Wednesday, December 20, 2006

I'm...dreaming...of...a...white...Christmas...

Aku ari ni gi ler balai trafik Klang nak check saman aku.


Amik ko. Semalam aku check online saman satu je kan? Tadik check bawah nombor IC muncul ler satu tuh. Patutnya RM100...dapat ler discount bayar RM70 je, walaupun status online court date pun da tamat. Bodoh tul....

Ok le...tak puas ati aku check agik, kali ni ikut nombor keta.

Online takde hasil...konon free of saman kan? Matilah ko...ada LAPAN! Bincang discount ngan member abang angkat aku, tiba-tiba...usha bebetul..lor...ada empat tuh bukan dalam IC aku.

Pemilik keta sebelum aku punya. Kipert....baru teringat every year nak renew ada je saman hantu tuh.

Anyway, aku punya four extra tuh, dua da mati tempoh pun. So budget lari gila ngan automatic max fine.

Tapi...jeng jeng jeng...atas 'budi bicara'...member abang aku kata RM380 jer leh la...aku pun bagi RM400...round figure ler. So I spent that amount je nak bayar saman semua. Sikit tuh.

Teringat ada setahun tuh, aku penah ada 13 saman!!!

Bayar pun RM600 je time tuh....package deal katanya.

Merasalah...saman pun leh negotiate...cam hypermarket lak lagik banyak lagik murah.
Anyway...ari ni keja banyak paperwork je...yerlah...nak isikan claims dan sebagainya sebelum aku bercuti...apart from the paperwork nak mohon leave....which starts...TOMORROW!!!!

Yeaa-ba-da-ba-dooooooo!!!!!

I'll be back to work hanya in the second week of January!

Berapa ari ni sibuk ler sebab persiapan for Christmas nan ado setakat ni. I haven't done anything, and this is the worst year when it comes to planning compared to previous years.

Biasa aku seminggu dua before aku da shopping lengkap abih semua, tapi with five days to Christmas....I haven't beli anything pun yet. Kelam kabut ler start esok nak shopping sakan.

Yeah!! Retail theraphy....bonus lak da masuk. Apa lagik...

Ari ni nak gegas dari opis cepat sebab nak ajak Fiebie dinner (padahal call tengah membuta agik walaupun da 6pm...KEJI!!!).
Iyo lah...per pun...tak leh carut dia (walaupun keji!!!) because BIRTHDAY mentallydisturbed.blogspot.com (ala...yang blog tonjok mata lebam tuh) or more affectionately known as Fiebie, ESOK, on 21 December. Umur berapa? Tanya dia...or if ko kenal dia, count the number of eye bags to know (each bag represents 15 years at least). Apapun, HAPPY BIRTHDAY FIEBIE!!!!

Speaking of birthday...of course kena la also ucapkan a belated birthday to Zahid!!! You're 26 now, man! Hugs to baby bro for the big day which was semalam actually. Tapi yang tension nya..in true Zahid pesen, rosak lak surprise birthday party tuk dia. The surprise being the reason why aku tanak sebut kat blog yang there was a party for him...Tapi tengok-tengok, dalam keluarga Zahid dan juga extended family in ZA8FC da kompol kat Bora Ombak tunggu dia, si Zahid lak sneak in dari pintu belakang. Aku tengah dok isap rokok kat pintu kat one end of the restaurant talking with a friend, bila dia rush past, nearly bowling me over..ingat orang tuh cam familiar sebab dia cover muka...lor...rupanya dia lari masuk terus naik stage surprise kan everyone.

Kejiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!

Rosak surprise...patutnya nak surprise Zahid...semua orang kena surprise ngan dia. Not quite how it was planned. Rupanya the whole grand scheme orchestrated was spoilt by member dia yang pecah lubang lak pasal preparation, si Apai. Tunggu ko....

But it was a fun night....aku pelik gak keluarga Akademi Fantasia tak hadir...but who cares.
Still Edlin datang. Si Zain RuffEdge pun singgah walaupon lewat sikit. And of course, Nikki ada gak. Edlin dan Nikki took to stage with Zahid perform suka-suka, but it was mostly Zahid for the night.

Apapun, nak ler wish congrats kat keluarga ZA8FC sebab anjuran event besh gila babas ni. You guys rock tul la...almost two and a half years later, ZA8FC still going strong and loyal pada Zahid. Cayalah!!!! Applause tul la kat korang... nak sebut sorang-sorang, rasanya each and everyone knows kan your contribution. So pat yourselves on the back.

Tapi one person that night kena puji gila babs punya, si Aypol. Ala...si ensem yang PA Zahid, merangkap...erm...boypren seseorang penyampai radio jelita dan ayu dan anggun tapi banyak cakap.

OOPS!!!!!!!

(eh eh...terdengar paluan kompang tak, korang???!!!)

Jangan salah pic ni cam apa lak rupa dia.
Salahkan lighting, camera Nokia aku yang kureng vast...dan juga keberatan si Aypol nak jadi model.

Pada sapa yang mintak pic Aypol nak tengok muka dia bebetul...this was as good as Aypol's pose tuk aku gets.

Dia kata malu nak pose lebih-lebih lak (takut awek marah kot sebab takde skali dalam pic).
Ala....malu-malu konon...mana leh nih kang berbinikan penyampai radio popular kang kena get used to it gak kan?

Matilah aku mencarut....

Tapi kalao tak silap aku...(ingat ingat lupa lak), Aypol kan ada dalam video clip Wo!!!...

Korang usha sana ler kalau malas nak belek belek posting lama aku semua.

So walaupun surprise birthday party tak menjadi sangat surprise...

Apapun...tahniah ler gak pada Aypol sebab bukan senang nak handle surprise birthday party of this scale anyway.

Great effort. 10 out of 10 for execution. 0 for luck though. Merasalah dalam puji mencarut laks.
Apa agik jenis stok cam Zahid ni yang memang susah nak kelentong nak trap nih.

You did a good job...and if anything, Zahid is lucky untuk have a best friend yang leh harap cam ko.

Zahid lak...hope you realise, bro, you are lucky to have your family and friends as well as your career...so keep doing your best ok.
And one more time....HAPPY BIRTHDAY ZAHID!!!

Sebut Zahid ni....hah...ZA8FC yang hebat dan power, take note yeah....kita mulakan gerak gempur untuk kempen UNDI NIKKI DAN ZAHID untuk Anugerah Bintang Popular - Berita Harian 2006!

I know some of us think it's a little early to get going with the voting, but with the long holiday season coming up, with Christmas, Raya Haji and then the New Year, aku rasa baik kita kick off skang jer...

Kalao tak jenuh nanti nak wat semua last minute.

Miss President...apa lagi? Voting party....Mr Manager...belah Artiste United tanak organise sekali ke?

I'm rather surprised yang kedua Zahid dan Nikki tak tercalon ke kategori kategori utama...but what to do.

This is popular ma...and popularity at times is such a warped perception. I mean...look at the list pun da tau. Some of the people in it, you don't even know exist...but suppposedly popular.
Sometimes rich backers buying lots of papers and employing people to do the voting helps!

Oops!!!

Tak mustahil tuk meka menang, as Anugerah ERA pun da buktikan gabungan mereka yang meminati Nikki dan Zahid memang ramai.

Tapi minat-minat pun tak cukup ok kalao tak undi...so beli soratkhabar bebanyak dan VOTE, VOTE VOTE!!!

Kita make up for tertewasnya Caramu di semifinal Muzik Muzik Pop Rock aritu. Yang lain nak tick haper tuh, terpulang....tapi dalam kategori Duo/Kumpulan Popular, pastikan pilih Nikki dan Zahid ok!!!

Abih pun malam semalam da tengah malam. Nak hantar sorang sorang balik sebelum make my way home pun, by the time nak tidur pun da almost 2am.

Ok ler...leh tahan agik.

Or so I thought. Ni pala sentuh bantal je...lights out terus.

It's getting late. Nak call sayang aku dulu....lepas rindu kat phone pun...jadilah. Bila nak jumpa pun tatau...

Time to stop merepek-ing and time to pick up some food and stuff for Fiebie's birthday. Ciao all! Be posting soon...

One more time...remember to get your Berita Harian today and VOTE!!! Kalau sesapa ada banner nak promosi kan tuk undi mereka, again, leave a note of it dalam ruangan Comments aku. Aku akan link kan ASAP ok. Mari kita ramai-ramai mula kan kempen sekarang juga...

Ya ampun...dari tadi nak gerak tak berganjak...dah kul berapa da ni. Ok...I'm out of here...for real this time.

Nak tengok pic birthday party Zahid? Click below. If you have more pics of the event, leave your comment and I'll link you, ok!

Judd's Lair - tunggu dia update...pemalas tul

Reactions:

0 comments: