Friday, September 28, 2007

HIS story

Found this story to be quite, enlightening to say the least. I've been doing some research into the whole Amy Search and Co. VS the Indonesian rock movement over Malaysia radio stations. Please read this article, and make a point of some interesting facts raised about the situation dalam industri muzik kita 15 tahun lalu ye.

Berita Minggu
12 July 1992
Mokhtar Alias
Artis Malaysia menggugat
SEBELUM ini tidak ramai yang menyangka lagu dari Malaysia mempengaruhi semula pendengar di kepulauan Nusantara lain, khususnya Indonesia yang memang dikenali dengan semangat nasionalisme dan kekitaanyang cukup tinggi.

Tembok industri muzik Indonesia yang selama ini cukup tebal kerana dilindungi pelbagai persatuan artis dan muzik, akhirnya dapat ditembusi.
Lebih membanggakan apabila lagu tanahair yang menembusi tembok republik itu bukan saja mempengaruhi, malah ada ketikanya menenggelamkan lagu nyanyian artis dan ciptaan karyawan Indonesia sendiri.

Kini, lagu tanahair mempunyai akar yang cukup kuat di kawasan berhampiran Semenanjung seperti Aceh, Riau, Sumatera Utara dan Barat serta kawasan bersempadan Sabah dan Sarawak iaitu Kalimantan.


Sementara bagi kota Jakarta, pengaruhnya semakin kuat. Sebahagian besar rakyat Thailand yang bersempadan dengan Kedah, Perlis dan Kelantan sejak sekian lama sebati dengan lagu tanahair.


Populariti lagu seperti Antara Anyir Dan Jakarta nyanyian Sheila Majid, Isabella (Search), Cinta Kita (Inca Cristie & Amy) dan Suci Dalam Debu (Iklim), mengembalikan semula nostalgia P Ramlee dan R Azmi.


Sejak zaman 50-an sehingga pertengahan 60an, lagu Malaysia menguasai kepulauan Nusantara. Siapa yang tidak kenal dengan P Ramlee daripada lagunya, muzik sehinggalah filem lakonan dan arahan seniman agung itu.


Kemerosotan pengaruh lagu Malaysia ini dikatakan bermula pada penghujung zaman 60-an.

Keadaan yang sebaliknya berlaku pada zaman 70-an apabila artis dan karyawan Indonesia pula menguasai pendengar Malaysia menerusi penyanyi seperti DLloyd, Mercys, Emili a Contesa, Broery, Muchsindan Titiek Sandora.

Berikutan kejayaan lagu tanahair menembusi pasaran Indonesia, berlaku keresahan yang amat ketara di kalangan seniman republik itu kerana tidak menyangka perubahan citarasa pendengar mereka.


Pelbagai andaian boleh dibuat mengapa fenomena ini berlaku? Pendengar Indonesia khususnya di kalangan kelas bawahan sebelum ini dipengaruh iirama dangdut tetapi masih terumbang-ambing.Ada dakwaan mengatakan keadaan ini berpunca apabila raja dangdut,Rhoma Irama dikatakan dikenakan pelbagai sekatan berikutan kelantangannya memberikan pendapat.


Dia disekat daripada menyertai program tv yang menjejaskan penampilan dan pengaruh dangdut nya.Pada masa yang sama, siaran tv dari Malaysia iaitu RTM dan TV3 boleh diikuti menerusi alat antena parabola.


Mereka bukan saja menggemari program dari kedua stesen yang sentiasa bersaing itu, malah ikut terpengaruh dengan lagu Malaysia yang disiarkan.Ia juga dikatakan berpunca daripada teknologi rakaman yang semakin canggih dan dapat menghasilkan produk yang bagus dan jauh lebih baik,bukan saja setanding malahan ada ketikanya lebih baik berbanding republik berkenaan.


Penggiat muzik tanahair pula semakin gigih memasarkan album di Indonesia berikutan kejayaan beberapa filem yang mampu menembusi tembok pemasaran yang ketat setakatannya terutama di Jakarta.


Walaupun banyak ranjau yang perlu ditempuhi, mereka menjadikan semangat filem ini untuk memasarkan pula kaset. Memanglah tidak semua benih yang jatuh ke laut menjadi pulau tetapi kegigihan ini akhirnya berhasil.


Dalam menghadapi fenomena yang cukup menggembirakan ini, apakah karyawan muzik Malaysia sudah cukup bersedia serta mendapat faedah daripada kemasukan lagu mereka ke republik itu.


Mungkin tidak ramai mengetahui salah satu penyakit yang sering melanda artis Malaysia ialah
kelemahan berkomunikasi di khalayak ramai.

Mereka hanya tahu bertanya khabar dengan kaedah yang hampir sama.


Boleh dibilang dengan jari, artis yang dianggap boleh memberi idea ketika mengadakan pertunjukan pentas atau ketika berhadapan dengan media.


Berlainan dengan kebanyakan artis Indonesia yang bukan saja berani mengeluarkan idea sendiri sehingga ada kalanya menyinggung syarikat rakaman, malah, peminat dan pihak pemerintah.


Mereka tidak teragak-agak mengeluarkan apa yang ada dalam diri mereka.

Sudahkah artis tanahair bersedia keluar dari tempurung dan bersedia untuk mengharungi cabaran lebih hebat.

Sejak lagu Malaysia menembusi Indonesia, banyak keluhan disuarakan oleh artis Malaysia iaitu mereka hanya mendapat nama tetapi tidak mendapat pulangan kewangan daripada kejayaan itu.


Dimanakah silapnya, apakah mereka dipermainkan oleh syarikat rakaman sendiri di Malaysia atau ada yang tidak kena ketika pemasaran dilakukan di sana.Dalam menangani masalah ini, beberapa langkah perlu dilakukan,antaranya pembabitan kerajaan untuk mengatasi kepincangan ini.


Di sinilah kelak peranan yang bakal dilakukan oleh Perbadanan Kemajuan Filem NasionalMalaysia (Finas) yang kini diberi tanggungjawab menjaga kepentingan industri muzik nasional.


Sebelum ini, Finas sudah membuktikan keberkesanan mereka menangani industri perfileman yang membabitkan kedua-dua negara.


Persoalan yang tidak kurang pentingnya ialah mengekalkan kesuburan lagu tanahair dan dalam masa yang sama menjaga silaturahim bangsa serumpunyang terjalin sekian lama.


Biarlah bertindak secara timbang rasa danjangan dipengaruhi sentimen yang boleh me ngoyang semangat persaudaraan.Inilah persoalan pokok yang seharusnya menjadi teras pertimbangankedua-dua pihak iaitu Malaysia dan Indonesia.


Di samping itu, pihak Malaysia jangan terlalu ghairah memasarkan lagu sedangkan artis di sini tidak mendapat apa-apa faedah dan keuntungan. Bagi menjaga kepentingan artis tanahair, sampai masanya syarikat rakaman tempatan menubuhkan cawangan atau paling kurang menjalin kerjasama lebih erat dengan syarikat rakaman di republik itu.


Tidak rugi membuat pelaburan yang tinggi sekiranya mereka yakin sesuatu produk boleh menghasilkan keuntungan kerana ruang pemasaran kaset di negara berkenaan cukup luas.


Pihak Malaysia juga harus mengambil berat mengenai kewajaran mengubah lirik lagu tanahair untuk disesuaikan dengan citarasa peminat dan muzik Indonesia. Perkara seumpama ini tidak pernah berlaku pada zaman P Ramleesehinggalah pertengahan 80-an.


Apakah langkah yang dilakukan terhadap beberapa lagu tanahair seperti Cinta Kita yang berdasarkan Fantasia Bulan Madu sebagai niat jujur ataumereka melakukan ini untuk mengukuhkan tembok tebal bagi melindungi kemasukan lagu luar ke negara itu.


Ada juga sesetengah syarikat rakaman yang mensyaratkan artis Malaysia perlu berduet dengan artis Indonesia untuk membolehkan kaset artis tanahair beredar di pasaran republik itu.


Sampai masanya, pihak Indonesia melihat bagaimanakah jujurnya karyawan muzik dan pihak berkuasa Malaysia melayan kemasukan lagu dan artis Indonesia ke negara ini.


Antara artis mereka yang mendapat layanan cukup mesra di sini termasuklah Hetty Koes Enda ng, Broery, Iis Sugianto,Bob Tutupoly, Endang S Taurina, penyanyi lagu puisi Ebiet G Ade danpemuzik Idris Sardi.


Malah, tidak ada rasa cemburu yang timbul berikutan lagu mereka ke pasaran negara ini.Mereka bukan saja tidak dikenakan sekatan, malah diberi peluang merakamkan album di Malaysia dan sering pula berpeluang muncul dalam rancangan radio dan TV.


Di sinilah rasionalnya bagi pihak Malaysia, khususnya karyawan dan muzik menyahut cabaran ini secara profesional dan bertindak lebih teliti sambil menjaga silaturahim serantau.


Dalam masa yang sama, kepentingan artis tanahair perlu diutamakan untuk mem bolehkan mereka meraih pulangan wajar, di sebalik kepopularan nama dan keringat yang dicurahkan.


So the point of me sharing this article? In the 50s and 60s, muzik Melayu, muzik Malaysia specifically, was influential in this region.

We lost that in the 70s.

In the late 80s, we came back. Big time, sampai TVRI pernah mengharamkan lagu lagu dari artis Malaysia pada tahun 1991. Everything was ok after a while.

And today, we've come back to the starting point, which is, artis kita sendiri tak develop, tak grow, dan seperti katak bawah tempurung, tak reti nak menangani globalisasi.

The Indonesian music industry GREW, DEVELOPED and kept in step with the music industry of the rest of the world. We didn't. Blame ourselves.

Cerminkan diri sendiri. Tak pelik ke, zaman kegemilangan muzik Malaysia, masaalah yang wujud lak, akibat syarikat rakaman?

Isn't there something wrong with this picture? Maybe the rot bukan sebab orang luar dan muzik meka, tapi berpunca from something closer to home.

Yerlah.. kita leh sekat tuh sekat ni. Will that solve the problem? Pendengar akan start beli muzik Malaysia ke kalao camtuh? Confirm?

There is only supply if there is demand.

Hakikatnya, we can block everything foreign from entering. Tapi zaman yang advanced ni, you think you can stop people loving foreign music if it's better? The Internet exists you know...streaming radio... downloads.. torrent. And when the album hits the shelves... BOOM... people will buy still.

So hari ni salahkan radio.Dah xfresh pun yang main kan muzik Malaysia 100% pun aku tak nampak artis Malaysia terkejar kejar nak sokong?

Bab stesen TV tanak bising lak? Drama bersiri dan sebagainya yang lagu tema menjadi hit... tanak mintak sekat tu?

Pastu apa? Media cetak? Nak mintak semua suratkhabar dan majalah block penyebaran informasi dan sebagainya artis luar supaya masyarakat kita tak dapat access to foreign material?
Then what? Block out the Internet?

Because you'd have to do all that to get what you want, which is for the spotlight on you. Even then... dont be too sure peminat nak layan ko kalao ko sendiri tak reti nak in step with the changing times.

You may be a legend, iconic or even a ground-breaker. Hakikatnya, what matters in the music industry - is sales. And that happens only when you're relevant.

Am doing more research into the matter. Aku rasa benda ni kena wrap once and for all. Tak larat kalao isu ni based on 15 year cycle.

Reactions:

0 comments: