Friday, June 02, 2006

Will there?

Seronoknya tengok si Faizal dan Karen having fun!

Bestnya...memang dari first day aku nak tengok bebudak pantai timur nih 'gang up'. Bukan nak mengasingkan diri meka dari orang lain...just to use the east coast flavour unique to where they come from that bear similarities.

Ari ni ada yang kena tahan dalam kelas Ajai tuk touch up their performance. Si Nora ok...tapi aku rasa soulless. Si Haziq lak sedap sora, tapi sesuai ngan sora dia, muka dia nampak tua.

Burok...teringat cara Fuad nyanyi musim dulu mesti wat muka semacam. Then si Amirul...suara so-so...tapi lawak binatang haper wat rambut pokok kelapa tuh. Aduh...Faizal not so great as I hoped for...Lotter aku rasa yang 'lain'. Kalau meka wat rearrangement lagu tuh, he could easily bring that song to life in his own way. As it is...the original sound camtuh...mmm..tak jadik ler...

Banyak persoalan timbul dalam cara program Diari Akademi Fantasia dieditkan...one of them is... how the hell do the kids have time to sleep it off in the Akademi. Erm...I'm sorry...but kalau ada masa tidur, padahal nak belajar satu lagu sendiri dan satu lagu tema plus choreography, and they don't get it perfectly...memang patut kena hamun. Hidup dalam Akademi tuh mewah...segala yang diminta dapat...tugasan sikit punya mau deliver kalao takleh...there should be a fire and brimstone hell to pay!

Ya ampun...aku tengah enjoy tengok choreography dalam kelas Linda Jasmine...ada lagik enter frame pengawas sekolah...wei tepi lah! Keja ko tuh sesuai ngan jadi amah kat Akademi tuh ler...."Velvet..sedap makan ek...sedap makan ke...kau makan banyak sangat...nanti tak muat baju wardrobe baru tau..kena diet ye...jangan makan sangat...kalau nak makan...makan sekarang..."

Apa lah si pengawas ini merepek??? Dalam sehari leh turun ke berat badan sebelum konsert?

Memandang Fazley dan Kevin dan intefere ngan tugasan orang lain...si pengawas ni pun nak sibuk tugas penasihat nutrisi lak ke?

Erm...ridiculous...tapi opening Diari kedua for today jer...terus tunjuk meka makan.
For some reason, the amount of makan punya scene punya lah banyak throughout the week.

I think it's just not funny that Velvet is almost made fun of and ridiculed secara tak langsung pasal berat badan dia. The treatment she gets, menambahkan lagik pandangan orang yang negatif terhadap yang badan montel nih.

Some people are meant to be how they are. Yes, they can improve on themselves...but don't force it in a way that could eventually be setrimental to their morale.

Weight is a sensitive issue...especially with the opposite sex...so respect lah sikit. Bodoh tul...yang production yang nak wat lawak bangap camni...they should think twice je...and be sensible.

Kelas Fazley...erm...bodohlah...kalau sebelum ni Diari Akademi Fantasia kita panggil pesta air mata, perlu ke nak force it out. Bersajak ek...siap soundtrack katanya nak dapat feel. Whatever ler...seminggu ni aku rasa Fazley dah buktikan betapa mangkuk hayunnya teknik dia...wrong qualifications for the wrong job.

"Keikhlasan kata hati yang paling sempoi???" Tu kata Fazley, the poster boy for Double A paper...erm...trying to be cool now eh...seriously...this overdramatization for most of the kids becomes a laugh altogether at the end of it. Can they get someone who knows how to relate to kids? And not act like a constipated 80 year-old to preach?

No more teknik teknik kelab PRS please!

Kenapa Astro seperti ada agenda nak promote jer si Fazley ni...no doubt personally he is an intelligent young man who is a good role model. But it doesn't mean he is any good in his role and that he is able to relate to the hopefuls walaupun dia tak jauh beza umur daripada some of them.

Scene mintak maap? Ya ampun...muka Fazley lagik. Aku rasa dalam 1/2 jam punya Diairi, close to 15 minutes footage on Fazley. Woit!!!!

Sapa yang nak di AFUNDI ni??? Bebudak tuh ke Fazley? Ke Astro tolong nak promosi ada album Fazley yang mau keluar ni???

Meletihkan ler layan bab si Fazley ni...

The final performance depan pengetua Ramli Sarip ni...aku tatau nak buat kesimpulan apa. Ada yang nampak bersedia dan ada yang tak nampak usaha langsung. The real test will be on the stage malam esok gak...whether they give in to nerves or not.

Ada ke elimination esok? I don't know. My bet? Yes, ada penyingkiran esok. Tu yang aku agak. Demi nak buat kelainan. Tapi tatau ler kan...Astro ni kalao kata nak buat kelam kabut kang dia tanak buat.

Sapa akan keluar? Right now...anyone pun mungkin. Jangan terkejut sesiapapun keluar...
Sebab pada masa sekarang...AFUNDI terlalu dekat...and sesiapapun saja mampu menjadi mangsa. Terima kasih juga ler kan kerana Astro tak nak bagi tengok peratusan undi, takut berulang sejarah kes Mawi mendahalui jauh yang pengundi pelajar lain jadi tak kuasa nak AFUNDI lagi.

In other words...suspen wat duit ler ni. Ok gak...tapi tunggu ler minggu minggu da betul-betul following dah kuat. Silaps tul.

Eh...apa tu. Diari terakhir dah abih rupanya...lor...celebration ngan makan Marrybrown? How lame...baru sebelum ni cakap pasal tuh...Kevin Zahri takde lak ke nak dok tepi cakap berapa kalori ayam-ayam goreng and how bad ker all that junk food is??!!!

Tolongler...

If there is a wish list to Astro, please ler...kurangkan ler airtime muka Fazley, Kevin and pengawas sekolah rendah tuh!

Syafizawati tu minimal sangat airtime...padahal tu yang orang nak tengok...bab vokal. Ramai lagik student tak dapat peluang tuk di focus..perlu ke nak tunjuk badut Three Stooges tuh jer?
Renung-renungkan ek...sementara AFUNDI Farhan, Faizal, Velvet, Karen dan Lotter.

Kalau ada duit lebih...jangan lupa undi Diddy gak ler (demi keharmonian keluarga).

Reactions:

0 comments: