Wednesday, April 01, 2009

The ring




Hambik ko! Sehari lambat update... mengada berterusan lak perangai aku menjadik-jadik teros aku lambat nak update kan. Cam kesial aku ni bila da kena penyakit malas update cepat.

Sebenarnya smalam lepak besh sangat. Anggota KEPITA berkongsi cerita la ngan Obri kongsi pengalaman, and hopefully to give guidance sikit. Yerlah... walaopon da terkuar Akademi, aku tetap anggap anak didik. Merasalah katanya after sales service. Kalao Adila dan Rini ada skali besh, tapi al malkumlah, kita ni pree time yang tak senonoh tengah malam. Takkan la nak ajak anak dara orang kuar time tuh.

Akibatnya aku sendiri hari nih tak betui jadiknya nak keja. Heh.. ngantuk. Tapi takpe. Masih mampu katanya.

Hari ni ada tamu mai Akademi. Korang tengok je Diari esok nak tau sapa. Aku takde time tuh. Eh jap. Penghujung Diari malam ni pun da tunjuk! AmySearch masuk Akademi.... merasalah!

Aku pun bak tamu, tapi takleh bagitau sapa... and mungkin tak penting pun sebab korang tak dapat tengok. Heh... tapi tuk bantu bebudak in terms of pengalaman, as well as memberikan pertolongan apa yang patut untuk membantu vocal. Eloknya, time tuh pun Cikgu Syafie wat extra class, so gabung je lah.

Lagikpon aku hari ni nak one on one evaluation for their weakness and strengths, so lebih focused sikit dari general analysis of their abilities bab berkomunikasi nih. So bergilir sorang sorang kena 'dera'... sampai ada yang drama kuar je sesi aku ngan moka nak nangis. Amik penderaan kaw punya. Nih baru realiti... hopefully bila da berdepan ngan my former colleagues from the Press kang, they will be able to carry themselves well enough to make me proud.

Sebenarnya, aku da pun bangga sebab majoriti bebudak Akademi Fantasia kali nih nampak media savvy. Mungkin ada sorang dua jerk yang bebetul kekok time nak berhadapan media.

But God willing, they'll get over their weaknesses fast.

Ada student lak mintak nasihat pasal soal confidence, body language, facial expression.... the very things that are so important in the art of an interview. Ada yang mintak aku 'jawapan' bocor. How I would face certain questions... sensitive ones. And I can see some of them digging deeper to understand themselves, to learn how to answer, and not just fake it. Syukur!

Overall, today's class yang memeningkan sebab extend sampai TIGA JAM, memang best. Sedih lah sikit sebab da rasa kekurangan da tinggal 11 orang.

I can see some of them taking what I teach them seriously. Ulangkaji some notes they took down from first class pon, ada nampaknya bukan je ingat, siap da melatih diri sendiri to know by heart.

I am very proud of kids like this. Bersungguh meka.

Apapon... ada yang da sendiri janjikan aku perubahan... dan ada yang da mula mendedahkan diri meka yang sebenar to reveal things I think people will see in the Diari soon about themselves.

The thing is, the kids skang paham, soal perception. How what you might be, and what people might think of you, as two very differing things.

Abih kelas, memang letih, tapi sempat gi makan kat Shah Alam, and then jenjalan Uptown sat lawat member wat magic aku. Lama da tak main magic nih. Karat! Kena berlatih balik la. Tambah lagik ada bebenda trick baru besh nih. Damn! I would kill for more time now.

Rini call borak, then gayut ngan Obri sat.

Sampai balik rumah, sedar that it was April Fool's Day. Merasalah tahun ni tak hengat pun sebab takde orang play a trick on me or anything. So this year, pass like that jerk. No loss...

Ok guys... I promise sehari dua nih more pics and stuff. Semalam sibuk borak tak sempat amik. Hari ni lak time pass gituh je tak sempat amik. I promise rajinkan diri update blog ngan lebih bahan ok pasnih.

Apapon... aku nak tido skang. Tak larat....


PS - Happy tak korang isu Hafiz dan Akim dah settle? Small matter jerk!

Reactions:

6 comments:

Happy isu Hafiz & Akim dah settle..both need space to get along with each other's tantrum actually, cara Hafiz gini, cara Akim gini...aku tak sebelah mana2pun sbb aku minat keduanya..budak ni belasan tahun lg...hormones running high katanya.......

apa2pun I enjoyed the diary last nite & gelak abis part Yazid citer seram tu, cara dia bercerita tu mengelikan hati ..aku tak seram pun ....bak kata peminat fanatik Yazid, dia penyeri di diari...walaupon aku mencik tol dgn rambut dia tu...aduhhh...

siot la yazid tu cita camtuh. wat horror aku jerk! huahuahuahua

manja nya la si aril tuh becakap ngan mak dia. hehehe...

joe,rini call sembang pe dgn dia??maybe ko tau ke mana show dia ada ke dlm wktu terdekat ni..best gak...

aku tak sabar nak tgk amy kat diari mlm ni....tgk budak2 pompuan sume excited abis masa amy masuk kelas ciku syafie semlm...

sib baik la dah settle isu dua dak kecik comey tuh..hahah..:-D