dua jam je, ramai kengkawan industri sampai. Afdlin dan Zizan antara yang da lawat tengahari. Malam tadi aku sampai, Nana dan suami dia Brian ada. Also Ray.. kira xfm crew. Pastu abang Mamat Khalid dan Raja Azmi, yang berjaya masuk. Aidid Marcello mai ngan Ally Iskandar. Aizat antara yang early birds. Aznil pon mai hospital... like abang Mamat dan Raja Azmi dia pon dapat masuk.

Tapi takde orang dapat jumpa abang Din, sebab hanya bini dia dapat dekati dia. Ni atas arahan doktor. Yela... orang body da kira vulnerable state. Kalao ramai-ramai nak jenguk, entah apa yang dijangkiti pada orang yang tengah lemah badan dia.

Ye... abang Din berada dalam koma.

Aku mintak, kalao leh, wat skang, semua jangan ke hospital. Bukan je korang susah-susah nak jauh-jauh je, wat rugi kang.

Tapi aku salute, dan aku nak sampaikan terima kasi bonda abang Din, yang teramat-amat terima kasih pada semua peminat abang Din yang mai hospital smalam, especially bila lepas baca Facebook atau Twitter ataupon layan berita yang laporkan perlu nya darah type O.

Keluarga sungguh terharu... dan kami kami kat sana pon terkejut kehadiran ramai orang luar singgah nak offer.

Aku especially salute abang sorang ni yang mai sekeluarga, dok lepak tepi kereta kat hospital. Khabarnya meka mai dari Klang lepas tengok kat berita TV pasal keadaan abang Din. Hajat nak derma darah... tapi apakan daya.

Tapi kan... ni aku nak lepas geram beberapa benda.

1. Ada orang radio kat atas tuh.. sibuk dok parking atas. Tak kisah la.. tapi yang geramnya ramai orang termasuk dak Bunkface yang mai ngan kawan-kawan, sekali Nabil dan Irma mai. Semu hajat nak derma darah bagai. Orang radio tuh hanya tanya sapa bagitau.. aku panggil staff aku je. Pe hal ko??!!! Gila ke apa??? Ko ingat ni projek masyarakat radio ko? Binatang sungguh... time orang sakit, bebudak ni mai jauh bersungguh dalam jam nak tolong camni ko layan? Dengan sombong, tak turun, kat phone terus orang tu cakap darah da cukup and that's it. Binatang sungguh... eee.. gerammmmm gerammmmmm!!!

2. Ramai yang datang diberitahu darah da cukup. Erm. Alang-alang ramai derma, tak penah lak aku dengar hospital nak menolak.

3. Pastu dengar ada attendant lak kata darah TAK cukup. Aiyo.. mana satu nih??? Pastu dengar bagitau orang, mai office hour nak derma. Make up your mind lah!

4. Ada nurse lalu krew bebudak petugas Astro yang mai sebab risau keadaan abang Din. Masa tu aku sebelah Aznil. Ramai tak dengar, tapi ada nurse makcik sorang ni lalu (dengan bungkusan makanan dia beli kat luar). Masa dia lalu dia leh cakap cam pada diri sendiri dalam nada rendah, "Menyibuk je semua!". Aku rasa nak lempang je!!!! Eeee.. terkenangkan hospital tanak make a scene je!

5. Takde orang hospital yang datang nak acknowledge the crowd gathered and bagi info (ada yang datang jauh tuh bagitau je la meka balik). Ni meka kerah security dalam lima enam orang jaga pintu masuk. Takde orang rempuh la... masing-masing tau ada. Cuma mungkin pihak hospital je kot. Hish!

Keadaan abang Din for now masih kritikal dan dalam koma.

Aku dengar da blood transfusion tapi body dia reject darah. So skang meka pakai dialysis machine nak cuci darah dia.

Doktor da kata dalam 8 pagi meka akan tau apa perkembangan for better or worse.

Kalao tidak positif... hanya doa yang mengiringi dapat membantu. So please everyone.. pray for abang Din. Semoga sembuh...

Abang Din hiburkan kita semua tiap hari... the gift of laughter is something that is priceless.

So please guys, keep praying for him. Sesapa yang nak tau perkembangan dia, add me on Twitter @klubbkiddkl. Aku sampai ke hospital aku tweet apa perkembangan terbaru, ok.


PS - Pada bonda abang Din, serta adik beradik, isteri, anak-anaknya, dan seluruh kaum keluarga serta teman-teman rapat... tabahkan diri.

Reactions:

4 comments:

Sedih aunty dengar attitude some people...semoga Allah SWT keluarkan Din Beramboi dari bahaya dan menyembuhkannya..Amin.

Semuga keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Teringat masa final raja lawak, dia sebut kat alex lebih kurang camni "kalau saya dah x ada kat era, saya nak awak ganti saya". Apa2pun doakan yg terbaik untuk dia.

td dgr radio, katanya darah dah boleh diterima. saya doakan abg din ni kembali sihat dan sedar dari koma. sayang sangat dia. harap keluarganya tabah.

pinjam pic. tq.


juweialhaj.blogspot.com