Friday, May 15, 2009

Last day

Mai dekat sikit adik-adik. Aku nak cerita sikit. Closer... closer... jangan dekat sangat. Kang orang kata bias lak layan ko lebih sebab ko beriya sangat nak dok kat ngan aku nak layan cita aku nih.

Hari ni aku nak cita sikit pasal Akademi Fantasia. Panjang.. so make yourself feel comfortable. Dah? Matilah ko kalao lom. Baca cepat sangat ke sampai tak sempat nak selesakan diri?

Dah? Ok here we go.

Korang ingat tak zaman sekolah korang camna? I remember. I was one of the smart kids, tapi nakal nak mampos. Mana tak nya. Kawan baik aku gam gajah. Kenapa? Sebab tiap kali aku kena marah (kerana malas dalam kelas), gam gajah akan magically hinggap kat wiper keta cikgu aku yang meroyan tuh siap ngan pasir dan batu kecik bertaburan. Effectnya? Skali ujan on je wiper abih windscreen kena calar bagai.

Gam gajah tu juga akan magically seal tyre valve (amik ko kalao kurang angin camna nak bukak), keliling 'pintu tempat pam minyak' (tangki kosong abih la ko), dan juga semua keyhole pintu (zaman aku skolah tuh lom wujud remote control nak tekan skali beep dua kali da bukak).

I always felt victimised. Why? Sebab my teachers felt I had potential but I was always too butt lazy nak usaha sebab things came so easy to me. Takyah nak susah-susah cramming cam orang lain, aku rilek je, bukak buku sekali da melekat. Tapi tengok topik la (menci Add Maths, Fizik dan Kimia... menci sungguh)

So they paid attention to me. No one said I was the teacher's pet masa tuh.

Tapi kan, hairan bin ajaib, dalam Akademi Fantasia, cikgu-cikgu berikan masa lebih sikit pada yang lemah, terus ada yang menjerit FAVOURITISM!!!! BIAS!!!! ANAK EMAS!!! KONSPIRASI!!!!!!

And the point of my story yang sebenarnya tak kena mengena sangat tapi merupakan cerita orang kertu yang feeling nostalgia bagai? Saja je because I thought it was a good lead in into the topic.

Anyway, itulah noya (tu slang tuk paranoia ek) yang membelenggu Akademi Fantasia kali nih. Ada je salah silap yang ada pihak nak meroyan.

You know what guys? Wake up and smell gthe coffee. Life's a bitch and NOTHING is fair.

Here are some horror stories I can tell you.

A talented artiste yang dulu susah sangat nak mencari deal sebab kononnya muka dia tak elok langsung. Walaopon aku dengar sora dia nak pitam with his outstanding vocal range and creative ability, nan ado yang sanggup amik dia.

Aku pun tolong la nak jual kan artis tuh nak dapat kontrak rakaman. Tapi kan masa tuh, banyak pintu diketuk tapi soalan pertama megalukan kehadiran aku, "Elok tak muka dia"

Matilah ko!

Cita ni betul nya wei. Tak caya tanya Ajai. Thanks to him, yang masa tuh ngan Nurul, yang dengar demo time tuh, esok ada call dari Rudy Ramawi, managing director tuk Warner Music Malaysia ketika tuh, and the rest is history... sebab artis tu kemudian dapat kontrak.

Takyah namakan sapa artis tuh.

On top of that, dengar tak cita pasal artis kita yang sora meletop, tapi sini nan ado, gi competition luar negara. Dengan takde bajet, ramai-ramai kongsi bilik tido atas lantai bilik sebab tak cukup ruang. Bila da menang, harumkan nama negara, balik, nan ado orang amik pot.

Memacam la. Bottomline is, life is unfair. Especially in the real world.

And since Akademi Fantasia simulates reality. Deal with whatever comes. The competition comes with a set of rules. Deal with it.

Bottomline is, aku nampak segolongan je bising meroyan. But takpe la. Hak korang. Just jangan pakai air liur je la ek nak meroyan tapi AFUNDI tuh nan hado! Insecurity bagai, macam lah mati orang disokong kalao tak menang. Menang tuh bonus ye adik-adik.Kita pun nampak ada juara Akademi Fantasia hilang begitu sahaja. Dan kita pernah nampak dah yang tersingkir awal lebih meletup dari yang menang pun.

So all I'm saying is, remember the kids. They need your votes. Ko meroyan ke haper. ko hengat apa ko wat tuh akan mengubah nasib bebudak ngan air liur je ke. AFUNDI la...

But keep in mind, what you will achieve is for the kids to be affected adversely.

Let me paint a picture of you. None of the kids know what's going on, and trust me, reality can be very different. Walaupon meka yang ada dalam Akademi Fantasia, they could be living in a reality that you don't understand. Your perception of things could be very different ok.

So meroyan la sepuas hati. Yang peminat diva, akan mengakibatkan calon juara Akademi Fantasia (menang atau kalah) overrated dan akhirnya bila naik pentas industri, di dismisskan as a joke sebab orang kata hebat bagai tapi nan ado in comparison to the very much heavier competition out there. But peminat diva camnih, pas abih musim Akademi Fantasia, usually go the way of the dodo. Terus pupus kewujudan, katanya.

Remember, in the real world, talent is one thing. Originality counts too. Not to mention everything else that goes in the package like showmanship, dedication... etc

Anyway... enough aku merepek... memacam drama dilalui sepuluh minggu.

None of that matters to me. Not now especially.

Dah nak final. Hari ni da hari akhir meka sebagai pelajar before their big 'exam' malam esok. Damn... I'm nervous lak cam sial!!! Macam aku lak nak naik pentas tuh padahal aku akan dok bawah tuh sorak bagai nak gila.

Sempat tengok sound check hari ni. Not a real judge of what's coming, sebab biasa-biasa tapi MY GOD!

Kalao ikutkan (mesti ada peminat meroyan aku cakap) tapi ni penilaian aku setakat sound check tadi.

Hafiz was vocally stable, but I really don't see him performing tahap final sebab it's what I keep seeing from him previous weeks. Mungkin dia simpan kot, tanak keluarkan energy dia lagik. Hope he brings out the fire and drive to win through his performance because it is the final already.

Isma was trying to perfect small details but I give her top marks for effort, tapi aku risau gila soal execution dia.

Akim matched both of them easily ngan lagu baru dia. Tapi tak sempat catch him on Bencinta.

Then Aril did his thing. Kasih Tak Sampai was a wow setanding the other four, tapi lagu baru dia tuh lom hapal sebab baru dapat lirik baru.

Yazid was interesting, but I think he's struggling with a few stray notes.

Then caught Akim wat Bencinta a few more times. OH MY!!! Pening lak aku. Sebab memang besh. Aku selalu tag Akim underdog. Memang dia la yang tak sangka dalam berapa minggu ni semakin up je aku tengok.

If you ask me, it's going to be really close sebab all of them are so focused and trying to outdo each other. Yang aku nampak skang vocally, Isma and Yazid ketinggalam sikit. Manakala soal showmanship Akim dan Aril mendahalui, in that order sebab Akim memang aku nampak he's out to win this.

Esok nak ke rehearsal layan. Actually aku tanak tengok sebab aku nak surprise cam semua orang ketika final, but I am so worried for the kids that I can't bear to stay away.

So will post an entry much later after I get back from the stadium malam ni ok. There will be some pics from the last day.. it's going to be damn sad!!! Nangis!!!!!

Apapon, korang layan Diari. Kelakar gila!

Matilah kenapa lagu Bunkface jadik Hindustan???!!!

Ok la guys. Korang have a good day. Kurangkan noya... dan teruskan AFUNDI. It's almost over....


PS - Love the stage!!! Simple and yet effective! The lighting especially deserves a mention sebab memang tahap international concert gaban! And need I mention Acis nya arrangement?

PPS - Thank God the rest of the faculty in the Principal and Cikgu Fati kata the kids have a right to give suggestions on their songs because it is their right as the performer who goes onstage.

PPPS - Masih terkejut performance Akim semalam... tak sabar tengok final dia upkan lagik!

(Banyak sangat sambungan, sapa tak dapat tengok Diari, just to let you know, kedudukan AFUNDI terkini as of yesterday - Hafiz - 31%, Yazid - 27%, Aril - 20%, Akim - 13% and Isma 10%. Puas tak puas... AFUNDI lah! Jangan wat isu je (matilah). And by the way, just a reminder, order of performance melalui kedudukan undian konsert kesembilan (which everyone knows it's best to perform first not last sebab bahaya takot orang tak sempat AFUNDI pas tengok) Tak adil? AFUNDI10 la... meroyan apa barang...


Reactions:

14 comments:

good point jolee... i like ur point. Sure i will be afundi only for ARIL yang talented dan ada rupa ...forget it about talent guy. Kalau talent to much muka hancus susah nak idup. Bagus kita idupkan yang semua pakej ado. AFUNDI ARIL

Hafiz suara mmg sedap tapi persembahan dia sama jer...showmaship pun sama jer dari 1 week. Harap ada kelainan tuk final nanti...

Akim mmg nampak sgt berusaha. suara OK dan x sehebat Hafiz...tapi x kisahlah siapa juara antara mereka berdua....

Aril pun x boleh di lupakan...ada gak potensi....Isma suara mmg sedap tapi masih tersekat2 lagi persembahannya....Yazid lak..kalau ada masa lagi mesti dia boleh buat lebih baik....

Ada 2 calon A. Dua2 A berkesan transformasi mereka.
1. Yang AFMASUK terawal sudah melihat transformasi persembahannya dan kesungguhannya semenjak dari Konsert ke 3.
2. Yang satu A lagi ketara kita Konsert ke 8.

So, my votes goes to AFMASUK A

napa bankutut berehendak ngan aril ke yang menjila sakan nih..sudah la berangan tu

kalau undi kerana taste sedar2 la diri ye

To Hafiz fan, jangan layan blog ni, nampak sangat Pro Aril. biarkanlah fan Aril ni berangan kat sini, syok sendiri...hahaha...to Joe, lepas abis musim Af ni takde sape dah nak jenguk blog ko...sedar diri

You know what !!among artists they all unanimously feel that Hafiz should be crowned The champ. My personel feels Aril sesuai following adam footstep no more than that.
And last sekali ini semua permainan Astro untuk create emotion, tension so that more money will come and gaji Joe pun up.....hehehhe...In the end to play safe they will allow Hafiz juara, selitkan Airl followed by Akim.

You know what !!among artists they all unanimously feel that Hafiz should be crowned The champ. My personel feels Aril sesuai following adam footstep no more than that.
And last sekali ini semua permainan Astro untuk create emotion, tension so that more money will come and gaji Joe pun up.....hehehhe...In the end to play safe they will allow Hafiz juara, selitkan Airl followed by Akim.
NAMPAK SGT BLOGGER PENGAMPU...DULU KAN MAIN ANTI AF???SO WHAT??

TELL U WAT JOE..BLOG NI SETARAF NGAN BLOG AZWAN...SOME WORDS REALLY XPRO LANGSUNG..AS AN ASTRO REP TRY 2B MORE PRO! KALAU NAK MGAMPU BOS PUN, WELL I FAHAM, NAK WAT CAMNER..

itu dia peminat hafiz yang kerja cari salah orang saja.terasa lebih,tapi kutuk nombor satu.

ANONYMOUS ATAS BODOH KE APA?NAMPAK SANGAT PEMINAT HAFIZ YANG EMO NAK KUTUK.BARU KENAL AF KE?JOE SUDAH LAMA BLOG PASAL AF AND TAK ADA YANG SEBAGUS DIA.TAK SUKA TAK PAYAH MASUK.YANG KAKI AMPUN ITU SEGELINTIR PEMINAT HAFIZ YANG TAK BOLEH TERIMA KENYATAAN.

Memang tak makan saman peminat Hafiz nih.

memang dasar pengampu pun. Org astro sendiri yang khabar. Tak sedar diri betul. Dulu bukan main lagi kutuk AF siap dengan pam tandas lagi. Sekarang dia dah jilat balik semua najis-najis dalam pam tandas yang dia buang dulu tu... hahahahaha

peminat2 hafiz ni semua nyer sick in the head!!!! go aril go!