Monday, September 25, 2006

Selamat berpuasa!!!

Yes, the first week balik keja pas cuti was so hectic, I didn't need an excuse for not blogging sebab memang kesuntukan masa nak wat per per pun.


Excuses you say? Aiyak...lebih kurang ler. But with puasa dawning at the end of the week, rasa rather lethargic nak wat per per pun.

Walaupun orang gila rajin update, aku rasa semakin malas... tapi takper. Bulan posa ni aku akan try update SETIAP HARI supaya ada santapan yang tak membatalkan puasa memasing (terpaksa ler kurangkan carutan - bukan kurangkan.. kalau leh langsung takder ler kan).

Ramai tanya... aku puasa tak?

Sapa kenal aku would know the answer. Secara jujur....not always... but I try.

Bukan susah sangat pon. Bab makan minom tuh ok lagik ler. Yang slalu wat 'batal' tuh kerana nak isap rokok sangat punya pasal... ataupun molot main lepas je.

Cobaan....

Soalan kedua popular... kenapa nak posa?

Well... ok so I'm non Muslim... but being Catholic... fasting pon di observekan in the teachings of Christianity, jadik takder ler susah sangat.

Why dwell on our differences and not our similarities?

Only the shallow dwell on the petty.

Biasa gak da. In fact, every other religion incorporates fasting in some form or other kan?

I do it sebab biasa je...

Sepanjang idup aku selama ni... pernah berpuasa penuh selama dua kali (ok ler tuh). Time tuh sebab kena monitoring ngan kuarga angkat. Tapi tak kisah sangat pon... cause saat teruji tuh, ingat je perasaan yang memang feeling accomplishment and also kemeriahan time nak buka posa.

Yang lelain tuh, ada ler kurang sana sini... but I try.

Tahun ni, bulan posa takder ler different sangat. Cuma first day posa tak dapek nak fasting sebab on Sunday.. mak aku da siapkan makanan pelbagai, kenalah baham.

Eastern culture dictates that a mother's love is through her cooking. Tak caya? Never spurn your mother's cooking sebab that makes you the culinary equivalent of si Tanggang!

So tak posa ler aku semalam. Walaupon join Fiebie and gang dinner, supper, pre sahur dan kemudian sahur (camna tak naik badan time posa camnih), aku tetap tak jadik nak posa.

Anyway... started today. Sahur pon seorang diri jer kat rumah sebab Monday kan.. semua tak larat naks ahur kat luar.

It was ok... so far so good posa aku. Kantoi light-light sebab molot poaka aku terlepas sana sini, tapi takder per per yang kritikal... walaopon rokok aku tetiba leh bersuara dan menyeru.

Keja lum bertimbun lagik dari segi jemputan tuk majlis-majlis berbuka... but biasa lah first week slow sikit. Masuk second week onwards, sampai muak nak berbuka di luar. So first week ni take advantage tuk berbuka with friends especially.

Tadi takde plan buka, so ikut Rudy, Abie dan Jobi ke bazaar Ramadhan kat Bangsar nak bungkus apa yang patut, berbuka kat sana, pastu aku jadi tokei jaga barang sementara meka ikut shift semayang kat masjid berdekatan.

Mmm... one of the most interesting parts of the fasting month. Nak jalan-jalan kat bazaar semua nih... memacam yang rasa nak coba.
Semalam, tuk sesi berbuka puasa yang pertama (walaopon tak puasa), janji nak jumpa one of my blog readers turned friend Devina.

Also sekali ngan Marsha sebab dia pon free tak wat per per semalam.

Breaking fast turned out to be dinner instead sebab tak penah ke rumah Marsha. By the time picked her up da kul 8 malam akibat sesat.

Headed for KLCC. Sampai sana, Devina nunggu kat Kinokuniya, so pas some aimless wandering, kami ke Chilli's. Sebelum tuh, dalam pusing-pusing, nampak ler weighing machine thingie kat depan TGV. Si Marsha nak check berat (tabiat dari Akademi kot)....so masukkan 40 sen...tunggu dekat seminit... yang terpampang kat screen... nothing! Last last pas punya da lama tunggu sampai berjanggut.... the screen flash, "Please Insert Coins". Sentap tak?

Very the rip-off!

Anyway, call abang Bad yang masa tu kat area Ampang, so tanya dia kalau nak join. Dia kata tengok dulu, and later ok.

Farish lak call Marsha so kami ajak dia join ler sekali. Kejap je dia sampai KLCC dari Kelana Jaya bersama member dia. Amboi... kalau motivasi ada...Abang Bad sampai, tengok-tengok dia ngan Diddy sekali. Aiyak... dari aku mintak table for three, then to five, then to seven.

Sambil tunggu makanan sampai (Marsha sibuk carik nasi, tengok-tengok aku yang makan nasi, dia amik pasta). Kecoh sekejap... tapi bila makanan sampai semua senyap melahap.

Pas abih... kecoh balik. Keji pas makan tuh Abang Bad dan Diddy sibuk nak sakitkan ati aku ngan 'rahsia'. Takper... takper...uwaaaaaaaaarghhhh!!!!

Actually earlier plan nak jumpa sebab Devina just got back from London... cup 'o 'tea with crumpets and scones and all that.

Dia belikan Marsha soft toy with sme other stuff... sweet gila.

She bought me two cartons of Marlboro reds (yeay!!!) and a box of chocolate truffles (chocolates and cigarettes... either she loves me a lot or hates me a lot...*guling kat lantai gelak*) as well as a keychain from London, and another, a miniature of the Eiffel Tower in Paris.

Aw... thanks so much gurl! You rock!!!

I especially loved the Marlboros, not so much sebab harga rokok da melambung baru-baru ni tapi sebab it was two cartons, packaged to look like it was one big box as you can see from the picture.

Coolness!

Except ala sentap sikit with the HUGE 'SMOKING KILLS' tuh... err....like that's gonna stop me smoking? Tried... but hey, at least I go out happy right?

Two cartons, means 20 boxes... 400 sticks. I smoke about more than a box a day... so leh tahan dua minggu ler dua carton ni.

Back to the Marlboros...since I collect all things Marlboro reds, especially having a penchant for boxes and packaging of the ciggies from different places, and various promotional packaging of different sizes, aku happy gila ler sebab dapat tambah koleksi aku lagik. Yea yea!!!

Hah... kalau korang nak tengok camna buka posa first aku semalam (yang tak posa sebab ari ni first posa bagi aku), ni gambar-gambar tukang kecoh semua.

Thanks abang Bad sebab belanja, semoga dimurahkan rezeki (sentap tau nak bayar tak bagik!)

By the way.. sempena bulan posa ni, aku nak kongsi cita pasal kawan aku sorang nih yang collagen kan muka.

Tak kisah ler wat sikit-sikit (sapa yang tak buat these days) tapi pengajarannya, jangan overdose.

Contohnya, walaupun aku ada member yang muka cantik sebab 15 jarum satu muka (matilah Misha Bidin!)...ada ler sorang ni yang gila abih, sampai 15 jarum hanya tuk dagu dia!

And siap one shot lak, bukan dua tiga staggered punya sesi...gilos! Bukan bola pingpong atau bola golf lagi dagu dia... tapi besau penumbuk (and that's not exagerrating)

Pastuh da besau, tak puas lak, tiba tiba nak tukau stylo kicik kan balik nak tirus lagik, so suntik lagik nak kicikkan, akibatnya camni ler. Abih RM600 tuk buang sikit bagi normal sikit dagu dia. Tapi RM600 hanya nak sebelah jer... leh? So wat sementara, dagu dia sebelah masih humongous katanya!

Dalam perjalanan aku dan beberapa kawan nak ke Teluk Kemang nak *ehem* *ehem* tengok anak bukan (dincn speku) Jumaat lepas, singgah kat one fast food outlet dan serempak dia sebab dia baru tak lama transfer ke sana.

Dari jauh da nampak dagu dia... mak aih. Horrors gak tengok...

Mintak-mintak pasni, dia, dan juga semua adik-adik dan akak-akak dapat dapat moral of the story ek... jangan nak suntik pepandai tanpa tau apa akibatnya. Janganmain redah jer kalau nak buat... tau gak dulu apa akibatnya dan plan betul-betul.

Kalau leh... takyah ler wat terus...but be smart kalau nak wat. Aku pun baru lima jarum. Oops! Tak hipokrit... sorry... da memang betul pun. Walaupun tiga tahun da, tapi tetap maintain ok lagik.

Anyway, tadi da buat separuh entry, pas balik opis after buka posa, continue agik celah nak abihkan keja, dan gi sahur.Kalau nak tengok, ni ler jer juadah berbuka kami yang very the humble.

Yer... yang penting kenyang ok.

Aku makan apa aa... makan some weird version of nasi ayam, together with murtabak ayam as well as air tebu jer. Nak makan lebih, nak sample memacam rasa tak larat sebab first day tuk aku..angin satu badan rasa nak erm... you know lah.

Hah... tuh... atas tuh, stok berbuka. Kurma tuh... tatau ler brand haper.. but I never liked dates (of the eating variety) so tak makan pon.

Apatah lagik kalau kurma tuh *mai bisik beramai-ramai* Yusof Taayub.

Keji tau... pening aku layan iklan tuh yang ulang lima ribu kali sehari... matilah aku kena marah ngan abang Bad pasni sebab dia yang wat iklan tuh (padan muka Fiebie tatau kena marah sebab keji depan-depan)

Anyway... gotta finish this entry up at this point sebab ada column nak hantar, and one more interview to go to masa sahur.

Yes, sahur kan ngan Mawi, Diddy dan Zila. Ada keja sikit nak wat... kenapa? Biasalah... mana ada Mawi ada jer cita nak korek kan?

Dah nama pun keja.

Mmmm.. tapi skang kul 9 malam... kalau aku abihkan keja dalam setengah jam ni.. sempat aku membadak sejam setengah sebelum event sahur tuh pada 11 malam kang.

Ok ler guys... walaupun a little late sebab da hari ketiga esok... just wanna wish every Muslim celebrating the holy month of Ramadhan, selamat berpuasa!

You guys be good ok... and take care.

Be posting tomorrow... really!

PS - Sapa yang nak aku review One In A Million, sorry ek tapi aku tak tengok siri tuh sebab bosan. Anyway, kalau korang nak gak aku komen... senang je. Suki menang... perlu ke aku cakap agik? Sememangnya tak perlu... seperti kemenangan dia. Kalau dia satu dalam sejuta... aku pun keliru di atas dasar apa? Takkan sebab juling air kot?
Layan America's Next Top Model cycle 5 yang nak abih kat Astro, atau download cycle 7 yang ongoing kat States skang lagik menarik.

Reactions:

0 comments: