Wednesday, February 07, 2007

Piccies day

Baru abih event, kat Starbucks tengah send story, sambil hantar tuh update ler pasal semalam punya event preview PuakaTebing Biru.


It was fun, tapi korang nak aku review, tunggu ler dulu ek. Sebab tak gemar sangat sebenarnya. But it wasn't as good as I hoped, though still kira ok gak ler.

The best part was meeting kak Nasha (lama tak jumpa kakak aku nih!) and Nani with kak Fati.

Ah...kalau korang nak tau, memang bab gossip kata Nani nak kena botak by Yasmin Ahmad, memang betul. Tapi lum agik ler.

Kang kalao dia botak kang, aku post kan pics dia tengah dibotakkan ala Mawi. Cadang pakai pisau nombor dua tuh...takder ler licin, tapi kira GI Jane Demi Moore punya style ler.

Esok aku review ek pilem tuh tuk korang nilaikan lak. But pandangan aku ler...tatau ler korang stuju ke tak kang korang tengok. Filem tuh bukak kat panggung tak silap aku 18 Febuari, so banyak ler time agik nak update bab tuh.

For today, aku focus pics dulu ek.Ramai lak kawan kawan yang hadir.

Seronok lak.

Hah...sapa yang belajar UiTM Shah Alam, mai aku perkenalkan dua orang dalam pic belah kiri ni. Dak Mass Comm.

Yang pakai tudung tuh Aqidah, stringer untuk The Malay Mail. Yang sebelah dia tuh balak dia si Ifwan, penah practical ngan The Malay Mail, skang ngan Berita Harian...dak freshie...leh ragging.

Hah...tatau ler lampu tutup tu gatal ke tak...jangan Kid...aku dok belakang ko ni (warning dulu tau!)

Anyway masa nak start tayangan Puaka Tebing Biru ni...amik ko. Entah pontianak ke kuntilanak enam ekor ni siap catwalk dan kemudian feeling nari sana sini. Drama sangat!

Aiyak....tak scary...cuma kelakar. I think they didn't need such an intro la.

Tapi yang besh dengar cita Syazwan tadi. One of the dak yang jadi antu tuh, masa start pilem, dok sebelah dia sebab tau Syazwan horror sikit.

Hah! Amik ko...padahal...sebelum tuh...dia yang beriya kata orang istimewa dia tak datang sebab benci cita antu dan kecut bab nak horror film ni. Hah...huum karma kena balik!!! (gelak evil ni!)

And then, the other incident lak, si Syed (manager Erra Fazira) dok sebelah aku. Cita ni slow sangat sampai tahap tak sampai setengah jam, si Syed leh...TERTIDUR!

And if that wasn't bad enough, siap DENGKUR (ampun Web sebab kutuk ko, tapi aku da kata aku akan ngumpat kat blog kan!)

Aku kejutkan dia....tak sampai 30 saat da tertidur complete ngan dengkur again. Berapa kali aku kena kejutkan dia...last last dia kuar sat (konon nak amik angin) and then ilang terus.

Jumpa dia pun pas movie abih kat luar panggung. Keji tau!

Anyway, pas abih movie...sempat ler catch up ngan Nasha and kak Fati ngan Nani agik sambung ngumpat.

Kak Fati and Nani janji call aku kang nak botakkan rambut si Nani. Tak sabar sabar aku lak...ni some of the poses for my camera yang meka sempat. Sempat amik pic Umie...yang pegang co-lead punya role opposite Nasha and Fahrin, tapi tak sempat amik pic Erra yang datang bagik sokongan moral kat Umie sebab aku sibuk ngumpat pasal the movie sangat.

Oh by the way...pada meka yang suka gossip...si Linda Onn pun ada tau bagi sokongan moral kat Fahrin. Kawan ek...no komen.

Tengok pic bawah..Linda nak sembunyi konon. Keji kan...sorry ek Linda ngumpat. I love you babe!!! Saja nak ngumpat. Tak de gossip tak best kan...lagik pun, kan ko kata 'just friends je'..(matilah aku kena hamun ngan Linda pasni - ampun sayang!!!)

Ahh....dah.. ni some of the pics.

Umie beriya on the phone ni. Pot pet ngan sapa lak pun tatau. Kak Fati sempat posing cute tuk aku. My big sister Nasha and Nani wat muka seposen tayang rambut dia yang akan takde tak lama lagik.
Pose ayu je Nasha. Er...Nani pose istimewa tuk blog aku nih. Tapi...pose haper tuh korek idong! Keji...love you Nani! Linda nak cover line kot tanak aku amik pic dia tuk blog. And finally...the three divas of Puaka Tebing Biru.

Now moving on to today, sampai je kat JW Marriot, tunggu ler kat lobby. Minah Star World yang janji nak jemput ke Presidential Suite tak muncul muncul. Then Syazwan Kosmo! muncul, and then Emma dari HAI!

Last last si Syazwan call sana call sini, mamat Star World sorang ni lak turun jemput. Seb baik lum start. Sempat ler discuss ngan semua yang hadir tuk Puaka Tebing Biru.

Everyone agreed on the same stuff, which was basically it was bad character developement, bad editing...among others.

Cuma yang leh dipuji cinematography and a commendable effort for art direction. Eh..ter review lak...kang ada yang tak dapat cari makan.

Anyways....tunggu punya tunggu (takde ler lama sangat) Siti muncul pas abih interview (dengar ngan Kompas Indonesia dan New paper dan Berita Harian dari Singapore)

Anyways...kalao korang nak tau, ingat ek. Make a date.

Siti kan akan hadir Grammy awards sebab menang dua tiket kat Breakfast with the Stars tahun lepas. So dia bukan je akan hadir event tuh, sekali ngan jalan red carpet...Siti akan menghadiri post party yang di anjurkan Sony BMG kat sana.

Kalau nak tengok tengok Siti muncui, don't forget theThe 49th Annual Grammy Awards airs live on Monday, 12 Feb at 9am ngan repeat prime time special on the same day at 8pm on Star World.

Perjalanan Siti dari airport, to the red carpet, to an exclusive post-party hosted by recording label Sony BMG, akan dirakam dan ditayangkan kat Channel [V]'s Popparazzi on Thursday, 22 and 26 Feb at 6pm.

Beberapa pose Siti yang cantik, ayu, cun melecun. Tima kasih Siti sebab posing tuk blog aku nih. Jangan tatau...Siti baca tau (nak bukti ker? - matilah sebab tu tak berani mencarut ko kata?!!! Takdeler....kita tak gaduh kan Siti? Gelak dalam ati jer ler...)

Alamak...nak upload entry nih pun berejam nak update sebab sibuk download Heroes semua.line cam sial. Tambah agik nak upload gambar lak asik problem.

Ok ler...nak sambung sesi kaunseling sat. Esok lagik satu entry...pasal review Puaka Tebing Biru lak ek. Good night...

Reactions:

0 comments: