Wednesday, September 27, 2006

Kancil hijau da bomb!

Hari ni hari malas. Rasa cam malas sebab letih sangat... aiyak. Cam takde makna je puasa sebab tidor seharian. Well takder seharian lah... but I woke up pun dah dekat kul 2 petang!

Aiyak...tapi takleh salahkan aku sebab semalam gi sahur ngan Mawi, Diddy dan Zila punya event tuh pun sampai kul berapa. Katanya nak start 11pm.

By the time gerak pon dah past 2am da. Tu pun aku kena rush balik ofis sebab nak masukkan story interview.

By the time segalanya terurus dan aku nak gerak balik rumah pon da hampir 5 pagi.
Sahur kat rumah jer ler sebab sorang-sorang member sedap membadak.

Bangun terus bersiap ke office.

Sampai Jalan Pantai lak, sebelum trafik light, just after turn off to the masjid and Universiti Malaya, aku henti some distance from the red light. Yerlah... traffic pun quite heavy da kul 5 da.

Tiba-tiba, tengah feeling layan lagu (tanak cakap apa... tapi kalau aku sebut lagu RAHSIA ada ler yang paham), ada bunyi *DUMMHHHHH* and my car jolted forward a little. Takder ler kuat sangat pon.

Aku tengok cermin belakang, rupanya keta aku sudah kena sondol dari belakang ler nih!
Kuar keta tension, nak hamun, teringat posa, tenangkan diri, then took a look at my bumper.

Seb baik takder benda. Baru sempat pastuh tengok orang yang kuar keta Kancil yang langgar aku. Terpegun lak tetiba...

Comel lak! Aduh....tak sempat usha keta dia lak ada apa apa ke tak. Dia lak horror takut aku ngamuk kot, sempat tanya je, "Ok, bang?"

Aku angguk, kata, "No hal... " slowly added "selamat berpuasa" and then masuk balik keta.

Arghh!!!!

Bodohnya...kenapa aku tak mintak nombor dia!!! So pada yang melanggar keta aku petang tadi kat Jalan Pantai, Kancil warna hijau muda, dengan masih tertempek P... hubungi la aku ek. Nak gatal gak! Ko langgar aku kena bayar tau... belanja berbuka ke bersahur ke. Aku belanja ko pun ok sebab ko comel.

Ni mesti kes ngantuk sebab posa, dan terperangkap dalam traffic jam tak larat.

Pada sesapa yang bak keta time puasa ni, berjaga-jaga la ek... jangan tertidur lak.
Sampai office aku habihkan keja.

Petang ni berbuka kat rumah bebudak kat Shah Alam Seksyen 16. Juan yang da lama ilang join sekali. Fiebie, Wanie, Gina dan kak Za da pun berbuka time kami sampai ngan McDonalds. Mana taknya. Kami sampai pun dah kul 8 malam.

Aisey...Juan terpaksa berbuka ngan air in the car. Me? Ngan cancer stick sebatang jer ler.
Sampai rumah semua da sedia membadak da. Selepas telan juadah yang sibuk Fiebie promosi dalam blog dia. Ala...kedai kawan-kawan... ada ler habuan nak promo tuh (mampos aku kena keji pasni)

Malam ni cadang nak sahur awal sikit. Tak larat tidur lewat-lewat lagi.
Anyway for those of you yang nak tengok pic semalam, here's one of Mawi, Diddy and Zila together.

Smart tak... rasa cam mood beraya da meka pakai very in the mood gini.

Lama gak tak jumpa Zila, tapi tak bual panjang ngan dia pon.

Anyway, for fans of Diddy, pray for his cousin ek. Tak silap la...cousin.

Sebab abang Badrul masa tu kata meka pun nak rush ke Johor sebab cousin Diddy on his death bed already. Didn't ask anymore sebab things like that just creep me out.

Hope they had a safe trip sebab lum sempat call abang Badrul or Diddy today.
Mawi lak?

Ok jer...seperti biasa. Tak silap aku bebudak semua kat Astro time tuh ada recording takbir Raya or something like that.

Apa da wat event bercanggah timing. Akibatnya, bukan je bebudak tuh kelam kabut nak running here and there, kita lak yang sampai awal tunggu cam mangkuk hayun.

Sampai je Mawi, sempat ler interview... ada ler benda.

Baca paper hari ni tau ler pasal apa. Malas nak ulas lanjut.

Had a quick chat with him, then followed by an informal press conference with the rest of the media.

Aku da ngantuk, tapi terpaksa rushing office.Seb baik masa kat Rebung tuh segar mata terserempak ngan someone yang penah hadir dalam hidup aku.

Nak elak mata memandang, lari ke belakang kedai dan berbual, sebab time sembang depan depan, ada je mata yang sibuk nak memandang. Cungkil kang!

Still... dapat gak ubat rindu ngan orang tuh sikit... walaupun things are over, ada ler tempat nak temporary nak manja ler.

Arghhh... ngantuk. After a McChicken, two McEggs and Vanilla Coke with fries, rasa cam tak mampu lak nak bersahur.

Tapi kang tak sahur, esok confirm aku tak lepas ni. Aku ni bukan betul pun.... tak sahur tak posa ler jadiknya.

So anyway guys.. have a good night. Posting again esok. Toodle doo!

Oh by the way, before ending this entry, aku tinggalkan another pic for you guys.

Ni aku amik masa kita tengah lepak-lepak minum... konon feeling nak sahur one more round.

Tengok pic tuh bebaik. Korang jangan otak kuning lak!

Mawi ngantuk tuh... sampai mata da sakit. Tengah sembang pon kuyu jerk mata dia.

Merasalah speku posisi!

Esok takde plan apa apa tapi Thursday ada buka puasa event yang first for the week. Malas sebenarnya, sebab that means after I'm done with the event kena lah balik office nak hasilkan cita lak.

Overtime ada la... tapi musim puasa ni cam tak larat sebenarnya nak keja. Alah...aku ni kalau tak pisa pun rasa malas nak keja.... da kalau datang musim malas kan? Anyway...will be hopefully off next week... sementara bebudak lain masih lum ciao tuk cuti Raya.

Tatau ler camna agik... but I'm suddenly thinking of somewhere further. Not too far... but bila ada duit rasa cam nak jalan jauh sikit.

Eh ok ler guys... night!

Reactions:

0 comments: