Thursday, August 17, 2006

Catfight!!!

Semalam rancang macam-macam... tapi hajat tak kesampaian.

Ingat abih keja, nak larikan diri.

Mak aih... loaded gila. because of Siti, hidup aku tak terurus... bukan salah dia.... yerlah nak kejar story cam orang gila pastikan tak terlepas apa-apa salah sendiri kan nak carik makan ngan wat benda camni. Matilah aku selagi things don't settle down, I am sure as hell not going to get any rest.

Damn...

Semalam ingat nak balik awal, tapi had to talk to the wedding planner Datuk Shah Rezza for full details of something... dia busy sangat, sampai dari 4 petang aku call dia, dia kata 5.30pm baru settle and free.

Call lak... driving.... call again, ada orang lak keliling dia takleh concentrate.

And it went on and on...tak salahkan dia... tau keja dia pun leh tahan gila gak.

Anyway, believe it or not... finally dia call aku about 2.45am, just as aku nak putus asa.

Terus email story... seb baik deadline leh extend sebab untuk weekend edition of the paper je.

Ni kena repeat lagi this routine for the next week plus.

By the time I was done sending the stories and all... dah 6 pagi. Tidur time matahari nak terbit.

Memang orang kurang siuman punya kerja lah ni. And after 11 years in this line, aku rasa cam masa untuk ubah arah.

I started with music, then got into writing... it didn't matter back then cause both were my loves, but now... entah lah. I think I should make a shift and go back fully to music.

Bangun pun da tengahari.

Singgah melantak, dapat call from Meor. Ada story kena follow, but later Adly yang wat (he's good with women).

Rupanya ada catfight which resulted in a police report.

Hah... ni korang ler first to know sebelum paper kuar esok.

Hah... kenal meka tak dari pic atas tuh?

Alkisahnya, earlier today, actress Lisdawati lodged a police report sebab kena dush ngan Rita Rudaini. Ala... Lisdawati... tak kenal ke? Also goes by the name Nisdawati... merasalah feeling tukar nama sebab unlucky name katanya.

Anyways, both were supposedly acting, tengah shooting drama kat Penang, and it escalated into a massive b***hslapping session. Aku suka... aku suka!!!

Very the Krystle Carrington versus Alexis Morell Carrington Colby Dexter Rowan (matilah aku ingat agik citer Dynasty and all those itsy bitsy details!)

Aku dengar sampai kes tarik rambut, tampar... sampai masuk swimming pool agik!

Tak caya? Baca semua suratkhabar esok! Yang aku Tau, The Malay Mail and Harian Metro ada cita tuh. The Malay Mail ada komen dua pihak agik serta salinan laporan polis by Lisdawati.

Kalau Datuk Seri Dr Rais Yatim komen ke atas Sharifah Amani dan mengatakan dia 'bintang filem perasan' dan apa yang dia katakan "apa yang disebutkan itu terlalu merendahkan reputasi bangsa dan bahasa sendiri", bagaimana pula ek rasanya ngan perangai pelakon drama yang tak se glamour?

Excluded ke?

Moral police... please get your act in gear dan jangan nak double standard bab Nani je. In fact... ramai agik ler yang wat perangai tak senonoh takde lak menteri nak keji habis habisan.
Sheesh... dalam gelak tension agik lak...

Nak balik da lah ni...

PS - Puas ati finally Zayra Alvarez eliminated for Rockstar : Supernova! About time (thank God Josh and Jill semua pun gone). Bila lagik si Ryan bangang tuh nak berambos! Go Dilana and Lukas!!!

PS Part II - Puas agi tengok Fazura dalam Ejen 016 semalam!

Reactions:

0 comments: