Sunday, April 15, 2007

BOO!!!!


Met my sis before the concert. Ari ni dia akan pindah ke new place in Bangsar, belakang opis aku je. Cantik lak tempat tuh. So semalam petang jumpa dia pasal dia nak bagik kunci.

Dan also na pass dia duit sebab, for once, I am putting aside my savings to make sure aku tak sentuh. Hah...semalam kali pertama aku reached my withdrawal limit kat ATM ok, kuarkan RM5,000 tuk first round nak invest. Akak aku jadik broker aku (cam real je investment lelebih lak) Eh lari topik...ni reviewnya...

Then rushed to Dewan Sivik. Reached at about 8pm. Tapi entah...cam tak kick sebab ramai kawan-kawan ke Kuantan untuk Fiesta Media Idola. Ok...on with the show...

The intro was contrived. It was colourful but bosan sikit sebab berterabur choreography, dan tak vary sangat sebab lagu panjang jadik boring sikit after a while. Aku tak paham kenapa meka nak pilih lagu Hindustan, knowing these kids can't deliver a perfect performance. Bukan senang tuh....tapi meka leh rasa budak budak ni mampu. Hasilnya? Nan ado!!!!

Tak kuasa yang pakai sarung pala dan rambut palsu sintetik dan juga yang srang agik yang membosankan tahap 10 pada skala Richter. Keji sangat...

Overall, the intro, aku noticed Dekna for some reason yang outstanding sebab ada something yang stand out. Heliza is quite a good dancer surprisingly, the best among the girls sebab aku nampak fluidity of her body movement, Shawal dan Ebi pun menyerlah sangat among the boys.

The girls tenggelam sikit overall, walaopon time Mila ke depan solo dance break katanya... still it was all cam tenggelam sikit.

Eh..Jee takde. Main netball tuk FMI ke... ke ada show (apa gelak???...tul la aku tanya nih). Yeay...ada Syafinaz. Hopefully she'll deliver the juice ler on these kids. Bab Syafinaz ni aku takleh laser because dia memang proven pun. Now this is someone yang layak komen.

Seronok berita si Yin da jumpa, tapi pelik kuar lkur berita ni ak sebab Astro takde pon nak tayangkan dak tuh punya pic awal awal ketika Akademi Fantasia. Motif jumpa nak lelebih lak??? Merasalah nak tumpang umum berita.

The Cicakman clips were cute, tapi cam takde umphh! Sama ngan mami jarum tuh punya segment. Boleh lah....

Now on with the rest of the show.

Estranged - Itu Kamu (Estranged)
Best tengok Rich banyak da improve after just less than a year, he's brushed up so much dan live dia memang besh.

Dia tak SUMBANG, tak FLAT...tak MENJERIT dan tak lari MELODY or TEMPO langsung.
Oh and good showmanship from Rich pun...suka tengok, pergerakan pentas dia da cam pro.

Memang banyak ler improvement...impressive!

Kalao dulu Bob Lokman, dulu kata Rich munafik hanya sebab bak guitar tapi tak plugged, aku syukur Rich tak bak mic stand konon play air guitar ke apa apa.

Aku nak standing ovation kat Rich dan Estranged.

At least proven they rock the house! Hah...? Ada yang lain yang perform ke? Tak nampak... da tup mata sumbat telinga sebab nak elak berdarah.

Eh....siapa kena boo tu? Kesian Rich dan Estranged....oh bukan ditujukan kat meka ke?
Sesuai...


Dafi - Bibir Mesra Jiwa Parah (Zam Zam)
Er...despite my confusion over Syafinaz's statement "you are one good looking creature", selepas dengar semua komentar, aku banyak stuju he has a long, long way to go with his vocals.

Merasalah kena laser skali tak cukup masculine.

Hattan bosan manjang je....erm... kat contestant yang sorang agik, yang bapak dia kawan baik tuh, ok je komen walauapapon...erm...impartial ke....tertanya sikit ler.


Mila - Puncak Kasih (Ziana Zain)
She started off on a much higher key. Aiyo...risau teramat. Ni baru masuk first verse, mampu ke nak carry chorus?

Wow...sampai gak. Rupanya range dia tinggi abih, soprano like perhaps? Aku rasa lebih dari Candy tuh. Slack sikit je pasal pitching sana sini, and also in some spots mendatar, but apart from that tergamam gak ngan sora dia.

Weaknesses dia bak kata Syafinaz is her lower rangeand her lack of improvisation which would have coloured the song more.

Kira consistency dia untuk minggu ketiga maintain ler. Dia ni, kira kalao ikut, deserving of the final kalao ikut standards.


Aswad - 60s TV (OAG)
WHAT THE #$%^&*()P???!!!!

Dari rambut ke baju dia ke tarian dia yang cam kena sawan, all the way to vocals dia yang cam epileptic seizure time chorus, aku seriously terbodoh tengok persemabahan dia.

Cam badut sarkas tak betui. Or a strung up old drag queen with the wrong song....

Painful...the most horrendous performance overall of the whole season.

Tima kasih oler kan pada guru Bahasa Inggeris meka yang berjaya sangat ler kannnnn nak ajar English darjah tiga punya standard.

How can you not understand the lyrics of 60s TV???!! Tu pun setakat brapa baris yang berulang pun tak mampu paham dan sebut bebetul???

How can you not memorise and be able to sing it. HOW???

Patutnya lima pam jamban tapi bagi discount satu sebab video clip 'I'm washing'.

Heliza - Diam Diam Jatuh CInta (Ramlah Ram)
Dari buka mulut jer aku senyum, sebab ni lah persembahan dia yang aku tunggu. This is her more stable vice yang aku tau dia mampu. Still not the best, but ok ler. The song suited her to a tee, but it's not the best yet and dia mampu show lagi yang lebih meletup sebab lagu ni lum killer enough.

Showmanship dia pun ngan Shawal was cute and distracted my attention from that horrible pink dress she was wearing.

Erm...Candy kali kedua backing tuh. Cam bosan je muka dia.Kesian...
Thank you Syafinaz for explaining the difference ebetween vibrato, tremolo dan wobbling sebab masih ramai tak paham beza.

Aku rasa vocal got nice potential, but aku rasa ridiculous sebab Hattan mintak nak meka bangkang pasal bab idea show, sebab empat musim wardrobe tak penah pon pelajar dapat bangkang sebelom perubahan.

So salah sapa for not bringing out the best in them.

Erm...apa lak nak peraga baju Normah tuh...take away spotlight dari performance Heliza lak. Keji Erml...ketatnya muka dia sampai cakap pon...erm..no komen!


Ebi - Layu Sebelum Berkembang (Broery Marantika)
The intro was weird sebab banyak benda cam tak masuk. I don't know why decided to jazz it up more than necessary sebab bebudak ni live music masih tak mampu nak follow sangat. And the piano wuld have been fine, if they hadn't decided t make it semi-minus one.

Erm...it wasn't that good honestly walaupon aku tau Ebi besh.

Sebenarnya lagu ni, lebih senang dari segi nak menyerlahkan suara, tapi in total contradiction, lebih susah because there is more need to be sentitif to the changes.

Sustain ni an issue like Syafinaz said, and bretah support too is another good thing she pointed out. Jee ado katanya...ok...not too bad, but not that good either.


Candy - Berdua Lebih Baik (Acha Septriasa)
She didn't do as bad. Yerlah kalau masa Diarrhea ada pelajar sibuk kata dia flat, tapi aku rasa takde la si Candy ni se flat yang dikatakan, ataupun at least tak sebegitu kalao banding ngan tukang mengata tuh.

She did decently, tapi sebab dia maintain jer prestasi dia mungkin pengkritik tak nampak kot.
Still, one of the better performances of the night, though not the best.


Rizal - Pada Syurga Di Wajahmu (Nash)
Malas nak ulas panjang. Dia ni memang aku da dari awal kata leh jadik pelakon ke host TV programme je. Harap rupa. Sebab lain...erm...

Nyanyian dia? Masuk minggu kelima la dia ni masih horrible gila. Sumbang dari segala aspek. The worst easily AGAIN. Tapi takde la seteruk Aswad kali ni..so second worst ler.


Dekna - Unfaithful (Rihanna)
Memang haram sepatah sepanjang lagu. Dari segi tu lebih teruk dari Aswad. Tapi vocally dia still maintain dari level minggu lepas denagn suara yang kira way better than quite a few of them.

And trust me, she can sing better live than RIhanna, sebab aku penah witness dia wat show kat Bangkok yang kebanyakkannya miming dan bila live lak hancur.

Tapi sebab penghayatan, hancus sikit. So back to the issue of a language barrier, patutnya Ogy dan si Syafinaz patut salahkan cikgu Bahasa Inggeris.
Astro...sila dapatkan cikgu bahasa Inggeris yang baru


Shawal - Cinta Tak Karuan (Amigos)
Don't care what anyone said about this. I thought he was good...not fantastic, but good. Aku rasa pelik bab Hattan ni semua dia kritik kecuali seorang je yang dia beriya support.

I really think someone has to look into the reality of whether ada bias tak soal komen.
Erm...Ogy bagik statement of the night in, "terima kasih kerana melangkah keluar comfort zone etc".

A closing to a rather mediocre night di mana aku rasa dia amng the best.


Overall konsert ni kureng sket high, cam konsert kedua, tapi masih kira ok. Not as fun as last week sebab pilihan lagu dan persembahan ala ala kadar jer dari bebudak

Apapun, yang aku nak highlight, hasil peratusan setelah Malaysia membuat keputusan dan jari meka jadik juri..

Sebelum
Ebi 15%
(censored) 14%
Dafi 13%
Heliza 11%
Aswad 11%
Shawal 11%
Rizal 9%
Candy 6%
Dekna 6%
Mila 5%
Selepas
Ebi 16%
Aswad 11%
Shawal 11%
Heliza 10%
Dafi 10%
Mila 10%
(censored) 9%
Candy 9%
Rizal 8%
Dekna 8%

Hurm....ada yang jatuh berdentum cam nangka busok rupanya. Apapun aku kesian dua orang je, si Dekna yang terkeluar dan si Candy. Dekna sebab dia memang ada potential. Walaupon mula mula nyampah tahap gaban ngan dia sampai dapat nama GEDEKNA....tapi in weeks later pas dia mula concentrate, da nampak dia ni mampu gak sebenarnya. Just a case of a little too late.

Si Candy lak among the best tapi tetap dok bawah...tak paham tol.
Yang tuk two weeks running terlepas elimination si Rizal tuh, please lah. Ensem ke haper ke...kalao da sumbang mambang nyanyian tuh, piala sumbang-sih je layak dia menang.

Aduh....but like Syafinaz bagitau lepas abih konsert, "Ala....sejak bla yang right ones selalu kena eliminated dari competition camni".

So true....anyway seronok dapat jumpa Afza, anak buah Ebi. Penah nampak kat Dewan, tapi tak penah tegur walaupon dia forummer Cari gak. At least dapat sembang...walaopon sekejap. Woit...Afza...jangan lupa benda aku cakap tuh! Next week!

Ok ler guys...esok aku letak pic ek....nak dating. Sunday ni apart from a day of rest nak beriadah sikit. Heh!!!

Bahan bacaan lain :
Mr Manager
sultanmuzaffar
Budiey
Ajami

Reactions:

0 comments: