Saturday, November 24, 2007

Phew!

Hari ni aku memang konsep headless chicken, running about cam tak betul. Mana tak nya, banyak siot assignment hari nih! Pergh!

Siang aku ada perjumpaan sikit about noon, and once abih, aku lari ke izzi, my second destination tempat geng Ebi Fan Club berkumpul tuk celebrate Ebi's belated birthday. Sampai pun sudah past 4pm, about two hours late! Tapi better late than never kan?

And in a while, joined by Nikki and Azmi. Patutnya ada kawan sorang agik, tapi dia tido kot (walaopon tamau ngaku kan!)

Kalau biasa-biasa lately aku malas nak amik pic, entry hari nih memang banyak pic, so brace yourselves. Dan kalau korang tak nampak, salahkan diri sendiri sebab pakai dial-up zaman broadband nih ek - or complain ISP korang pasal problem line korang - kalau pic asik time out sebelom load.

So here are some of the pics aku rajin sikit amik.

Baru nak amik pic ngan Nikki si Azmi mencelah...


Amik jer sekali lah dari enter frame... sapa punya keja la budget tak masuk semua nih...


Apapun thanks to the Ebi family sebab sudi ajak, sampai call berkali kali tuk pastikan aku mai. Apapun, Ebi, ko memang lucky gila dapat peminat camnih, setia to you time ramai yang sudah pudar sokongan, walaupun time demam Akademi Fantasia beriya-iya sampai maki hamun orang.

Keep being humble and working hard, and God willing, ko akan capai semua cita-cita ko.

Romeo and Juliet? Tunggu je single bakal meletops!

Ada rahsia sebalik pic ni.

Time syok sendiri amik kesempatan lighting tuk dramatic photo sikit.

Next destination? Dari izzi, dumped my car kat parking awal tadi, and tumpang si Nikki and Azmi ke EH! 20 Anggun 2007 kat Ruums sebab tak kuasa nak bawak keta berapa ratus meter jerk tak pasal pasal, and then kena kejar lagik ke destinasi after that lak. Senang idop tompang jerk and then naik public transport. Pening dowh with the bloody traffic in KL.

A lot of familiar faces, a lot of pics tapi malas nak label satu-satu so sapa korang nampak dalam pics tuh, that's them jer la ek.

Sori kualiti pics kureng sikit sebab lighting kat area VIP gelap sangat, there was no real cantik punya pics aku leh amik, so there. Enjoy it, or don't bother. Leh?

Seletih aku, mampu agik gila gila sebab seronok ramai kawan ada. Enjoy the pics ek. Sori pada kengkawan yang jumpa, tak sempat mention sebab ramai sangat kalao nak sebut!!! Ampun!!!!

Caramu, dan caranya berbeza - my baby bro,
Zahid and my baby sis Nikki! Have always been, am always and will always be proud of them no matter what, or no matter what anyone says.


Ramainya wanta-wanita anggun. The first pic is Dekna yang rupa lain sangat malam nih. Lainnya, Shazzy, Yatt, Nikki, Marsha, Avaa, Ezlynn, Dynaz... aiyo ramai. Korang layan la sendiri.





Another of my baby sis cayang Marsha and I. Vogue sangat!!!.... dia pun keh tahan (matilah aku kena carut pasnih berangan)


The stage


The audience


The 20 Anggun Women - Dekna, Avaa, Arafah, Ezlynn, Cheryl Samad, Emelda Rosmila, Yatt, Intan Nurladyana, Suki, Marsha, Nora Danish, Hana, Linda, Puteri Andreanna, Atilia, Kat, Misha Omar, Yanie, Siti Elizad dan Dynaz.


Pening siot nak upload all the pics. Thanks to Faizal and the Blue Inc gang for playing the best hosts. Memang seronok gak ler, antara banyak event camnih aku hadir. The place was comfortable, the line-up wasn't boring, and the crowd was fun.

Walaupun pening sikit time games ada minah sorang ni ala Beyonce mabuk menari mak aih... memeningkan.

Before finish, said a quick goodbye to as many people as possible and aku made a run for it untuk ke Dataran Merdeka untuk Konsert Pelancaran Suria FM. Hopped into a cab. The trip itself took less than ten minutes, tapi sempat layan cabbie tuh bincang pasal radio, Erra Fazira dan Engku Emran, politik semasa, road blocks and protests... pening lagik.

But he got me to Dataran Merdeka quickly enough, despite the jam sebab dia cam baik sangat celah sana sini carik jalan tercepat. Balasan layan dia sembang walaupon tak larat kot.
Konsert of course dah mid-way (ok la tuh, dapat aku miss show binatang sekor ni yang memang aku tanak pun tengok muka dia yang sakai berangan vogue tuh - sapa ek rasanya?)

More pics...layan dulu ek.

Cat Farish ada kuasa siot! Macam ET jari dia kuar cahaya. Er...yerlah tuh. Cat dan The Fabulous Cats ada kat parti EH!, and like me meka pun sprint ke Dataran sebab dedua tempat wat show.



Sifu M. Nasir borak ngan abang Imuda backstage. Perasan tak baju kuning tongkat dagu tu... tu ler Engku Emran.


Aku lak layan si Erra sembang sebab dia cam boring abih show da...tapi takleh balik sebab laki organiser...matilah Web carut aku pasnih. Sempat snappy one for the album celah borak ngan dia dan kak Marlia Musa (kedekut ek tips bagi nak breeding nih). But seronok ngan meka berdua. Meka banyak occupy time aku. Love you guys!


Asyik ada pic aku, ni ada model lain ganti pose ngan Dayang Nurfaizah lak. Heh... ni lah Syed, or more affectionately known to friends as Web, manager Erra Fazira. Matilah aku!!!!


Sapa lak sibuk amik pic aku nih!!!! Macam ku cam pala tuh jerk.


Have a break - sempat posing Julia, dulu xfresh (sejarah lampau dan tak relevan kini), and now with Suria FM. Great show you put together Jules!


Wajah misteri (misteri ke) sebalik handphone (handphone ke?), Mawi (Mawi ke?)


Yerlah... dia lah tu! Semalam jumpa masa Genting Magic Festival, ni jumpa agik. Amik pic jer laaaaa....moka da nampak keletihan kalahkan Mawi tuh!


Mawi bersama with Taufik Batisah yang wat show sekali.


Dayang potong rambut agik!


Dia pun nak pose ngan Taufik. Eh silap...Taufik yang nak pose ngan Dayang ok...


Keluarga Suria FM dan mereka yang menjayakan konsert.


Again walaupun letih camna, tapi seronok. By the time konsert abih, ucap bye bye beribu kali tetap tak berganjak. Selangkah demi selangkah ada jerk jumpa someone nak borak something.
Aku da memang keletihan abih da at this point. Tumpang Juan and keluarga JomStar ikut naik keta Muchlis, balik dekat area izzi nak amik keta. Sempat berlawak dalam keta sat. By the time sampai, call Boo aku nak jumpa, singgah Shah Alam and had supper together.

Perfect end, to a perfectly fun but perfectly busy day. Hope you guys had fun on the hectic kelam kabut activities here as much as I did going through them.

Nak tidur dulu ek...mintak izin...

Reactions:

0 comments: