Tuesday, January 16, 2007

Judgement day

Hari ni D-day.


Yerlah...okini lah ceritanya kenapa aku kelam kabut sikit seminggu dua nih.

Actually, aku kan skang dalam proses nak register my consultancy company. Selain PR dan publicity (dah pun dapat project tapi masa lak kureng nak abihkan proposal aku yang da tertangguh), aku gak banyak focus pada image consultancy.

This means, aku head to toe wat styling seseorang sampai tahap kalao nak bercakap pun leh ajar.

But tuk Anugerah Bintang Popular kali nih kira my maiden effort nak all out.

Sebelun ni, aku penah wat styling beberapa artis, tapi nih ler yang aku tunggu tunggu nak kick off my event. Since it's also the first major event (second ler kalau kira Anugerah Juara Lagu, but this is the main thing la sebab ramai agik artis yang hadir)

But kali nih aku coordinate styling aku nih besar besaran.

So ari nih aku ada meeting ngan Maestro bersama designer designer baru yang berbakat in Wanie (yes, yang arituh aku gi jalan jalan carik fabrik yang sesuai bersama with on Saturday) as well as Nizam dan Zura.

Meeting tu untuk tentukan samaada kami jadik ke tak untuk provide wardrobe bagik artis Maestro yang kami minta.

And yes, we got the green light with the beautiful designs for the three artistes.

Meanwhile, another designer Rizman pun dapat green light from another artiste yang simultaneously, they had a meeting kat Palace of the Golden Horses. Aku kena temankan tiga orang nih because Rizman punya aku da awal-awal deal kat phone so aku tak anticipate any problems.

Later in the evening, Hatta kata dia jadik wat one more artiste.

So it's a great day for my consultancy effort sebab ini full list artist yang akan pakai designs dari pereka pereka fesyen baru yang bekerjasama ngan aku.

Syabas to these fabulous designers who I'm working with yang akan mereka pakaian artis artis tersenarai bagi Anugerah Bintang Popular. We're halfway there, guys!
Hatta Dolmat (Ning, Nikki, Yanie, Erra Fazira) Hazwani Oswan (Mawi, Diddy), Rizwan Ruzaini (Dayang Nurfaizah, Betty Banafe), Zura (Zahid, ZZ) dan Nizam (Felix, Rosyam Nor). That's bragging rights for you, kids.

That's 11 artistes in total yang team kami bekerjasama untuk usahakan yang dah pun CONFIRM! Lum agik ada yang lum ditentukan...but basically I'm happy because we got ALL the big names kecuali Siti Nurhaliza yang...God willing...next round kang kami dapat.

Bangga ler...

Kira nih ler batu locatan bukan saja bagik pereka pereka fesyen muda ni semua, tapi jugak untuk aku. Berbaloi ler kepercayaan aku terhadap meka. I couldn't have done it without their fabulous ideas too...so tahniah pada mereka semua. Skang mai kita postpone celebrations to make sure the look is great on the red carpet as well as on the stage kang.

Masa meeting, Aman dan juga Mawi himself ada tuk approve Wanie's designs.

Pas ok...kami pun amik ler measurement semua. Wanie nih peminat besar (matilah aku pecah lobang dia) Mawi...so bangga lerdia dapat sapu bersih wat outfit Mawi tuk red carpet as well as persembahan kat Anugerah Bintang Popular kang...but not as proud as kakak dia yang memang fanatic Mawi. Merasalah baju yang disponsored semua kang akan di letak pada mannequin, di lindungi kotak kaca dan diperaga kat rumah kat kampung di Teluk Intan katanya.
Felix datang lambat sikit untuk fitting, manakala Zahid lak tak dapat hadir sebab ada family emergency (ada apa ek???)

Perbincangan Maestro ngan Mawi bersama our team of designers. Lepas setuju, Wanie pun mengambil ukuran Mawi. Malu Mawi terus tau...hah...sapa mintak tak jaga berat bada. Kan da naik 67kg. Kalau nak tau pinggang Mawi skang 34 inci!!! Pakai seluar lak bawah perut...skang kena tarik nak cover bila seluar lak slip below the waistline. Felix pun trauma sikit berbincang ngan Nizam pasai baju dia...seperti Mawi...perut dia pun naik. Love handles club kedua mereka nih.

After kita da lebih kurang siap tuh, manager meletop ni singgah ngan artiste dia tuk menghadiahkan aku usaha terbaru syarikat f-tersix, iaitu kalendar 2007 yang menampilkan pose pose istimew Diddy (promosi tak berbayar ek). So sila click tuk blog tokei calendar nih tuk tempah sekarang, and count down your days left in 2007 with Diddy.

Yeah...everyone seems to be doing their own thing quite well. 2007 must be the year for business.

Jumpa sayang kejap untuk dinner bersama ngan bebudak yang semua instead of celebrating tension gaban sebab awal pagik esok ada photography lak ngan majalah EH!Sayang aku tuh selsema...so tak dapek lepak lama.

Tonight malam pertama aku dapat tidur awal in over a week.

Good night all.

Reactions:

0 comments: