Tuesday, September 09, 2008

Santau?

Korang nak dengar cerita ala ala kelakar tak, sambungan dari cerita mistik aku not too long ago.

Hah, ni ada sikit bab artis ler, so kalao ada yang kaki gosip, you're going to enjoy this bit. Mesti ada pihak yang terasa aku tulis benda ni, sebab pihak yang aku sebut tuh, memang ada baca blog aku... setau aku ler.

Anyway, aku sambung sesi berubat aku smalam. Mana taknya, petang tuh bayangkan aku mandi nak siap keluar nak berbuka... aku rasa cam nak clear my nose. Biasalah, baru baik dari demam and flu. So banyak ler cecair kat dalam tuh.

So I blew away. Eeewww!!! Aku tadah tangan aku, leh penuh satu tangan ok, ngan hingus kaler putih kuning. Tapi biasalah kan.. cuma luarbiasa jer amount dia.

So I did it a second time. Again the same amount came out. Aiyo!!! Biar betul! And kali ketiga, again the same thing happened! And if you thought benda tuh gross gila, having almost a tea cup full of snot flying out, listen to this.

Kali keempat aku blow my nose, the same amount, a handful came out again. Tapi kali ni warna nya hijau tua sikit. Sekali dengan cecair hitam, bercampur darah! Merasalah aku terbodoh jap. Mana tak horrornya tengok benda hitam dan darah yang banyak keluar hidung. Padahal hidung aku tak berdarah pun. I washed up and blew again, but nampaknya lebih secawan penuh da maksimum da hasil isi hidung aku. Matilah sapa carut hidung aku besar cawan leh banyak sangat isi.

So anyway, malam tu one more round ler aku. Orang berubat aku tuh cakap biasalah badan aku tengah keluarkan bebenda tak elok. Spiritual detox katanya. Merasalah!

Anyway, malam ni aku ada bawa seorang artis ni. Dia ni aku kesian sebab cam aku, rezeki dia cam kena sekat. Walaupun ramai kenal, ramai kata meletup hasil kerja, tetap job tak datang datang. Biar aku rahsiakan ler apa dia buat ek.. no giveaways sebab tu privacy dia.

Anyway, masa dia berubat, this is what we found out. Kisahnya ada orang hantar benda tak elok kat dia. Bukan setakat nak kacau ok... niatnya nak membunuh! Amik ko santau!!!
Orang yang wat dia artis gak. Kisahnya sebenarnya pasangan suami isteri ni memang dengki gila ngan dia. Cuma nasib baik, tanpa sedar, dia memang ada orang da pasang pelindung.
Hasilnya dia ni cuma sakit sikit sikit je. Irritating, but nothing serious ler.
Tapi decription yang diberikan tak mengejutkan, sebab da agak pasangan ni memang dengki ngan dia.

Anyway, orang berubat tu kata, ada satu lagik pihak yang hantar benda.

Yang aku berat nak dengar tuh, artis yang menghantar tu, alkisahnya kawan kepada member artis aku ni. Hish... sampai hati! Kawan kawan pun mendengki? Kisahnya benda di hantar tuh, untuk mengacau rumahtangga member aku nih serta supaya dia ni jadi gemuk dan buruk. Again sebab pelindung tuh, benda tuh just bounce off.
The moment dia cakap camtuh, aku dan member aku pecah perut gelak tak tahan.
Patutla si artis tu sekarang nampak badan semaking 'sihat' dan ada ura ura masaalah rumahtangga. Kena balik kau! Merasalah return to sender.

I really don't know what these people stand to gain wat benda tak elok camni. Apa pegangan agama orang orang camni yang sanggup nak santau nak bomohkan orang. Siapa mereka nak cuba hancurkan rezeki dan rumahtangga orang?

All I can say is, aku respect gila member aku nih. Dia tenang je terima the news. Dia pun tahu kebenaran sebalik benda ni. Tapi seperti aku, dia pun kata tak nak balas apa apa. Cukup berubat apa yang patut.
Both of us agreed. Karma's a bitch!

Moral of the story, kepada orang yang rajin rajin hantar benda ni... awas! Balasan nya akhirat nanti satu hal. Jangan usia dipendekkan kena balik benda elok ko hantar tuh baru nak sedar dan insaf main ilmu yang sama hitam ngan hati korang ni.

I am just starting to hate the entertainment industry here. Not only are people shallow and plastic most of the time. They're also pathetically perasan and can only feel better by putting other people down.

Anyway, on the good news front, hari ni aku dapat secure the url klubbkidd.com!!! Yeay! Aku penah nak beli dulu, tengok orang da beli. Sial... bukan pakai url pun. Cuma setakat nak pegang ngan harapan buat duit nick aku.

Tapi entah apa rezeki aku, aku tergerak nak google and whois domain ni, and I found it available.
Thank you so much to Paan of Nadia FC yang help me out with the registration and all. Cayalah bro! Ko memang besh tolong aku secure rumah baru aku nih.

Now back to making this site look better and function better. Been doing it the whole day, and it's still not as light as I hoped. Aku nak work on the loading time sebab ramai korang kata berat aku nak lighten it so kalao pakai dial up pun leh access.

Back to work...

Reactions:

0 comments: