Saturday, January 23, 2010

Buat kaum Hawa


What has the topic of the entry got to do with anything?


Sebelum apa-apa, aku nak wat entry ni sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia. Kenapa? Kerana aku nak keseluruhan kaum Hawa yang membaca blog aku PLEASE read this sampai habis.

Ini untuk korang. Khas buat korang.

So tolonglah.. baca ni sampai habis. Beberapa minit saja dapat mengubah hidup anda.

So kepada makcik-makcik, kakak-kakak, adik-adik... tolong ek baca.

Sebelum ni aku ada sebut pasal kempen Power Over Cervical Cancer (POCC).

Kenapa korang patut amik tau?

Kerana pengetahuan tentang kanser serviks atau barah pangkal rahim dan cara untuk mencegahnya adalah HAK setiap wanita untuk mempersediakan dan melengkapi diri untuk menghadapi ancaman yang jarang diperbincangkan.

Barah serviks adalah barah kedua yang PALING bahaya.

Dianggarkan 500,000 kes barah serviks dilaporkan setiap tahun dengan lebih 80 peratus daripadanya berlaku di negara membangun.

Di seluruh dunia, lebih daripada 270,000 kematian berlaku setiap tahun akibat barah serviks.

Setiap dua minit, seorang wanita meninggal dunia akibat barah serviks.

Lebih 1,500 wanita di Malaysia disahkan menghidap kanser rahim setiap tahun dan kira-kira dua daripada empat hingga lima wanita mati akibatnya setiap hari.

Jadi apakah yang perlu dilakukan?

Pertamanya. Kesedaran.

Keduanya, pengetahuan.

Ramai malu nak berbincang secara terbuka, terutamanya bila ada kena mengena hal berkaitan 'yang sulit'. Terutamanya dalam masyarakat kita. Sakit 'puan' ni cam taboo sangat nak sebut.

Kanser pangkal rahim boleh dicegah. Tapi anda harus perlengkapkan diri anda dengan pengetahuan, dan kemudiannya bertindak untuk melindungi diri sendiri daripada kanser serviks.

Selamatkan nyawa anda bermula dengan langkah senang ini.

Amik ujian risiko DISINI.

Kempen POCC dilancarkan pada 16 Julai, 2009 lalu untuk menibulkan kesedaran mebgenai barah rahim dan mengajar mengenai kepentingan melindungi diri dengan vaksinasi dan imbasan biasa.

Jadi tunggu apa lagi... tolongla. Bantu diri anda sendiri hanya dengan lakukan ujian risiko mudah ini. Mintalah semua kenalan kaum Hawa, kaum keluarga dan sesiapa saja yang anda kenal untuk jalani ujian ini. Hanya beberapa minit, bukan saja anda dapat membantu diri anda sendiri. Untuk setiap borang ujian mudah yang dilengkapkan, RM1 kan didermakan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

So please, please take the test now. For yourself.

Kalao anda tahan baca sampai tahap ni, aku berterima kasih sangat lah. It means so much to me.

Petang tadi, masa pengumuman rakan blog kepada kempen POCC, aku bangga sangat klubbkidd.com menjadi salah satu wakil. I am so proud to help try bring this cause to all the lovely ladies who read this blog.

So, let's make this a success. Whether it's Facebook, Twitter, or through your own blog, start talking about this, so we can raise awareness for all women out there.

Fuh! Lega dapat abih merapu. Pada sapa yang minat.. ni ada pics sikit dari acara petang tadi.

And remember, amik ujian risiko disini ye dengan hanya - TEKAN SINI - atau layari laman Power Over Cervical Cancer untuk lebih info.

Siap ada sesi make-up percuma time acara petang tadi
Rina Omar jadi host tuk the event
Penyampaian cek kepada NCSM untuk jumlah mereka yang sudah mengambil ujian risiko setakat ini.
Perkenalan duta blog kempen POCC - amik ko! Tema pink!
Pinning the POCC badge
With all the beautiful people, duta-duta POCC.

The blog reps. Niki, Serena, Joyce dan aku.
Cam iklan lain lak. Abaikan moka ting tong dan tolong paham mesej aku nak sampaikan

Reactions:

6 comments:

Oh, Joe. You look like kembar tak iras Perez Hilton.

Nape all the guys wearing pink but the girls not.

OK nanti i check out the website. and may do the check up too.

aiyo. tamau la perez. aku rasa rupa aku manusia sikit kot. hAHAHAHA

make sure you do the risk assessment test ok. hugs

cilakak!!! rambut ko coool gilerr. pink ko!!! kewanitaan gitu .. agagga. ko jd duta joe?? perghh ...
sat wa promote blog lu n cancer ni ..


>>___<<

setan ko frodo. anyway pass the message. it is for a good cause. untuk melindungi kaum wanita.

thanks ashleigh... spread the word ok...