Thursday, March 08, 2007

Akademi Fantasia 5

Kat JW Marriott ni sambil menunggu bermulanya sidang akhbar untuk Akademi Fantasia musim kelima.

Acara patutnya bermula lewat sikit walaupun diberitahu akan bermula 2.30pm. Standard ler...waktu Malaysia.

Selepas playback video saat kemenangan juara juara Aznil mengalu-alukan juara juara lepas ke atas pentas.

Tanpa Vince, terasa kekurangan sikit ler..Faizal yang memulakan persembahan dengan backing penari.

Tak paham kenapa remix beberapa lagu dimasukkan untuk slot dia termasuk Fergalicious.

Dahler dak tuh takleh nari. Yang pentingnya, dia leh nyanyi Wo! Aduh...antara lagu dia paling hancus dia perform meka leh bak dia tuk perform lagi skali.

Zahid lak on next with Kian....sedap...ya ampun. Bukan nak bandingkan Mawi tapi memang sedap versi Zahid. Terpukau rasanya dengan persembahan....kemudian Mawi lak masuk ngan Lihatlah. Ada ler lari sana sini tapi sedap gak. Tapi suara Mawi pun cam letih dan cam tak ingat sangat lirik.

Kemudian ketiga tiga bersama mempersembahkan Pantun Budi. Sayangnya memang Faizal tak nampak sync langsung. Zahid dan Mawi jer menonjol. Kalao camni takde kehadiran Faizal pun takpe.

Mawi siap lari sana sini ala iklan SilkyGirl...aduh memang kelakar dan nak pecah perot rasanya. Zahid standard ler...sorang agik...erm...no komen.

Pengurus Saluran Astro Ria dalam ucapan pembukaan , telah mengumumkan beberapa perkara ini yang merupakan perbezaan Akademi Fantasa ke 5 berbanding dari musim musim sebelumnya.

Dibawah ni adalah beberapa perkara yang disebut.

Perbezaan Akademi Fantasia musim ke 5
*Tahun ni Akademi Fantasia akan menampilkan 16 orang pelajar.

*Imbasan Akademi Fantasia tidak akan lagu keudara.

*Diari Akademi Fantasia akan disiarkan dari hari Ahad hingga Jumaat pada 9 malam dan konsert tetap setiap Sabtu malam.

*Debat Akademi Fantasia akan diperkenalkan dimana ia berbentuk wacana, diskusi and akan memberi tumpuan pada topik hangat yang berkaitan.

*Undi pukal atau undi serentak akan diperkenalkan. Melalui AFUNDI SAKAN, pengundi dibenarkanmengundi 3 hingga 5 undian sekali bagi setiap SMS yang dikirmkan. Ini untuk memudahkan pengundian.

*AFMASUK tidak akan ada tahun ini, dan maklumat boleh diperolehi melalui butang merah Astro ketika menonton.

*Dengan menggunakan Maxis 3G mulai 12 Mac, siaran langsung AF@15 sehingga 21 jam boleh ditonton selain siaran langsung konsert Akademi Fantasia. Servis sama boleh didapatimelalui Aksi AF, laman web Astro, Trek Selebriti, @15, ERA dan butang merah.

Beberapa klip video ditunjukkan dengan menampilkan beberapa highlight dari Akademi Fantasia musim lepas lepas.
Mula mula tunjuk Anding baca surat wasiat Edlin sambil nangis. Second si Farah nyanyi ke Johnny sambil nangis. Pastu Faizal dan Lotter ketika Lotter tersembunyi disebalik dinding tuh....

Komen Aznil...first cinta ntah haper..second tuh cinta angau pada kamera, dan ketiga cinta sama jenis!!! Aiyo...pecah perot aku gelak....

Aznil follow-up ngan komen cinta tu sejenis...sebab sama jenis..kedua nya cepat terasa. Tetap gelak dalam dewan tak abih-abih.

Banyak flashback ditunjukkan...Aznil banyak cita pasal Akademi Fantasia yang lepas lepas....nothing much and quite a waste of time actually sebab rasanya semua yang hadir pun da tau segala pasal Akademi Fantasia. Lamanya nak tunggu ni...

Tapi ada lak bagusnya sebab kami dapat tengok playback playback seperti saat saat perpisahan yang banyak mengundang airmata.

Majlis kemudian diteruskan dengan pengumuman tenaga pengajar untuk sesi Akademi Fantasia yang baru. Ini diikuti dengan barisan pelajar.

Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 5
Guru Koreografi - Linda Jasmine

Guru Vokal Teknikal - Syafizawati Sharif


Guru Vokal Persembahan - Adnan Abu Hassan


Guru Persembahan Pentas - Fatimah Abu Bakar


Pengetua/Pengarah Muzik - Roslan Aziz

Tenaga pengajar sokongan
Guru Bahasa Inggeris - Khairul Najmi Idris


Perunding Fesyen - Jasmi Rejab


Perunding Motivasi - Dr. Azahari Othman

16 Pelajar Akademi Fantasia musim ke 5

Untuk ulasan dan laporan lain, sila ke :
Sensasi Selebriti
MrManager

Reactions:

0 comments: