Sunday, April 05, 2009

Apa dia itu

Ok lah. First of all. Sebab minggu ni, kali pertama dalam sejarah gituh setelah sekian lama aku refuse nak wat review konsert semalam, aku da bagi banyak pics kan? Tapi aku nak top up agik bagik lagik pics kat korang to make up for the fact aku tanak bukak mulot komen smalam.

So enjoy. Again... my disclaimer pada pencuri pics dari blog dan website busuk!

SESIAPA YANG HENDAK MENGAMBIL APA PUN GAMBAR DARI SINI, silakan. TAPI, anda tidak dibenarkan crop atau edit membuang watermark dari gambar-gambar disini. Hakmilik tetap kepada blog ini, dan sebarang penggunaan mana-mana gambar ini dalam bentuk telah disunting dan dibuang watermark, di dalam mana website, blog atau forum akan dikenakan tindakan yang sepatutnya. And I mean it... so don't fuck with me. Ada je bintang perangai suka mencuri hak intelek dan kreatif orang.
Sebarang penggunaan gambar-gambar ini dalam laman, blog atau forum juga perlu memberikan kredit dan link kepada blog ini.














Hope korang puas ngan all the pics. Untung korang la time aku tensi ni, banyak lak pics aku letak kan?

Anyway... ni hah... malas cita bab konsert, aku ada cita ketika aku gi Johor on Friday. Aku berlepas dalam 10 malam gituh on Friday. Meredah hujan dan traffic jam cam sial as usual, pick up Jue - PA Faz dan wanita bionic yang bantai rempit tuh, kat Pelita kat Bangsar.

Then we set out to Johor Bahru.

We reached dalam kol 1 lebih pagik kot, taking our own sweet time to enjoy the journey.



We checked in, dan aku dengan segera capai remote TV layan la RCTI. Nak tengok SCTV sebenarnya - suka sangat TV Indo... tapi signal nan ado. Matilah setting kena kaco.

In the end we watched some movies on my laptop until past 3am.

Here's where it gets a little sial sikit.

Time tu, da tup semua lampu. And the only light was from the wardrobe. So sikit je cahaya. Dengan perangai aku, memang da awal-awal da bukak langsir, so I got the JB and Singapore outline in lights gituh. Ada la cahaya sikit filter masuk bilik walaupon kita ni dok tingkat 19.

Now, awal-awal masuk bilik tu aku da tak sedap hati. Memang bilik tu creepy sikit. Da la paling ujung corridor tuh. It was more psychological horror for me, mainan pikiran kita ni yang influenced by sight, so takde la teruk sangat.

Tapi masa nak tidur tuh, I knew then that my senses tuh memang da triggered by something.

Aku ni, kalao korang da lama baca blog aku... tau la aku ni ada erm.... kemampuan untuk 'melihat' benda halus nih. Bukan dengan mata. Tapi dengan rasa. Camna tuh? Kira aku walaopon tak nampak apa-apa, aku 'tau' ada benda di suatu tempat, di arah aku memandang.

So anyway, time nak tidur tuh, aku mengadap ke arah tingkap. Jue was facing the other side. Double bed yang grand besau gedabak la katanya.

Suddenly aku rasa benda tu sebelah aku. Like right next to the bedside table next to me tuh. Aku pandang ke ruang kosong tuh diam je.

Then aku 'rasa' benda tu gerak ke kaki katil. I sensed teeth... lots of it. I don't know how to explain the way I feel these things, tapi tau je. I sensed nails... kuku tajam.. panjang....

Aku cepat-cepat tarik kaki aku ke dalam selimut and wat bodoh.

Then tetiba aku rasa benda tu hilang.

Cuba lah lelap lepas kejadian tu yang makan 10 ke 15 minit tu.Baru nak lelap, aku rasa ada pergerakan belakang aku. I turned, and Jue was still in the same position dia tidur tak bergerak. Banyak ruang antara kita. Aku terus bayangkan benda tu yang da masuk katil, baring tengah kita.

Damn! Aku memang sentap abih. Aku ngantuk... tak cukup tidur.... pastu da drive berejam... nak rehat sebab esok nak bangun awal pagi. Ni lak ada je benda.

Aku tutup mata, while facing back to the windows, and tried to sleep.

Akhirnya lelap juga, mengabaikan rasa ada yang tidur di sebelah. Tidur memang tak lena asik terjaga. Mana taknya. Dalam mimpi aku, apa aku rasakan tu, diberikan wajah seiring dengan apa yang aku bayangkan melalui rasa.

Babiks tol.

Tidur aku yang pejam celik very less than three hours came to an end at subuh. By 7am da jaga. Masa breakfast bagitau Jue what happened. Dia tak rasa apa-apa tapi dia perasan ada satu time tu aku cam tidur da, tetiba aku cam menepis benda and jumped up. Time tuh dia ingat aku mengigau. Matilah mengigau... tidur pun tak!

Heh... anyway we began the day. Aku sebenarnya takde pe kena ngan Anak Wayang. Saja je ke Johor nak temankan tengok first day Faz camna.

Ramai gak mai ujibakat first day kat Johor tuh. Ni some of the pics aku sempat snap. Tak banyak.





Tak banyak. Heh... having too much fun. Skali skala.

Tapi petang tuh da lepak, then check out, gerak gi minum ngan member kat City Square sat. Memang mengantuk la jawabnya.

Kena lak rush balik KL. Gerak kul 7 petang dari JB. Bayangkan kelam kabut. 10.45pm. Terima kasih Nadia dan kengkawan lain yang jadik informer aku apa yang tengah berlaku.

I had a blow by blow account of what went on sampai aku jejak kaki kat dalam Dewan Sri Putra.

Still tak cukup tidur nih sebab siang tadik picked up my sis yang da balik dari Jakarta beberapa hari lepas. She back for good. Yeay!

Ok la... nak lelapkan mata. Dalam bilik sendiri confirm slamat. So here's to a few good hours of sleep.


PS - Layan Diari INT malam ni.


Reactions: