Sunday, June 11, 2006

Terima kasih ler Astro kerana menampakkan belang dalam membuat gimik untuk membantu peserta tertentu yang menjadi kesayangan.

Contoh cam si Haziq. Seperti diagak...mereka menjemput Mawi untuk menghadiri. Is that really putting pressure on Haziq? Sama jer mamat Parkinsons (kesian lak penyakit tuh dikaitkan ngan budak ni - bukans ebaliknya) tuh. Just that dapat tempias wat lagu Mawi, dan juga deklarasi Mawi sebagai sokongan tanda senegeri... terus selamat. tak logik tol! Kalau tak memang tersepak jauh. Undi kesian ler tu... at least it was worth crying like budak pompuan sembilan tahun ilang Barbie doll.

Terima kasih ler juga kerana gimik seperti mengundang boyfriend si Karen, kerana seperti diagak munculnya aje si John tu, Karen terkeluar seperti adat bab bila tunjuk student ni awal-awal dah berpunya.

All in all, it was predictable in that sense, as after four years, there are rules within the system that dictate seseorang akan terkeluar atau tidak.

And still pihak production sanggup nak kata tak melakukan sebarang manipulasi - walhal meka tahu how the public reacts to those cheap gimmicks da.

Bab Karen keluar aku tak sedih sangat, tapi cuma geram cara terkeluar. Dahler Pantai Timur ari keja...sampai Faizal punya undian pun tak melonjat sebagaimana di agak.

Nih nak wat gimik yang akan menurunkan undian lak...erm... entahla... cuma korek Salima punya background sikit. Show her FAT pictures. Those would be nice.

Or Haziq's background... I'm sure we have juicy stuff there.

Malas nak korek ker... ataupun saja sayang nak defend.

The only consolation yesterday was watching and listening to carutan keramat dari Adlin and Bob Lokman yang pakat fire wardrobe department Astro yang hampeh dan hanya tau menggunakan kain perca dan permaidani untuk kononnya penampilan fashionable. Aku rasa nak wat posting lebih ler pasal bab tuh kang... sebab memang bertahun aku mencarut hasil kerja nenek kebayang yang menjaga department tu kat Astro. She is BLIND! In every bloody sense... take a look at ANY of the Akademi Fantasia punya series... konsert manapun...ada je disaster. Fashion kesukaan memakaikan kain perca dan juga buluan entah haper... as well as cebisan permaidani.

Malas cita lebih...on with my review.

Lotter - Ibu Kota Cinta (Def-Gab-C)
Untuk aku si Lotter ni ikut pesen binatang wardrobe Astro ni, terus rupa dia cam Joan Jett lak (serupa tak konsep pakaian sebelah tuh - mohawk jer takde), ke Britney Spears masa wat cover I Love Rock And Roll...and not like some bona fide rocker. Too feminine... and not even in a Manson or 80s glam rock fashion.

Cute and confirm lawak ler.

But somehow, entah ler wardrobe memang jadi issue, sebab terbayang Felix masa wat Hukum Karma tahun lepas (that wig still gives me nightmares!).

Secara vocal, dia average, but in true Lotter fashion he was truly entertaining.

Komen .Adlin yang paling sesuai..."awak lah Ultraman".

Bob Lokman dok promo dia yang wat lagu, and called it mengerikan. Well...different things scare different people. Men with virtually no eyebrows are scary to me.
Rating klubbkidd :

Karen - Kerna Terpaksa (Francessca Peter)
Aku dah agak mamposler minah ni the moment meka wat extended lawak tak menjadi ngan bab budu tuh, capped off by boyfriend gimmick.

Malas cita lebih pasal tu.

Aku kekadang tak senang ngan persembahan Karen hanya kerana terlebihnya stress dia kekadang and the intensity of her vibrato yang overdose kekadang and becomes simply distracting.

Jangan lupa cebisan permaidani yang digantung keliling minah ni.

Cam batu disaluti lumut yang bergerak.

Still, vocally she was still above quite a few people by standards.
Definitely patutnya not the one out... tapi tu lah akibat AFUNDI kekadang.
Rating klubbkidd :

Haziq - Kian (Mawi)
Bermula dengan persembahan yang nampak kuat, Haziq mula tersungkur masa nak masuk first chorus. That's when his pitchy started to come off bad, sampai he went horribly off key.

Aku rasa dia sorang jer yang membuat kesilapan yang terlampau obvious (walaupun Rich hancur satu lagu, si Haziq satu part tuh tergelincir gila babas punya selain dari lari sana sini yang smaller incidents)

In other words, simply terrible lah. Ingat da boleh puji wat kali pertama, tapi jelas tetap HANCUR!!!

It was a dull, boring performance... di mana bunyinya seperti dia merengek dan bukan menyanyi. The best I could say of his performance was that he would probably win at some kampung tomyam karaoke competition.

Dahler masa dia nganyi tuh suka nak wat muka yang seolah patut dihadiah penyepak. You don't have to be gorgeous, but don't scrunch your face with this look of menghadapi buasir ler... it's a turn off! Bukti? Gambar diatas antara contoh...muak dia aku rasa lagu rancak pon muka nak nangis. Dia ni kan Jabatan Bekalan Air bergerak...teringat laporan diari ari Jumaat lepas when dia meleleh nangis...hmphh...nagih simpati tul.

Suka Fran punya komen kerana nampaknya hanya dia yang berani komen the lack of versatility of Haziq.

Bob Lokman lak nampaknya samaada pekak, ataupun memang da jadi gila akibat melayan suara Haziq dengan mengatakan suara Haziq tuh 'gagah'??!!!
Ke aku yang salah dengar... maybe he meants GAGAP!
Rating klubbkidd :

Velvet - Langit Ke-7 (Sharifah Zarina)
Walaupun dianiaya pakai kain perca for a top, Velvet blew them all away with her rendition of the song. In fact, aku berani kata, walaupun ada minimal mistakes, she was way better than Sharifah Zarina herself pernah perform lagu tu.

Aku kurang senang dengan kekerapa Adlin suka emphasize on the need untuk this big theatrical presentation, and walaupun sokong Velvet, aku tak selesa komen Bob Lokman kata Velvet rupa seorang juara.

In fact, kerana komen sebegitu lah Velvet mungkin tak akan make it sebab nanti ada binatang-binatang dengki yang kata dia lak yang perasan padahal orang lain yang cakap.

Still, I'm hoping for Velvet to make it, as she is one person who undoubtedly deserves to make the final.

Kalau dia tak dapat final, memang salah satu kerugian dan kemaluan besar (orang gila mesti suka kemaluan besar kan - yang tak melibatkan Velvet la)
She is one person yang MEMERLUKAN undian, and I will add on to my list in time to come (masih sibuk AFUNDI selamatkan Farhan je)
Rating klubbkidd :

Faizal - (Semalam Yang Hangat Wings)
Aku rasa kian hari, Pejal susah nak tarik perhatian aku kerana persembahan dia.

Undoubtedly he is a lot of fun and vocally dia memang ada saingan pada mereka seperti Velvet dan Farhan kerana kualiti vokalnya... tapi risau gak dia ni jenis yang jatuh dalam perangkap seperti Haziq where he gets labeled a certain way. Setakat ni aku masih terhibur dengan persembahannya. But I see a sense of overconfidence coming... and I hope I am wrong.

Mungkin kerana keyakinan dia dok ditangga atas bersama ngan Lotter, Faizal terlalu bersahaja dan tidak nampak kesungguhan, malah persembahan dia ala kadar dan cukup makan.

Tak menyengat. Could have been a five star effort, but only three without the heart.

Tambah bosan sebab kena layan Bob punya cita promosi dia on how the song is his.
Rating klubbkidd :

Farhan - Sayang Di Sayang (Kartina Dahari)
Bukan senang untuk seseorang mengikut live accompaniement, tambah lagi pendatang baru yang hanya dua minggu dalam Akademi Fantasia.

Farhan walau bagaimanapun managed to do it well enough, walaupun lari tempo sikit je.

Sedangkan kengkawan dia yang pakai minus one lari tempo tak abih, si farhan ni kira tahap advanced da...dan dia memang saing ngan Velvet je, with Faizal following closely behind.

Feel dia memang bagus seperti biasa, malah vocal tak perlu dipertikaikan ler.

Walaupun aku suka lagu ni kerana menunjukkan kemampuan dia untuk dominate without lagu-lagu menjerit, but it just wasn't a competition song that exploited her vocal range or unique styling.

Dari segi ni, memang pilihan lagu patut lebih ler sesuai untuk menampilkan kelebihan seseorang pelajar. I mean kalao sesetengah pelajr (terutama dua aku paling meluat tuh) dapat lagu yang merupakan area kuat meka, I don't see why Farhan shouldn't have one song yang betul-betul nampakkan kekuatan dia.
Rating klubbkidd :

Diddy - Lonely No More (Rob Thomas)
Firstly aku tak paham choreography. That wasn't needed for the song that was a more edgier rock feel despite the beats.

Jadi ala N'Sync ke Backstreet Boys lak presentation dia.

He was slurring and he did not seem to be able to stress on most words, making in inaudible (tak dengo ler)

To be fair, his diction is one of the best so far dari bebudak Akademi Fantasia (teringat Felix nyanyi Smooth) so berhasil ler seminggu dia 'didera' menggunakan English untuk biasakan diri dia.

Selain daripada itu, posture dia improve, and let's all hope that dia akan perbetulkan vocal dia sikit lagi yang lari sikit sana sini.

With a little bit more effort (but jangan ler maintain intense and rehearsed sangat) Diddy I believe leh wat improvement, sebab dia antara pelajar yang kategori kerja keras gak.

Harapnya pihak fakulti tegur dia pasal 'feel' atau penjiwaan sesuatu lagu, kerana setakat ni, he's still appearing as a parrot yang belajar sebuah lagu dengan menghafal without any feel.
Rating klubbkidd :

Zila - Jika Kau Kekasih (Linda Nanuwil)
Aku tidak faham kenapa setiap kali ada lagu nak tarik, jeritan di anggap nyanyian. Sepertimana banyak kesilapan Farah dalam musim kedua, nyanyi jadi menjerit, gitu gak Zila, cuma ramai yang sangka kan tu tanda sora dia power.

She actually did improve her a lot and memang patut dipuji, but only for the first half of the song.

The second seemed to be without any dynamics, ertinya suara dia seolah mendatar tanpa banyak variasi. Again, dia kena banyak work on her vocals, tapi somehow aku rasa kalau dia dok sampai final pun buang masa je kerana dia takleh akan catch up to Faizal, Velvet and Lotter dari segi kekuatan vokal.
Rating klubbkidd :

Amirul - Fiona (4U2C)
Again, seperti diagak, konon nya kejutan disediakan. Mulanya ngan AC, untuk Astro tanpa segan silu membuang masa kita tuk promo program AC di mana lagi kalau bukan Astro, AC DiSini (patutnya Di Sini...jarakkan ok!)

The song was vocally unchallenging and was a no-brainer. No substance, and all that basically described Amirul's performance too.

Tak ada keunikan, tak ada kekuatan... harapkan comel je. Masaalahnya, tu yang mendatangkan undi...

Orang gila layan nostalgia sat... aku lak at this point merembes melihat seseorang I just spotted... dah lama ada crush kat dia... sempat bagi nombor pas abih show... not hoping for a call though.
Rating klubbkidd :

Salima - Kush Yon Aur Gham (Udit Narayan & Anuradha Paudwal)
Tak abih feeling nak start dari tengah pentas... tetap end pun nak ikut pose Mawi ketika Pupus kat stage center.

Dengan pakai belt ala Heavyweight Champion of the World WWF (gambar diatas altered ek.. yang dia pakai pun ala-ala camtuh tapi kicik sikit jer), Salima was boring and menyakitkan telinga ngan megilai dia.

Tak ada emosi, muka je kerut lebih, toya gila... manakala stage presence setakat meliputi membersihkan kawasan pentas ngan menyapu pakai kain dia yang sebenarnya hasil langsir kat Astro.

Again...zero versatility, no hope nak bak irama lain.
She should just go to and not waste everyone's time. Waheeda dan Bienda bukan je berbakat, tapi at least cantik sekali.

Ni has none of the above with kegedikan tahap maksima.
Rating klubbkidd :

Rich - Dendang Remaja (A.Romzi)
WORST vocals of the night! Hampeh!

Patutnya mamat ni keluar...he was simply all over the place.
Main gitar tak hebat... nari berterabur... nyanyi lagik bersepah!
None of the gimmicks had any effect and pas kena tegur shjow cam sial leh wat muka toya.

Patutnya Rich tersingkir.

Rich is better than this, tapi unless he learns he's no rock star, dan kurangkan berangan dia mempunyai dua album, I seriously think he's out next. After all, kalau ikutkan, sepatutnya dia yang keluar konsert kedua ni, finishing only second from bottom, ngan beza undian sikit sangat.

He has to realise this is a pop competition, and not something like Blast Off! dimana kriteria pencarian adalah lain.

In other words, he has to brush up as a pop performer and not the bona fide rockstar he still thinks he is.

Rich is very talented, but until dia dapat sedar ada perubahan yang perlu pada sikap dan pendekatannya terhadap penyertaannya dalam Akademi Fantasia... he's just taking up space which would have been better occupied by someone else.
Rating klubbkidd :

Dah.. pening aku nak pikirkanlayan result kali ni. Yang pentingnya, aku da mula nampak ada pattern dalam undian dan aku pasti, kalau ini berterusan, yang patut tersingkir akan keluar juga.

Malas panjangkan komen... jijik tul mereka yang AFUNDI show binatang mengakibatkan yang patut dok lama sikit terkeluar.

Ok guys... ciao... aku nak sambung keja... balik and then, seperti biasa, esok, tau kan ada apa? Kita akan dapat pesanan istimewa dari Karen. So kalao ada yang meminati Karen atau ingin tahu apa pesanan dari Karen, check back here petang sikit on Monday.

Ini kedudukan undian sebelum dan selepas konsert.

Just a little bit of news, my uncle ninggal petang semalam because of heart attack... and my mom kesedihan sebab kehilangan jer brother, so aku akan off dari kerja selama dua hari. Walauapapun, aku tetap akan update, so jangan risau.

Review pilihan kali ni :
(akan diupdatekan kalau terjumpa review yang power cili padi)
mentallydisturbed
mY kopitiam
badrulaftersix
maddox24

Reactions:

0 comments: