Tuesday, November 06, 2007

Weirdness...

So actually, semalam, got was online in my Yahoo Messenger, and I got some shocking news. Went into IRC and got confirmation from friends, and then following which came several SMSes and got a couple of calls to talk about it.

Someone I knew, once a close friend, who I've known since the mid 90s, had passes away.

Aku terduduk sebab, I can never get used to the idea of people just, going, just like that...without warning. God...honestly - this bugs me beyond hell.

My friend - who was known to us by the nickname Mokz, passed away, along with kawan dia Iwan, in an accident. Sinar Harian punya Pahang edition carried the crash on the front page (the other killed was in another accident).

Mokz bertiga masa tu dalam keta when apparently they hit a bus. I don't know what to say. Called a few people today, those of us who've known him the past decade, and everyone was really shocked too.

This is the news that was reported in Sinar Harian. Mokz was the one sitting in the back. Only one of their friends survived.

Tiga maut dalam dua kemalangan berasingan

Dua lelaki dan seorang wanita maut manakala tiga cedera dalam dua kemalangan jalan raya di di sini semalam.
Kemalangan pertama berlaku kira-kira jam 5.30 petang melibatkan sebuah kereta Toyota Avanza dan bas ekspres di Jalan Raub – Lipis kira-kira satu kilometer dari Pondok Polis Sega mengakibatkan dua lelaki berusia awal 30-an terbunuh dan seorang lagi cedera.
Kedua-dua lelaki berkenaan yang juga pemandu dan penumpang di tempat duduk belakang tersepit dan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi penumpang di sebelah pemandu mengalami kecederaan dan dihantar ke klinik berhampiran untuk rawatan.
Sepasukan anggota bomba bergegas ke tempat kejadian bagi mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Sementara itu, pemandu bas berkenaan yang tidak mahu namanya disiarkan mendakwa, dia menyedari kereta berkenaan terbabas ke laluan bertentangan.
“Saya sudah nampak kereta berkenaan dipandu dalam keadaan tidak terkawal lebih kurang 100 meter dari arah bertentangan. Pada masa yang sama terdapat sebuah lagi kereta di hadapan saya.
“Kereta Avanza tersebut yang dipandu dari Benta menuju ke Raub hampir sahaja merempuh kereta di hadapan saya tetapi kereta tersebut sempat mengelak,” katanya.
Pemandu bas yang berusia 20-an mendakwa, pemandu Toyota Avanza berkenaan cuba kembali ke laluan asal tetapi terlanggar sudut kanan bas.
“Saya sudah cuba mengelak agar tidak bertembung dengan kereta berkenaan, tetapi pemandu kereta itu seolah-olah sudah hilang kawalan,” dakwanya.
Menurut seorang penumpang, Nurul Farah Najua Muhd Yasin, 23, dia tidak menyangka akan berlaku kemalangan kerana bas dipandu agak perlahan.
“Saya cuma rasa seperti tertolak ke hadapan sedikit dan pada waktu itulah menyedari berlakunya kemalangan,” katanya.
Tambah Nurul Farah, hampir 20 penumpang termasuk pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sementara itu dalam kejadian berasingan pada jam 6.30 petang, sebuah kereta Proton Wira bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda mengakibatkan seorang wanita India terbunuh di Batu Tiga, Jalan Raub – Lipis.
Wanita berusia awal 20-an dalam kereta Wira itu mati di tempat kejadian manakala dua lelaki yang menaiki kereta yang sama cedera parah dan dihantar ke Hospital Raub.
Pemandu kenderaan pacuan empat roda pula tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Raub, Suprintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman mengesahkan, menerima laporan kedua-dua kemalangan tersebut dan siasatan masih dijalankan.

I'm a little screwy about the whole thing, and it's taking a while to settle it. Death always jolts me. Damn...

Mokz... whereveer you are - rest in peace. My prayers are with you. Pada sesiapa pembaca aku yang beragama Islam, please sedekahkan al-Fatihah buat arwah, and everyone else, please say just a little prayer in your own way for the soul of my friend.

Was so bugged out the whole day.... but hectic so kena try and keep focused.

Siang ada PC umumkan semifinalists separuh akhir Muzik Muzik. Malas nak amik pics - and will announce the qualifiers kang.

Tengahari ke Maestro lak untuk open house mereka.

That cheered me up a little, being around some friends so took some pics.


Apa jeling nih Heliza???



Masuk Heliza.com rupanya seronok sangat. Heh...


Zahid masa orang open house pun sibuk kat PC satu agik. Main fantasy football leh?


Ingat Mila control ayu pose Raya jerk - tapi dia pun ad amasa je dok depan PC


Borak apa lak Zahid dan Mila nih...


Shawal termenung je kenapa?


Malam lak I went for the staging of Chicago at the Plenary Hall kat Kuala Lumpur Convention Centre with Boo. It was a relief to take my mind off things a little. Plus not to mention the fact that the musical's FANTASTIC despite the minimalist approach, they pulled it off big time. If anyone thought Puteri Gunung Ledang or P. Ramlee the Musical was fabulous (obviously you don't get out enough), then try Chicago.Minus the lavish sets and costumes - they pulled it off way better.

It's on sampai 11 November je, so pop over and check out for your tickets NOW!

Ok la...nak retire for tonight...

Reactions:

0 comments: