Wednesday, February 28, 2007

Fiasco dan kontroversi Cit Cat!

Kalau dalam posting sebelom ni aku berat nak sebut pasal apa kekecohan kat Terengganu ketika Mesra Sokmo Cit Cat di Terengganu, here's the lowdown kenapa memacam peristiwa terjadi sampai ramai pihak sakit hati.

20 sebab kenapa Mesra Sokmo Azwan tidak semesra mana (dari orang yang menghadiri)
1) Mulut Azwan yang laser terlampau kekadang menyebabkan perasaan ramai pihak terguris. Laser gak gak...tapi adab kena jaga gak kan? Lagikpun, meka sesama kalangan artis...hormat ler...

2) Mulut puaka balaci Azwan yang sibuk mengarah orang dan kerap meninggikan suara, padahal sendiri kelam kabut dan seringkali tidak tahu apa yang berlaku menjadi lagi satu isu. Ramai diantara kalangan artis dan juga wartawan yang panas dibuatnya bila diarah lelebih dengan perangai kurang ajar dari mereka yang mewakili penganjur.

3) Pihak artis dah ler semua setuju untuk ambil bahagian tanpa sebarang bayaran, tapi ni lak makan minum pun tak jaga. Malah ramai artis amik keputusan taja diri sendiri. Wat rugi je dok empat hari sana....keja lelebih tapi kebajikan tak dijaga.

4) Agihan tempat tinggal di antara dua lokasi iaitu Kelab Teluk Warisan dan Primula Beach Resort boleh diterima ramai artis...tapi ada artis yang busuk pun leh dipilih dok Kelab teluk Warisan yang six star tuh. Camana pilihan dibuat tak diterangkan.

5) Dahler sound sedap mintak on time....sapa lambat di tinggalkan. Tapi kerap Azwan sendiri lewat, termasuk aktiviti hari kedua, dan juga pada show malam tu di Dataran Shahbandar di mana semua orang terpaksa tunggu dia.

6) Kekurangan security at the venue of the show kat Dataran Shahbandar. Bayangkan dari beribu yang hadir, cuma enam anggota polis hadir...tu pun keja dua syif. And mind you, beberapa polis berpangkat tinggi yang hadir pun bukan nak jaga...last last production crew dan kalangan manager artis dan media yang kena tolong jaga. Akibatnya ada artis wanita kena raba termasuk Syanie! Si Julia dari xfresh FM lak kena tarik tudung sampai nak tercekik!

7) Acara yang dirancangkan banyak nampak takde organisation. Contoh sukaneka dan promosi majalah Hai!. Diadakan di Kelab Teluk Warisan...tapi mula mula dilarang sebab orang luar takleh masuk tempat eksklusif tuh. Apa da...last last pas Huz ngamuk baru leh...

8) Ning dikatakan pakaian seksi padahal tup satu badan ketika konsrt di Dataran Shahbandar!!! Sentap terus ok!!!

Cmon lah...apa yang seksi nya???!!! In fact...Ning antara yang pakai paling cover skali ok!

Korang tengok sendiri apa dipakai oleh Ning pada malam tu.
Merasalah ada yang ngamuk sebab artis dia kena tuduh seksi...patutnya dia yang dapat....(matilah aku!)

9) Event yang konon raih anak yatim...kat A&W (apa la...apa yang melambangkan imej Terengganu sangat kat A&W nih...cuba lah bak makan nasi dagang ke...) memang cam #$%^&. Sebab bila sampai venue, kesian anak yatim semua dok luar bawah khemah under the searing sun, while artistes ushered in dan diminta makan fries masuk angin, root beer yang flat, ayam da masak enam jam lalu dan hot dog yang sebenarnya sausage dan bun je. Anak yatim dibenarkan masuk in the last 20 minutes je...apa da!!! Tak ikhlas tol!

10)Ada ura ura Azwan di bayar RM1 juta oleh kerajaan Terengganu untuk Mesra Sokmo Cit Cat ni. Azwan menafikan.

Wakil kerajaan yang membawa media ngaku dia dibayar tak kurang RM100,000....Azwan diam. Katanya dia kena blanja duit bayar empat bas (yang kami dapat tau harga RM10,000) dan award Mulut Laser dia yang berharga RM400 each (ada 13 total). Padahal...kos lain tak disebut...dan trofi tu ada cap sponsor lain lak...hmmmm...

So apa perbelanjaan lain yang patut di amik kira Azwan?

Sound system persembahan di Dataran Shahbandar dan Malam Gala pun bayar sendiri ke? Berapa lak harga speaker hancur?

11) Tempat duduk tak cukup ketika Malam Gala. Wartawan di minta pindah luar...di bahagikan antara publication besau dan kecik. Diskriminasi...kesian lak kat teman teman media yang dari majalah. Si kuncu kuncu kecoh ni yang dok mengarah...pas kena sound sebakul baru meka tak sentuh bila media kata nak walk out.

Media kemudian di salahkan oleh pihak penganjur kata amik meja orang yang berbayar...konon salah duduk.

Yang peliknya penganjur katakan siap 6 meja tuk media..padahal media dok 4 meja saja. Matematik fail ke??? Mana pergi meja lain dan camna masih leh short?

12) Lagi kesian kalangan artis. Semua dok tercengang bila berarak masuk sebab mangkuk hayun semua konon petugas semua tak siapkan tempat duduk. Pastu panik nak halau halau orang tuk nak duk kan artis main tangkap muat.

Akibat tu...ada yang dok backstage, ada kat luar dewan...yang dok dalam dewan cam Rabbani kat ujung dan paling belakang skali.

Tu pun entah selepas berapa lama jalan majlis. In the end, Adibah Noor walk out event tuh pas only the first course of soup. Rabbani lak kelihatan gerak selesainya persembahan mereka.

Ramai lagik ikut langkah meka, dan ramai kumpul kat bilik hotel memasing jadikan sesi peta ngumpat nak lepas tension sakit ati!

13) Peminat lagik teruk kena.... Meja caj sampai RM2,000, RM3,000 dan RM10,000...tapi ada kes meka yang bayar RM2,000 tuk meja takde tempat duduk!!!!

14) Alkisahnya meja terlebih jual yang mengakibatkan segala kekeliruan tapi tiada confirmation hal tuh sebab pihak Azwan dan juga pihak Gary Thanasan (kepala Mediate Communications yang merupakan event management acara tuh) menyalahkan antara memasing.

Sampai media soal Azwan, kemudian serang Gary...tetap meka menyalahkan masing-masing. Last last...kedua mereka berbalah ketika media da bergerak kembali ke hotel.

15) Tidak ada pemberitahuan kepada para artis yang kononnya acara kebajikan tu (ingat meka ni tak berbayar selama empat hari di Terengganu) berbayar dan menjual meja.

Ni menimbulkan marah pihak artis yang rasa seolah dipergunakan. Sejam sebelum show 8.30 malam, sekumpulan artis termasuk M. Nasir (ditemani Marlia Musa), Hattan, Ning, Adibah dan juga Salamiah Hassan (amongst others) wat meeting tergempar tamau teruskan show sehingga Azwan terangkan keadaan. Azwan tidak memberikan sebab yang munasabah...keluarga artis mendiamkan diri dan meneruskan show...walaupun rasa terpaksa.

16) Acara award Mulut Laser mengundang kutukan bila ada artis yang tidak patut menang anugerah yang tak seberapa tu. Kata Azwan, pilihan dibuat dari artis yang menghadiri semua aktiviti Mesra Sokmo Cit Cat sebagai tanda penghargaan. Tapi ada yang menang baru malam tu tetiba muncul. Tu pun kemut ka....

17) Soal makan lagi... selepas show di Dataran Shahbandar, Azwan masuk setiap bas kata sebagai tanda terima kasih nak bak semua makan. Konon tak plan dan tanda penghargaan. Kelakarnya...dah ler bak tempat public yang packed. Bayangkan empat bas penoh orang....

Separuh yang tak dapat makanan...minuman pun lum sempat da dihalau baik naik bas....ada yang sempat makan, tapi krew Azwan hilang begitu saja...so last last ada artis tu...sekali lagi kena bayar sendiri. Azwan ketika tu nowhere to be found.

18) Naik pentas Malam Gala pas kecoh pasai isu event caj tuk meja dan artis nak ngamuk, Azwan naik pentas melaser pasal bab artis hipokrit. Tension para artis punya muka...cakap pun salah...tak cakap pun salah. Da kena kelentong, tak dilayan...dikatakan hipokrit.

19) Sama ngan Azwan, krew nya juga bila bertengkar atas kebangangan meka, menyalahkan media dan juga artis sebagai 'not cooperative'. Gila ke haper???

20) Awal awal lagi juga Azwan da sound jangan tanya pasal jadual....konon semua boleh dirujuk pada jadual diberikan...dan juga boleh ditanya pada krewnya. Padahal...jadual tak lengkap, dan krew semua marah lak bila tanya, konon bodoh sangat artis bila tanya pasal detailed scheduled.

So kesimpulannya? Terima kasih kerajaan Terengganu...tapi no thank you Azwan Ali.
Artis pergi bagi muka...dan media pergi demi pengorbanan dan perasaan ingin menyokong artis...pasnih lak? Mungkin ke?

Reactions:

0 comments: