Monday, July 24, 2006

Jangan buat benda pelik-pelik waktu malam

"Benda-benda pelik tu macam Haziq suka manja waktu malam."

Erm... that is what Amirul kata pasal pesanan dia sebelum mengusung beg kuar dewan malam tu.

Er... ok.

Anyway, ari ni ada press conference lapan orang yang terkeluar, sebelum meka masuk ke Akademi kembali untuk bersiap untuk AFMASUK.

Malas ler nak tulis apa-apa lebih pasal lepak-lepak, nanti ada fanatik salah tafsirkan lak kang. Pada peminat sesapa pun antara lapan orang ni, hah...amik ko!


Tak larat nak explain konsep berpuluh kali pada meka yang tak paham bahasa.

All I have to say is this.

"Never underestimate the power of stupid people in large groups".

Matilah aku mencarut katanya...

Masa kat Astro, 'dia' call nak jumpa. Mmm... selepas seminggu tak bertegur sapa, we finally had a heart to heart talk.

Hati menyanyi lega sebenarnya... but tak nak ler beriya-iya sangat.

Abih tuh balik ofis abih kan two stories. Tak sempat abih column, sebab gi butik Embun kat Petaling Jaya.

Jumpa kak Natrah aka Betty yang besh punya pala nak wat cita pasal baju Siti rekaan dia. Mak aii!!! Cantiknya kain! Harga? Tak leh sebut sini. Off record katanya.

Tapi cukup katakan, satu baju Siti Nurhaliza cukup nak tampung perkahwinan orang biasa.

Sampai balik opis, tengah layan Diari, update blog dan juga nak abihkan keja.

Mmm... Diari ari ni as usual... membosankan.

I don't get it why they have to have the Toyota Eco Youth competition (selain daripada obvious sponsorship) focused on in the Diari.

Aduh... takleh ke wat endorsement yang ada kena mengena sikit ngan program.

Bebudak ni cam main pakai endorse product je keja.

Agak-agak ler sikit.

Takde exclusivity ler kali ni Akademi Fantasia bebudak ni sibuk wat promo sana sini. Hish...

What's with the meet the fans session semua. Arghhh!!!

Bebudak cakap pasal AFMASUK, paling tak kuasa ngan Haziq punya statement.

Memang ler ko gembira pas sangkaan tiga orang ko tuh meleset, sebab ko second last next to Amirul. Ikutkan ko da kena dush keluar Akademi da.

Nasib je Astro nak wat duit simpan ko dan sekali amik sorang agik.

Lum agik si Faizal, yang "aku tak rasa apa-apa pun".

Mmm... no feeling langsung mamat blur ni.

La la la... forward on, Dr Fazley punya sesi... blah blah blah.

Khabar gemira Dr Eveready - nak makan angin kat luar untuk nak carik makan.

Makan kat Melaka lak. Gila ke haper. Ni kedai kawan-kawan production ke haper?

Apa laa... takkan lah kedai burok pun nak promosi kat Akademi Fantasia.

Gila ke aper!!!!!!

Argggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

What the @#$%^&!!!!

Seronok ler nak tengok tangkap ikan ke haper at that little drain you call a river?

PAMPERED!!!

Mana taknya bebudak ni tak naik tocang! Kualiti of the show sebelum ni sedikit sebanyak was better simply because the kids got to focus on the tasks at hand, dan bukan asik kena manja tuh ni je manjang.

Buat show burok pun nak bagi treat.

Meluat lak tengok... kalao bebudak ni wat bagus bagi reward ok ler gak kan.

And that was all they showed for the Diari.

Start Diari kedua tunjuk kongkang miming lak to Kurt Cobain. What the.....

Tak abih-abih nak rosakkan lagu tu.

Terpaksa layan sebab tak sempat capai remote.

Masa yang terbuang ngan bebudak main-main sebab takde benda buat, apa kata tenaga pengajar dikerah tuk sound sikit these kids?

Meka masuk final lagik ler degil nak layan takyah wat keja untuk final kang.

I thought it was sweet that the two girls wrote the message on the white board for those they can't contact.

La la la... apa nak tulis ek. Wasiat audio lak pastu. Yawn... nak terlelap.

Tapi aku perasan ada something about contrast of emotions.

Faizal nampak beriya-iya sedih, tapi Haziq gelak-gelak je.

Mmm... nak kata Faizal berlakon ke, atau si Haziq yang takde emosi?

Part mesej Amirul jangan nangis pada Velvet, aku tersentuh sebab Velvet time tu memang nangis. Aku nampak dia dan Farhan seem to have developed this stronger bond, which I think is so beautiful.

Slowly the message turned into full waterworks, ngan Amirul pesan kat tenaga pengajar lak.

Amik ko... extended pesanan katanya.

Evaluation time, aku rasa komen entah sapa yang tak nampak tapi dengar sora je sesuai... Kurt Kobis katanya.

Terpaksa lagik melayan visual Faizal memalukan ngan merosakkan lagu Nirvana. Erm... promote agik. Tak abih-abih promosi kata Faizal hebat katanya. Itu lah agenda sebenarnya, kerana juara seolah telah dipilih bukan oleh pengundi, tapi mereka yang berkuasa memanipulasikan the masses into thinking something is good.

Elok ler.

Lagu Tugasan
Amirul - Kurniaan Cinta (Adi Fashla)
Lotter - Pria Terhebat (Sheila On 7)
Diddy - Diari Seorang Lelaki (Pretty Ugly)
Salima - Nour El Chams (Pascale Machaalani)
Zila - Bisikan Hati (Siti Nurhaliza)
Rich - The Reason (Hoobastank)
Karen - Jejaka Idaman (Raja Ema)
Nora - Berpaut Di Dahan Cinta (Dayangku Intan)

Lagu Bonus finalis
Hujan - Hail Amir & Uji Rashid
Tanda Kasih - Hail Amir & Uji Rashid
Hendak Ku Tanya Terasa Malu - Uji Rashid
Berilah Kasih Sayang - Uji Rashid

Aku tanak komen pasal apa lagu tugasan bebudak eliminated tuk AFMASUK sebab lagu-lagu tuh semua dari wish list bebudak. Tapi terkejut gak sebab Diddy kata banyak lagu dalam wish list dia lagu lama tapi dapat lagu Pretty Ugly.

Tak puas lagu Karen dan Nora sebab aku rasa cam tak sesuai lagu competition, tapi production nak lagu yang macam-macam element ler tuh kan.

Lagu bonus? Buang masa tul lah.. apa ni!!!

Semua Hail Amir dan Uji Rashid ni kenapa!!!

Adus.... I really don't get it.

Orang bayar bil Astro.

So konsert tuh patutnya menghiburkan, bukan self indulgent belah production. Hish... tapi seolah wat concert syok sendiri je....

Entah lah.... selamat menonton konsert last kopek buat duit untuk Akademi Fantasia sebelum final je lah ek.

Camna nak umphhh kalau lagu tak sesuai lak.

Alamak, Dr Eveready bak lak Furby untuk menyampaikan mesej katanya.

No komen. Bebudak lak dimintak decipher message katanya.

UWARGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!

Nak sambung keja, then tunggu 'dia' ajak supper.

Esok jangan lupa beli The Malay Mail kalau nak dapat gambaran camna baju wedding Siti Nurhaliza kang.

*Tiket final akan mula dijual dari 26 August at all Music Valley outlets pada harga RM20, RM30 dan RM50

Reactions:

0 comments: