Monday, July 03, 2006

Busy...busy...busy...

Aku memang sibuk ari ni. Sibuk ngan cita Mawi la... nak korek cita Siti agik la.

Kerja ni cam takde time tul kekadang. Masuk 11 tahun, nothing's changed. Maybe I'm just getting old. Aduh... nak 30 dah dalam masa dua minggu...

Started the day late today sebab nak recover tak cukup tidur over the weekend ngan konsert, pastu abih rush gi Institut Jantung Negara selepas berita mengejut, then ke Kulai awal pagi esoknya, balik lak keletihan teramat tapi tidur lewat.

Bangun cam takde keseimbangan langsung.

I decided not to go for the press conference Salima (jangan spekulasi ek), hanya sebab aku keletihan teramat, dan memandangkan office pun tau aku sampai leat malam sebelum kat opis, of course I was excused.

Petang sikit gi ERA, sebab nak interview Salima. Jumpa abang Badrul yang menjadi host aku selain dari Linda kat konti. Sempat sembang ngan Salima.... tunjuk blog... (gelak jahat)

Apa? Korang ingat aku tak berani tunjuk ke?

Hah... aku jenis selamba. Apapun, seperti tiga musim Akademi Fantasia yang lepas, I will only say this once more... once meka ni keluar Akademi, things are different (for most of them ler)
Sebab perwatakan yang kita kenal melalui TV kan? Kekadang yang sebenar lebih elok... ada juga yang lebih buruk. Apapun we start back with a clean slate to get to know the real person... and Salima was pretty fun.

Adakah aku menyesal dia kena singkir? Tidak juga... sebab I thought in terms of the competition, her time was up.

And dia tak kecik ati pun lepas kita sembang. Merasalah dia gelak tengok gambar promo IKEA, apa lagik terkejut ngan dedahan persaudaraan baju dia ngan baju Princess Leia seperti didedahkan oleh orang gila.

Apapun, you guys may have thought it wouldn't happen, well, here it is...pesanan istimewa kepada semua peminat Salima dari Salima herself.

Pada mereka yang ada masaalah kekurangan 20/20 vision, ni ucapan Salima ek.

Kepada peminat Salima di http://klubbkidd.blogdrive.com
Terima kasih kerana mengundi Salima. Kepada semua peminat, harap anda akan terus menyokong saya tau... I love you all...
Maafkanlah klubbkidd, mulut dia mmg class.jgn saman dia tau.. hahaha...... - Salima

Aiyak... merasa lah Salima melaser aku balik! Takper gurl... aku bagik ko peluang! Tapi syarat nanti ko kena belanja aku teh tarik ngan duit show pertama ek!

Anyway, moving on, abih je interview Salima, gerak dari Astro and rushed back to the office.
Call Mawi sebab nak interview... dia baru balik dari tanah perkuburan... pas doa and all. Masa tu baru sampai balik kat rumah jiran, nak prepare lak planning tuk kenduri arwah.

Apa yang dibincangkan? Erm.. korang tengok je ler front page The Malay Mail ek. Aku bukan apa, aku mintak ler semua jangan ler bawak isu tu dalam blog ni sebab aku rasa ni bukan waktunya. That's my personal opinion.

Bab keja aku takleh wat apa la kan... but my blog is my personal domain and I feel that everyone doesn't really know 100% of what happened, so we can speculate all we want... but these are real lives we're talking about.

Banyak lagik isu nak bincang (alamak... jangan sambung bukak isu Siti dan Datuk K... tu pun kalau leh kurangkan ler ek)

Abih wat story semua, rasa bosan nak mampos... lepak punya lepak da time Diari.
To be honest, hari ni punya Diari aku kurang memberi perhatian sebab masa tu ngan Farihad dan Zul tengah sok sek.

Kira ujian pertama aku, cukup tak aksi dalam Diari narik minat aku tuk stop sembang ngan kengkawan tuk pay attention to the TV.

Ternyata gagal ler sebab I found myself more interested in our conversation.

Didn't feel at all charitable masa tengok bebudak... bak kata ratu speku Star Wars, mesti bebudak anak yatim lebih teruja kalao Mawi yang muncul.

Aku tak pay attention meka wat zirafah tuh, tapi gelak kemudian dalam sembang peminat wardrobe Astro bila dia point out that ZAIrafah tu bernama Aliya MaYODA. Matilah aku gelak terguling-guling. Motif nama sesuatuh jer???!!!

The turnoff for the day was Amirul. Birthday tak birthday... budak ni has to go (mintak dia eliminate sekali ngan Haziq berambos kuar Akademi)

Time tak wat muka toya, nangis lak.

Blah blah blah... tenaga pengajar mengkritik @ memuji kerapuhan setiap pelajar. Matilah osteoperosis!!!

Fed up tul tenaga pengajar sibuk manjakan student. I blame last concert punya failure to attract because of the lack of real effort show by all the students, tapi bebudak ni riang ria McDonalds je kerana tenaga pengajar tima apa saja alasan meka tak perform up to expectations.

Pleaselah...

Waste of time. Starting to think Diari Akademi Fantasia is a waste of an hour a day....
Still, saja kena tune in kan, kalau tak, takde benda lak nak carut. (gelak jahat sambil angkat kening sebelah maintain macho)

I don't know, but I kept checking the voting update.

Tahniah ler pada Diddy sebab earlier today... eh yesterday berjaya top the charts.
Kali pertama dia nombor satu.

At 3am, results dah ubah lagi, with Faizal - 17%, Diddy - 17%, Farhan - 16%, Amirul - 15%, Lotter - 13%, Velvet - 13% and Haziq - 9%.

Aku sekarang pening. Sebab aku ngaku Diddy is not exactly the worst and thus does not deserve elimination. Farhan memang la tak deserve to go pun.

Faizal? Walaupun aku geram dia tak perform up to mark... memang dia pun patut stay la... sebab Amirul dan Lotter as well as Haziq are doing much worse.

Now... the problem is... Velvet dok atas Haziq ratu gigil sikit je.

Which means, kalau minggu ni sekali lagi posterboy Parkinsons terselamat, Velvet mungkin jadi mangsa.

Mmm... ni kena ubah strategi undian demi nak selamatkan Velvet.

My endorsement for AFUNDI skang stands at Farhan, Faizal, Velvet and Diddy. Tiga lagi, lantak ler kalao korang suka, but please oh please, vote for these four sebab they are the LEAST deserving of being eliminated.

Kalau antara tiga tuh berambus, aku leh lagik rilek... aduh...

Entahlah... pada betina-betina gersang yang ngundi... takyah ler.. korang bukan dapat merasa pung.

As for yang pakai money power, takyah ler... budak tuh takde aura cam Mawi walaupun senegeri. Perlu ke?

Hmph... ok ler. Nak meroyan pasal lagu tugasan minggu ni. This is the list for this week.

Amirul - Sedang Ingin Bercinta (Dewa)
Diddy - Airmata Kasih (R.Azmi & Kamariah Ahmad)
Faizal - Senandung Anak Laut (Kembara)
Farhan - Kopi Dangdut (Fahmi Shahab)
Haziq - Seruan (Lefthanded)
Lotter - Da'Bomb (Ruffedge)
Velvet - Run Baby Run (Sheryl Crow)
Lagu Bonus - Angguk Angguk Geleng Geleng (Ahli Fikir)
Lagu Bonus - To Sir With Love (Lulu)

Seeing Amirul screws up every song, aku pasrah jer ler antara lagu fave Dewa aku akan hancur bekecai.

Diddy's song has a fascinating fact, that lagu dia bak tuh lagu mak dia gak, according to wikipedia Dazzling Diddydan kroni.

Faizal got an easy one... which I really find disturbing. Perlu ke lgu Kembara bagik dia. Motif sangat lak selection lagu kali ni... perlu ke Kembara. Hish! Cam lah industri kita ni ketandusan lagu nak bagik....

Farhan should be fun... cause I do want to see her tested, so it's going to be nice to see how dia leh gelek ker tak.

Haziq? Aku hanya mampu tergelak je. Aku ingat blog aku dan orang gila je hamun si Haziq punya anxiety disorder ni, tapi rupanya pihak Astro pon pandai nak wat lawak ek. Ni lirik first verse lagu Seruan dari Lefthanded yang jadik tugasan dia.

Gigil menggigil aku
Ku dengar suara kebesaran
Terbangun dari tidurku
Suara azan berkumandang

Sesuai ler gigil-gigil ni Haziq kan master. Dahler, aku fed up sebab minggu ni aku menunggu dia atau Faizal mendapat lagu omputeh, tapi tak kesampaian hajat nampaknya.

Instead, Velvet yang dapat lagu English. Penting ke? Haiyo... very the makanan ruji. Cuba bagik Faizal ke Haziq... ada berani?
Lagu "cantik, menarik, tertarik..." bakal menjadi hancur thanks to Lotter and the bonus songs?

What a laugh!

Angguk-Angguk Geleng-Geleng ni... erm... huh.. I don't know lah. Tuk aku tak sesuai langsung. Nak ajar bebudak vocal ni bagi lagu menjerit meracau. As for To Sir With Love, lagu tuh lembab dan tak sesuai tol live performance.

Tatau ler Sham rearrange camna, but somehow I doubt that it'll be fantastic.

Erm... dah ler.. nak balik dulu. Ni nak kul 3.30 pagik da ni. Esok syukur aku relax sikit bab keja.
At least abih time je aku dapat jumpa 'dia' yang aku tak kesempatan walaupun berkali janji dalam seminggu ni, dan tak ketemuan even longer because the week before gi Singapore.

Esok pagi nak gi tengok preview Jatuh Cinta Lagi, filem yang dibintangi Kris Dayanti. Nanti aku letak review sini ek so korang tau besh ke tak filem ni.

Pastu ada PC lak tuk Azwan punya Cit Cat. Pastu rilek jumpa 'dia'! Aduh... bila rindu tak terubat dengan perjumpaan, tenatnya diri mengingati dan terkenang-kenang.

Tak per... esok dapat jumpa setelah kian lama melepas geram saja melalui panggilan...

Tak sabar ni nak tenung wajahnya....

By the way, remember guys, to get tomorrow's The Malay Mail ek (promo sat)

Ok ler... this is it, I really have to sleep (time camni lak terasa lapar pulak.. hish... camna lak diet aku nak jadik ni. Fail!)

Reactions:

0 comments: