Thursday, October 19, 2006

Bailamos!

Hari ni memang puas ati!


I didn't have much sleep, but I got a lot of shopping done...tu yang penting.

Konsert semalam agak membosankan (Rihanna banyak miming, nari tak hebat sangat pon, Jay Z ok tapi memang takde mood nak hayati sebab lambat sangat nak start.

Pack gila! Aku rasa enam ke lapan ribu orang pack dewan tuh yang tak seberapa.

Pembukaan setengah jam by Titanium, band hip hop Thai yang sakos gila babas!

Then break setengah jam, set 45 minutes by Rihanna, break agik setengah jam baru masuk Jay Z.

Aku cuma suka sebab dewan BEC Tero tuh di hiaskan sebagai ghetto! Kelas!

Cam dok Harlem lak ngan ada basketball court, Cadillac dua bijik (very the pimp mobile), BMXers and such. Sesuai tema party tuh which was Jay-Z's Block Party. Siap ada tiga empat deisgnated area tuk dance with different sounds agik.

Aku tak banyak layan show after a while and lepak bar je tengok gelagat orang Siam ni, especially celebrities meka yang aku dok tak kenal at all walaupun orang cam ooh sana aah sini.

The rest of the time aku spent from walking to front row center of the standing room only crowd ngam ngam depan sekali pentas, sampai ke belakang console.

Tapi sebab paranoia kerana meka warning takleh amik pic (padahal later orang tak kisah pun) aku tak amik pic dekat-dekat dan hanya mampu curi-curi one shot dari belakang dewan.

Ni some of the pics from the event...malas amik bebanyak.

After it was over about midnight, kami gi supper. It was just Zoe, Joyce, Zack and I, so melantak.

Aku sempat beli nombor prepaid kat sini (dah masuk enam nombor Siam aku ada da, tiap kali mai beli satu) dan call member.

Dia ajak jumpa. Sebenarnya berat hati, sebab pas melantak, biasalah nak jadi ular sawa... tapi orang da jemput, tak elok da kan kalau mai tempat orang nolak nak jumpa.

So I told the rest of the guys I'd go off on my own. Hopped into a cab and went to Silom. Member tengah sibuk clubbing, ajak join nak kenalkan kengkawan dia.

Aku nolak cara baik sebab malas...segan satu hal....pastuh pikir nak tidur nak balas dendam.

Lagipun...ekspedisi shopping esok pagi lagi penting, so turned up, sembang dua minit, pastuh hopped into another cab, and headed back to the hotel.

Bilik aku ni, right at the end of the hall, near the fire exit, which automatically makes it the creepiest place possible.

Tapi aku ok je.

Aku jenis feeling paranormal kuat... so I did sense a sort of presence in the room. Tapi selagi dia tak kacau no hal je. Aku wat bodoh.

Lagikpun member aku pun ramai hantu gak! It's just kind of disturbing sebab aku ni jenis takleh tidur when someone is near me, and this basically is something like that la.

So aku dekat kul 4 pagik baru berjaya lelapkan mata.

Kul 5am, terjaga.....tertidur balik, sejam kemudian terjaga lagi sejam kemudian.

Dozed off again and awaoke at 6.45am. Mampos la camni...

Tak kuasa...terus aku bangun mandi and headed down for breakfast at the cafe kat bawah.

Terserempak dua member lagik yang dok melantak gak.

Pas abih makan semua, aku cadangkan nak gerak ke Prathunam, sebab tuh favourite place aku nak shopping. Murah sih!!!

Bebudak nih semua bukan tau sangat....tau mall dan pasar je.

So we headed down by foot, which was about 15 minutes away.

Aku terlupa lak kat mana aku selalu gi sebab area dia besar sangat, plus since baru nak 9 pagi, banyak gerai tak bukak lagik.

Time pusing tuh, got a few hilarious shots... ni dari bebanyak kedai salon kat area sana, ni ada satu amik pic. Kalau orang biasa REBONDING, tengok kedai ni advertise service DEBORNING.

If that wasn't enough, siap dia nampak aku amik pic, dia keluar bagik aku leaflet, konon tertarik rambut aku, mesti ingat aku minat nak buat. Dalam risalah lak, dia tulis REBORNING.

Matilah service melahirkan kembali rambut!

Tuh satu hal...dalam bebanyak kedai yang aku nampak, ni ada satu klinik yang terus mendatangkan keinsafan.

Besar lak tempat tuh, kat the corner lot lagik...konperm perasan punya.

Matilah katanya, tempat untuk AIDS test...merasalah SYPHILIST sekali.

Klinik ni memang nampaknya sexual related conditions je...siap ada walk in treatment untuk erectile dysfunction.

Sapa nak servis klinik ni, it's located across the road from Baiyoke, dekat je ngan 7-Eleven.

In the end, masa patah balik terjumpa Baiyoke, tempat aku selalu gi tuh. Korang kalao gi Bangkok, mintak la cab bak sana terus.

Famous gak tempat tuh...but not so common among farangs (foreigners) so harga tak kalut sangat. Plus meka jual borong sekali.

Jalan dua jam je rasa nak patah kaki, sebab spent about an hour walking dah before that.

Tapi puas ati dari banyak seleksi dengan harga murah!

Spent about RM400 something in total. Bukan beli apa pun, tapi untuk tiga orang kawan, my parents.... my sister lum beli apa apa lagi, so kena sambung usaha gigih sekali lagi nak cari.

Kena also get souvenir from one more friend. So you guys...korang baca ni...NO MORE CHRISTMAS PRESENT tahun ni tau! Pokai aku da.

Aku sendiri baru beli baju Thai silk satu...tuh pun kalau tuk official function aku rasa cantik ler. Matilah tak kira Danos dan 115 (for those who know only)

Tapi kan...kalao korang gi Baiyoke, aku warning awal awal dulu...baju baju berlabuci dan sebagainya memang berlambak.

Contohnya kedai yang satu nih. Dari jauh berkelip kelip da!
The first thought that would go through your head time spot je kedai ni must be that you just discovered Datuk M. Daud Kilau punya tailor.
Matilah carut!

Baiyoke ni memang pusat sequin utama dunia judging by the number of outlets and all peddling such outfits. Merasalah kedai auntie gemuk yang tender ngan establishments kat Las Vegas ok tuk baju baju showgirl, terus kerek tanak turunkan harga dari dulu.

Ni just got back from round one shopping...baru sampai hotel saja melayan update sat sambil check mesej dari kawan-kawan dari Bangkok.

Sempat gi urut kaki sebab bengkak da rasanya kaki pas empat jam non-stop intensive shopping exercise. Dok bayar 139 Baht je...dalam RM14 for one hour.

Matilah promosi Fresh tuk Ramadhan cuma RM30 lak kat Kuala Lumpur.

Malam ni takde plan lagik so nak tengok siapa yang free.

Malas sebenarnya nak keluar, tapi sia sia lak datang jauh kang tak wat apa apa, kan?

Nak naik atas take a nice hot bath first ler....


Reactions:

0 comments: