Tuesday, January 13, 2009

A survival guide - how to audition for Akademi Fntasia




Aku tiap tahun cam clockwork lak, aku issue my little guide to help you guys kalao korang rancang nak audition for Akademi Fantasia. Sapa yang da lama baca blog aku, ni ibarat repeat performance jerk. But somehow every year... ramai yang tak follow these basic dos and don'ts.

So another year, another audition, another round of psychos who think they can sing to deal with. Apapon to cut a long story short, here's the fourth time I am doing this little ritual to help sesapa nak ujibakat nanti.

Please read through this if you are seriously considering auditioning. It will help you.

Ni kira free consultation. Kalao ko lepas stage four because of this, let me know ok because it will be nice to know I've helped someone.

Ok... so let's start the Survival Guide To Akademi Fantasia - Tips Ujibakat kali nih ek.

CHECKLIST
Apa yang perlu dibawa/What you need to bring (merasalah siap translation takut ada yang tak paham maki aku lak) dan apa persiapan perlu dilakukan sebelum langkah ke ujibakat.

*Salinan fotostat kad pengenalan. Kalao ko ilang IC takde nak wat salinan, bak ler sijil beranak atau paspot dan salinan skali ek. Kalau leh pakai, ok lar tuh. Tapi make sure tuh last kopek. Singaporeans since you're eligible this year, bring the necessary documentation.

*Bawa dua gambar berukuran 4R. Kalau leh pepandai ler pastikan pic tuh bukan ko tengah pakai kostum badut ker haper la. Moka ko yang meka nak tengokl

*Pastikan ko berumur antara 18 dan 45 tahun pada 1 Jan 2008.


*Bak makanan/minuman tuk bertahan sekiranya anda takde 'runner' nak belikan atau lokasi uibakat jauh dari memana nak bungkus.


*Kalau leh bak ler CD player ker haper tuk latih lagu ko nak persembahkan time bosan nunggu. Practise makes perfect.


*Bring salinan baju just in case ko audition lambat. Kang pakai cantik cantik kena hujan time nunggu ke basah kuyup ngan peluh, naya jerk masuk ujibakat ropa cam haper.


*Girls, bring make up nak touch up dan kelengkapan dandanan, tapi jangan sampai berat terlampau barang diangkut. Essentials include lipstick or gloss, loose powder and whatever necessary just nak elak moka cam kuali leh goreng telor kalao panas. Berminyak la kiranya. Boys, a comb would be nice, and a handkerchief nak wipe down that oily face. Boys especially, sila pastikan anda MANDI ek... sebab sebelom ni ada rempit yang nak ujibakat, satu bilik leh bau!!! Add a deodorant or perfume, sebab pas tunggu lama lama bau leh cam ikan kering ok.


*Makcik atau pakcik yang berumur yang nak audition tahun nih, bak ler Power Root ke vitamin skali ek, supaya leh keep up energy.
Sama gak mak bapak tunggu anak nya kes.

*Leave your attitude behind. Jangan nak mengarut nak marah marah tunggu lama ker haper ker... masok ujibakat moka cam cuka. Not very appealing.


*Pastikan kalao ko tompang family ke haper, jangan bagik meka tunggu sebab mungkin seharian ko lepak tempat ujibakat nunggu giliran. Tell them you'll call them, or go for auditons in a group di mana ada yang ada transport.

Now that you have the necessary, ni refresher apa yang anda akan lalui. Here are the usual peringkat peringkat ujibakat yang anda akan lalui.

Stage 1
Peringkat ni simple...dan confirm ramai yang lepas kecuali memang bangap melampau tatau nak tulis nama! Even that you can probably get someone to write for you.

Segala dokumentasi diri diberikan pada penyelia ujibakat and TADAA!!!!! You're past Stage 1!!!


Hah...kan senang...


Stage 2
Here's where it gets tricky.

Peringkat kedua...peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan, Team A dan Team B.


Disini, vocal, presence dan kebolehan memberikan persembahan yang menarik secara keseluruhan penting. Juga tak dilupakan kebolehan nyanyi ikut music ek.


Ni nak test sapa tone deaf ke takde ritma.


Tapi kalau anda mampu membuktikan anda mempunya vocal yang bukan sahaja menarik dari segi tone suara, tapi juga kebolehan basic mengawal pitching dan tempo...dan TAK SUMBANG, then you're in.

Pada mereka yang serious, sila sediakan pilihan lagu sendiri selain lagu dalam senarai ujibakat kalau-kalau pengadil mahu mendengar sesuatu kelainan dari anda untuk lebih menilai your vocals secara acapella, atau tanpa music, untuk lebih meyakinkan mereka.


Please take this stage seriously sebab aku perasan ramai yang main-main jer time ni. Takkan untuk tak sampai seminit takleh wat preparation betul-betul kan?


Sila ingat video yang diamik tu bukan setakat tayangan kat @15 tau, tapi akan digunakan untuk penilaian juri kemudia kalau anda lepas stage 4 untuk decide whether or not anda akan jadi pelajar Akademi Fantasia pas masuk shortlist.


Stage 3
If you've made it this far, congratulations. It means there is something about your voice that people do bother with, and you're more than just penyanyi longkang bertemankan kapok or ratu karaoke or even jaguh daam bilik air jer.

Cabaran seterusnya diadili oleh dua lagi set pengadil.


Peringkat ni melibatkan interview untuk discover your personality. Peringkat ni, selain dari tu, anda mungkin diminta menyanyi lagi, ataupun menari untuk menyakinkan juri anda layak.

Seperti mana stage 2, please note that sesi ni juga divideokan, walaupun bukan untuk tayangan, tapi untuk tontonan juri sebagai sebahagian proses evaluasi.

Please be interesting.
Tell the judges who you are - and make them interested to know you more. Kalao dalam bilik pun ko tak mampu tarik perhatian judges, camna nak be on TV?

Aku penah tengok orang yang da letih nunggu time ni bagik alasan memacam for their boring appearance. Don't. Be prepared. Kalau nih pon tak tahan, merasalah ko feeling nak masuk Akademi Fantasia.

Stage 4
Semakin ler cerah masa depan anda (sial jer statement ni... cerah ke?) kalao da sampai peringkat ni kerana anda telah dishortlistkan.

Kalau ikutkan tahun tahun sebelom ni, lebih kurang seratus hingga dua ratus orang dari beribu yang sampai ketahap ni.


Pada mereka yang lepas stage 3....samaada anda akan diberitahu...terima kasih...apa apa nanti we call you...dan ditunjuk pintu keluar (in other words, get lost, you suck)...ataupun anda akan mendapat borang (meaning we have to find out if you suck after further evaluation and may still tell you to get lost)


Mengisi borang tu adalah peringkat seterusnya. Jangan perlekehkan peringkat ni walaupun nampak simple.


Apa yang anda isi dalam borang tu, akan memainkan peranan juga dalam bab pemilihan.


And then what? Kalau anda da berjaya sampai tahap isi borang...the only thing you can do is wait, and hopefully, the sessions videotaped will have something that will yakinkan para juri anda layak menjadi pelajar Akademi Fantasia.

Untuk membantu korang...ni aku wat guide tuk korang supaya korang lebih bersedia menghadapi ujibakat. Print this out this page if you have to and bawa sekali untuk ujibakat..

This will really help you...so laugh if you must, but take it seriously if you are going for the audition.

The do's and don't of auditioning for Akademi Fantasia.
*Pastikan you're dressed to be impressed. Tapi takyah terlampau fashionable, sebab kalao packaging meletop tapi isi tarak pun tak guna. It's only one of the ingredients...looking good... Dress to impress, but don't overdo it. Make sure you look as good as you sound (a lot of people listen to this, as far as I can see sebab ramai yang look as bad as they sound).

Choose a look that goes with your personality, tapi pastikan pada masa yang sama anda selesa, ok, as the audition process could take very long. Kalau baju ke seluar baru, kang gatal-gatal ke tak selesa lak kang...but it's always worth investing in doing something to your hair, like getting a cut.

Guys, pastikan jangan rupa serabai especially rempits while girls...don't look like hookers (no one listens to me on this}...atau make up nak kalahkan opera Cina.

Like I said, preparations help. Kalau anda bukan antara batch yang awal, you may have to wait for up to 12 hours, based on my experience. So observe these helpful tips nak senangkan diri korang sendiri..

*Tunjukkan minat anda. You're one of thousands, dan naya je bukak mulot je, juri da kata tima kasih leh cuba tahun depan. Jangan terlampau bodek...kang nampak bodoh lak bakat tak sampai tapi yer yer nak butter up the judges. It will NOT work...trust me. Say what is necessary while maintaining an honest representation of yourself. Jangan lak nak tipu ngan berlakon menjadi something else nak impress.

Professionals can see through your acting. I mean it. Dan control your nervousness. Jangan membebel atau meracau. Taking a breath before you say anything. It'll calm you down. No chewing gum ke apa apa. Nampak kurang ajor da.

And jangan jawab sepatah bila disoal. That's just irritating. lso look interested as you should be.

*Anda tidak akan didiskriminasikan

So jangan ingat ada apa pun pasal diri anda yang akan menjadi bahan tuk juri memandang serong at you. As long as you're decent in every way, you'll get the same respect from the judges.

*Panik? Buang masa...baik takyah audition. Pada yang beragama Islam...erm...tauler what you have to do kan. Yang other religions pun can say a short prayer before you start. Calm yourself down, and jangan stress. Fokuskan your energy of being afraid yo prepare yourself.

Jangan torture diri sendiri. Kalau anda cukup bersedia, anda takkan menghadapi sebarang masaalah, so kenapa nak risau?

*Bayangkan kenapa anda audition in the first place. Kalao ko takde sebab...padan muka ler. Kalao ko cuba nasib sebab yakin anda ada bakat...then you will have no problems. Focus on making it.

Maintain keyakinan anda dan sentiasa pastikan diri anda tenang, supaya tak affect persembahan anda. Pastikan ada keseimbangan dalam personalii dan suara anda. Don't let one outshadow the other.

*Pilih lagu yang sesuai untuk anda. INI TERAMAT PENTING! Jangan pilih lagu yang anda minati saja. Pilih lagu yang bersesuaian ngan suara anda. Juga yang mampu anda persembahkan tanpa sora ke laut, tiba kat pulau, dan berenang balik ke daratan.

Interpretasi adalah penting. Jangan nak fotostat lak! Tak guna kalao lenggok sebijik nak ikut CD. Wat pe? Kalau anda klon terhebat sekalipun, peluang anda immediately kurang da.

*Kalau suara power, jangan lak sampai menjerit nak robohkan venue. Impress with your vocals, tapi jangan sampai berserabut sehingga melody pun da takde. Pada mereka yang tak mampu, jangan ler nak melalak. Suara yang kuat, lantang atau nada tinggi tak semestinya sedap!

Banyak lagi faktor yang menjadi pertikaian. Show what you have....but remember...don't overdo it...dan ikut kemampuan...

*Paham tak apa tu emosi? Kalau bak lagu sedih, jangan sengih cam kerang busuk! If it's an upbeat song you're singing, look happy, have some energy. If you're crooning a love ballad, do it with feeling so you embody the words coming out of your mouth.

Kalau tak mampu nak hiburkan setakat dua anggota juri dan teman teman seperjuangan...camna nak menghiburkan Malaysia?

*Body language is important too. Jangan lak tengah nyanyi tu, tangan tergantung cam mayat je...ataupun nak wat aksi garu tempat tak patut. Choreography is not just about dancing.

You already chose your song awal-awal. Jadi persembahan anda dari segi gerakan anda patut dirancang juga supaya ko tak dok setempat sambil tenung spotlight, ataupun jalan kehulu hilir nak merentas desa sebab gementar tatau nak wat apa. Practise depan cermin.

*Be honest. The judges want to see you! Bukan lakonan semula video clip mana ko tengok yang ko nak over-over lak nak tiru. Feel the song and concentrate on delivering it.

*Dalam menunggu giliran (kecuali nasib ko ler jadik yang first) sembang ngan teman-teman sekeliling. Find out what they're singing. Pastu, kalao ada yang nyanyi lagu sama, compare notes. Mana tau, ada idea ko leh curi sana sini to adapt to your presentation.

*Your attitude is important. Samaada ko leh wat perangai yang elok, dan memikat hati juri, atau wat perangai yang bagi orang meluat atau menyampah dimana juri akan terus mintak ko berambos!

Lack of confidence is another thing yang sering menjadi penyebab kegagalan. Yakin pada diri anda dan kebolehan anda (masaalahnya ada lak yang terlebih confidence tapi kekurangan bakat!)

*Pada saat anda akan membuat persembahan, cari sesuatu dalam diri anda sebagai motivasi!

*Don't let anything or anyone intimidate you. Kalau takut sebab tak penah nyanyi pakai mic ke apa, buat-buat je cam ko kat karaoke (tapi nyanyi jangan ler camtuh...style sambil lewa!) Kalau takut judges...wat pe...meka bukan nak marah ke nak gigit ke.

Kalao ada contestant yang ko dengar sora power, so what? Rilek and do your best. The best voice is not the only thing necessary and just think that the person might not have something you do.

*Ini adalah rancangan televisyen. X-factor adalah penting. Find out what is yours, or if it is too late, confidence will be enough to fake it for the moment.

*Your best-selling point has to be something in you. And if you try too hard it will always work against you. You want to be yourself, but at the same time, you want to have something that distinguishes you from someone else. Jangan jadi sesiapa kecuali diri anda sendiri. Be yourself.

*Which brings us to...be honest. Jangan nak kelentong kata pandai wat lenggok asli ke R&B kalau it's not your thing. Admit your kelemahan so the judges know and you don't make a fool out of yourself. Dan educate yourself ok...kata R&B tapi soun pun asli...kena gelak kang...

*Be patient. Kalao ko ingat dok 12 jam baru dapat nyanyi 30 saat stressful sangat...dok rumah je ek. Ramai lagi sanggup. Jangan terbawak your impatience or your unwillingness tuk bersabar into the audition. It makes you look really ugly. Lagipun kalao ko ingat tension dok tunggu berejam...bayangkan ler pening dan stressful nya tuk juri nak layan lalakan meka yang pekak badak!

*Kalau anda mempunyai banyak masa, jangan habiskannya ngan melalak. Practise is fine. Tapi aku perhatikan yang datang satu group mai lalak tak abih-abih...tapi masuk studio ilang sora. Ko datang tuk ujibakat...bukan sesi jamming. So try conserving a little energy, enthusiasm and voice ek for the audition.

*Jangan skali wat alasan tuk your lack of ability to sing. It turns the judges off. Alasan paling original aku dengar dari one of the judges yang told by one of those yang ujibakat, "Saya takleh nyanyi sebab da malam. Saya malam memang takde sora." Kepala hotak ko!

*I cannot stress enough the need to be confident! Tapi...kekadang...untuk sesetengah yang aku tengok....aku kena gak cakap...jangan lak overconfident!!!

*Have fun! That's the first thing before you can have confidence, and also the much needed ingradient that will make you look more like a pro (doesn't make you sound like a pro, but at least it won't affect your voice if you're nervous)

Based on my experiences...this are the best tips I can think of to help you. So...apa lagi. Start working on it if you are going for auditions after today. Tapi meka yang wat audition siang ni....work on it anyway, ok.

Pitch and tempo is very important because those are the basics. Also remembering the lyrics.

Ok? Now, go practise!!!

PS - Nak gi pelancaran album Datuk Siti Nurhaliza esok. Be back with pics and info.

PPS - Wish that asshole would get out of my friends' lives too. Da takde kengkawan sendiri ke? GET OUT OF MY LIFE ALREADY!

Reactions:

6 comments:

Hello .. Tx for the tips ..

nak tanya pic 4R tu, satu paras pinggang kan? yang profil tu kira satu badan @ muka je ...

tq

joe, ko copy paste past year entry ke ko taip balik? ihiksss

*larikkkkk* =P

Anonymous : 4R tak silap aku full.
Ieja : modify. da empat tahun bagik tips sama takde orang ikut je. tengok audition sama je problem tiap kali.

Your blog looks really nice lah! I been ur faithful reader for almost 9 months now. u inspired me to do abit of blogging. So Im very new in blogging. Can help me? How do u have that music playlist on your side bar? Do u have to buy it?

I know ur a busy busy man. I really appreciate your help time.

Good luck with ur work.

Go Hei Fatt Choi

ooops, typo. meant to say..
Gong Hei Fatt Choi

elo.. mcm manau nk cari minus one tuk lagu2 dlm senarai af tu?? kat internet ssh nk dpt.. yg ada sekarang lagu ketulusan hati. i thin this song quiet difficult to sing so i hope i can try to sing HANYA ENGAKU YANG MAMPU - AIZAT but no minus one to get i practise..huhu
plzz help me.. tq..