Tuesday, September 23, 2008

Jangan ganggu banci!

Amik ko semalam Pelita, Bangsar packed gila! Semakin dekat ujung puasa nih, semakin ramai lak bersahur kat luar.

Kita pun tak beza sangat. Semalam gathering kami yang terbesar so far kat Pelita. Tapi sebenarnya tak sengaja. Aku janji da ngan Faz nak jumpa sana. Expected sana si Juan and Amir as well yang da ajak sekali. Jue too.

Tapi last last, ni ramainya yang punch card kat ofis kami smalam. Amik ko! Enam meja panjang ok! Tu semua yang full time Pelita lepakers gituh.



Cerita nya.. aku sampai je, si Juan dan Amir, da jemput Bob join sekali. Masa tuh geng 6ixth Sense, semua ada. Si Adi, Atan, Jiji, Atan dan Wan da berkumpul sekali. Jue pun sekali. Aku lak ngan Faz sampai serentak. Then we were joined by Ted.

Then lepak punya lepak, we were joined by Ika, Mel, Yana dan Nurul.

Ramai lak ari nih! Sampai enam meja. Tu pun secara tak sengaja. Seriously, Pelita for us is becoming Cheers, sitcom 80an dulu, where everybody knows your name gituh. But kalao you weren't big on TV in the 80s, then Pelita would be our equivalent of Central Perk in Friends. Tiap kali pergi je mesti ada kawan kawan melepak. Jarang kalao gi sorang akan dok sorang.

Kami ni memang hantu Pelita, bulan puasa or not. The proof? Amik ko, tengok resit tuh tulis apa. Bebudak waiter sini biasa da sangat ngan kita. Treatment memang tip top! Cuma memang la skang sayang si Andri dari Medan da transfer branch lain. Tapi bebudak lain keja sana, most of them we all know by name da and treat us so well, until sampai tahap, kalao Pelita Bangsar takde, tatau lak nak lepak mana da.



Malas nak amik pic, tapi seronok ramai ramai, pot pet kecoh tuh, amik la a few. Ada yang feeling tanak kena snappy ngan aku kena masuk blog. Especially my best friend Ted yang akan balik ke Sabah Thursday tuk balik kampung for Raya. Merasalah kononnya camera shy!



Sebut pemalu nih, ni ada yang malu malu taik kucing gituh. Pas my last blog entry yang ada pic meka mesra gituh, ni pic malu malu Ika dan Adi lak dedua wat innocent je. Iyolah tuh. Konon memasing pandang arah lain time cam aku dah fired on. Tak baik taw cover line! Matilah pas ni gosip keluar.



Ni lak si Wan, yang feeling main game jer time semua orang layan borak. Wan... Wan.. tak elok tau main game time orang makan dan mengumpat ni. Heh.. pepandai lak aku.



Anyway, ada story sikit masa kita sampai.

Si Jue, yang personal assistant si Faz, baru sampai Pelita time more or less everyone was arriving. Jue ni kira kategori 'woman under contruction'. Don't you dare call her a nyah. She's a a lady in development ok!

Anyway, si Jue ni, time nak keluar kereta, was on the phone. Pintu kereta dia terbuka. Tiba tiba ada orang tarik beg tangan dia! Memula dia ingat kawan-kawan saja nak wat kejutan, main-main.

Then she turned to look, and there was some stupid rempit running with her bag! Tanpa pikir, si Jue nih, keluar keta dan kejar. Dengan hanya beberapa langkah, Jue caught up with peragut ni, yang da lompat membonceng atas motor member dia yang menunggu.

Jue tetiba, berbekalkan kuasa pil-pil hormon ala cocktail, managed to catch up, then lompat ala Bionic Woman, berjaya tangkap the pillion rider yang snatch bag dia. She managed to drag him off the bike, dan kedua meka - si Jue dan peragut tuh, jatuh terpelanting kat jalan.

Yang tukang bak motor tuh pusing dan maki Jue, "Ko kenapa???!!!" Cam sial kan! Nak rompak satu hal... pastu nak marah orang katanya sebab merompak! Keji! Jue pun maki balik nak curi beg orang takde duit ke. Sementara tuh, mamat yang jatuh tu, yang masih berpeluk beg Jue, managed to get back on his feet and naik balik motorcycle.

Si Jue turned Bionic Woman again. Kali ni dia terkam, tangkap kedua pala bebudak tuh dan hantuk sekali. She then dragged off the pillion rider yang masih holding on to her handbag. Kali ni Jue seret dia berapa kaki sampai dekat keta dia. Time tu, kata Jue dan bersepah barang-barang dia cam handphone dua bijik atas jalan. Merasalah, rasa cam testimony kes Fazura je time dia bergelut! Heh!

Anyway, masa tu memang ada small crowd da gathered area simpang Jalan Telawi 2 tuh, dekat Telawi Street Bistro. Tapi takde orang tolong. Ala ala cam show free katanya. Mesti ada yang konsep tengok sabung ayam, ada yang betting, "I bet on that girl to beat up those two sorry asses!" But thankfully, bebudak area McDonalds tu, armed ngan kayu and all, ran up tuk tolong Jue.

Mungkin sebab nampak ada reinforcements coming, budak yang kena heret ke keta tuh ngan muka kena sagat ngan Jue kat jalan tar, pandang Jue, campak beg Jue dekat dia, and kata, "Nah... amik lah beg ko!" sebelom lari naik motor dan cabut!

Matilah tergelak aku dengar cita Jue! Tu la korang! Dah la rempit bodoh! Nak rompak, nak target pompuan je kan! Ni dapat pompuan yang da maksimum hormon kalahkan kes steroid ahli sukan nak main-main ragut ngan dia! Ni pun lom dia PMS tau korang da kena camtuh!

Anyway, all of us had a good laugh. Jue escaped with a few scratches, a crack on the screen on her handphone and that's it.

Tengok betapa prihatin gituh si Faz. Siap tampalkan plaster kami gi carik tuk nak cover up the cuts and scraped Jue had on her hand and legs akibat bergelut ngan peragut peragut tuh.



Sorang bahaya kalao ada kasut tumit tinggi, PA lak bahaya kalao bab beg tangan! Men... and woman too. You have been warned! Tapi salute Jue gituh. Sesiapa yang penah kena ragut mesti paham trauma kena kan? Well, Jue got a point for all those who have been victims of snatch theft before.

Akhirnya tengok la tangan Jue yang bertampal plaster! Bukan nak tayang cincin ye...



So lesson for today is, jangan pikir pompuan aje, ko nak pandai ragut ragut. Biar insan lembut skali pun jangan ingat skali leh senang senang jadik mangsa. Tu baru Jue. Lom agik sorang agik member aku yang bernama Dayang - another woman in construction from Kelantan gak cam Jue.

Gelak kami keluar cita Dayang, yang nampak je cam pompuan ayu, tapi sebenarnya juara tomoi pernah nak kena rompak ngan jantan mana entah. Last last jantan tu lari bila Dayang nak bukak step, sambil mengejar ngan parang!

Girl power! Well... erm... sort of!

Don't mess with a lady and her handbag!


Anyway, da borak, ngumpat dan gelak, aku dan Adi ke McDonald at the end of the row nak beli burger lak. Merasalah kempunan nak makan burger. Suka sangat tengok sign ni. At least nampak ler McDonalds ni make an effort with a proper sign nak warn against those yang malas puasa.



Last call, nampak lak Burn and gang. yang a table away tengah lepak. Eh, by the way, korang tau, Si Burn ni leh post a pic of me dia amik masa kita berserempak kat Astro time gi Glamer Raya Aznil ari tuh. Gatal bijik tol. Dia letak dalam blog dia kat xfresh nya page. CLICK HERE nak tengok posting dia. Ngada tol!




Yang sebelah Burn tu, muka dia korang cam bebetul ek. Nama dia Mahesh. Dia star baru filem Yasmin Ahmad yang bertajuk Talentime yang baru abih shooting. Click kak Min's name to go to her blog where you'll see more pics of Mahesh there, along with production still. He will be starring alongside Pamela Chong, adik Vince dan Vanessa yang masuk The Amazing Race Asia 2, jadik runner-up. Si Mahesh ni watak dia lak sebagai adik kepada watak Jaclyn Victor who makes her film debut.

Yang awek tuh Ainul. Her movie Histeria directed by James Lee is coming out soon too.

Eh.. panjangnya posting nih!!!!

Ok, I leave you guys this time with a special song, which is a message to all of the rempits and the men out there yang ingat 'insan lembut' nih leh take advantage. Lagu ni tajuknya Jangan Ganggu Banci - dari Project Pop. Banci in Indonesian means mak nyah ler.

Watch the video! Loved this song for the longest time. Project Pop are the best! Check out their songs, bertajuk Ade and Dangdut Is The Music Of My Country among others. Meka ni cam Senario la kat sini - except they're funnier and actually talented, apart from actually being able to sing. First time dengar lagu meka time aku ke Jakarta dulu. The queen in the video is Aming, who's a star in Indonesia, with the Ekstravaganza program over Trans TV. Such a riot!

Ok... enjoy the video! Selamat berpuasa... berapa hari je beraya deh!

And Jue - ko memang superwoman! And women should be proud of you for having you among them to show them, that they need not be victims! And people, ingat... just cause someone is different, doesn't make them inferior to you.

Ciao!



Reactions:

8 comments:

adoh...kelakar betul entry kali nih..
tp nasib baik r tk cedera teruk..
apepun sy snang ati sbb kes kak faz dah selesai...

Project pop jauhhhhhhh lebih kelakar dari Senario! Me likey 'Bukan Superstar' and Tu Wa Ga Pat. Diorang memang pecah perut punya lawak, kan?
:)

Bro....so far the best posting ni yang i dah baca....ada byk cerita dalam satu posting...... best.............

(ootopic)

joe..lagu Dibius Cinta -melly feat yusry sangatt sedap...
sukaa sangat!!

i love project pop..and aming as well :p u tgk extravaganza ke?

yeap. i love ekstravangaza! kelakar!
as for project pop they rock big time!
caca - lagu tu besh bila melly nyanyi. lain dari tuh hancur! muahahaha