Wednesday, July 02, 2008

Kelab Pop

Sampai je Wisma Ali Bawal tuk shooting Kelab Pop, bumped into lots of people! Mana taknya... bukan je satu episod nak shooting. Banyak skali harung. Aku nya slot yang last for the day.

Team aku, apart from myself, si Juan dan Rudy. Harus lah havoc katanya. Our challengers? Ifa Raziah, Serina Redzuan dan Fazli Zainal.

Semua mulot leh tahan.

Once, the final episod before ours finished (sempat usha, tapi akibat tuh tambah nervous), congratulated the winners! Siapa lagi kalau bukan team Triple Z (no, that was not their team name - tapi sebab memang tiga tiga nama start ngan Z).

The winning team for the shoot before ours was bro Zahid, skali ngan Zain formerly of RuffEdge (kira former ker) and Zed Zaidi. Uwaa... julang trofi ngan bangga tuh!

Mana taknya, dengar musim lepas, piala adalah piala pusingan yang passed on.

Musim ni semua pemenang dapat individual trophy.

Triple Z - Zain, Zed Zaidi and Zahid - eksyen ngan trofi tuh!


Uwaa... adik da dapat trophy, the pressure is on to meet expectations. Sebenarnya aku tak kisah pun mula mula nak menang ke apa... lagikpon appear pun ada saguhati da. Merasalah dijemput sebagai selebriti wakil media. Matilah... nak good impression ni.

Plus, adik da menang, aku pun nak ler. And it didn't hurt that the trophy cantik gak and nampak mahal. Heh!

So masa game, memang all out. Tapi round random question memang no hal. Seb baik tak terbodoh aku. Tapi round CD rosak aku tension. Tak pick up langsung. Juan banyak jawab.
Tapi yang kelakar, satu yang berjaya aku jawab tuh, tak sampai beberapa saat aku da tekan buzzer dan jerit jawapan. Lagu tu memang familiar - lagu hit yang kerap berkumandang radio.

Kalau tak kenal memang aku patut kena pancung - matilah malu kalao aku tak cam. Sebelum sesiapa sempat, aku tekan dan jerit STACY!!!! AKU STACY!!!! Heh! Tak ler aku malu sangat tak jawab speed round tu.

Round humming dan karaoke maut tuh memang pecah perot. Aku sampai nak jatuh pentas gelak!

Aku takleh cakap apa apa la... korang tengok kang bila episod tu on air. Not sure when... but memang kelakar!

Fazli, Serina, Reza, Juan, Rudy and me, myself and I. Kak Ifa terpaksa rushing balik cepat sebab anak dia sakit.


Pas abih gi lepak Pelita as usual. Tak plan apa apa pun. Dan dan... ada orang tegur. Rupanya Marsha dan Kefli ada 'discussion'. Hah... habihla korang kuar lagik la cita korang kuar berdua. Sebenarnya kira business meeting sebab ada hal nak bincang. Last last meka join satu meja.

Banyak ler aku nak borak ngan Kef sebab cita Gaia yang aku tarik diri. Then borak ngan Marsha pasal bab lain yang takleh sebut sini.

Kef and Marsha


Jauh tuh duduk!


Sibuk borak, tetiba lak ramai sampai kat Pelita tu. The ones aku sempat snappy Mila dan secara berasingan, Jac. Bangga ngan meka. Takde nya feeling kekwat takleh lepak mamak. Ada sesetengah nih pandang mamak ni cam hina sangat. And kalao lepak kat kedai mamak, rasa cam kena bagitau satu dunia seperti Fear Factor lak. Amik ko!

Mila lak sampai


Then Jac...


Hung about dari I think about 10pm, sampai almost 4am! Penat gila by the end of it all.
If I neglected to tell you the result of the episode Kelab Pop I was in. Sebenarnya... kami.. MENANG!!!!!

Amik ko! Trofi yang dok kat ruang tamu rumah skang. Nothing much to be proud of... biasa biasa je. Yang penting, we all had fun, and with friends.

Apa dia? Bolos? You'll never get me into that skin tight baju. Nangis kang Fitri tengok baju dia buat tuh kena stretch ngan aku! Nangis lagik tetiba Bolos kena rating sebagai horror film lak nampak lebihan aku semua. Matilah...

Over and out... for today...

Reactions:

0 comments: