Thursday, May 11, 2006

Jangan pandang ku sebelah mata...

Berkumandang lagu Anita Sarawak lak bila baca paper ari ni. Yes, I had time to read the paper, cause at nearing midnight, I'm still stuck to my freaking desk nak abihkan keja kejo deadline.

Yeah well, I'm almost done, and the next couple of days are going to be pretty much time off for me so tak apa la.

Back to cita sebelah mata ni....pada meka ler yang tak ikut berita, ni petikan daripada beberapa suratkhabar leading up to the events.

I think this is pretty much the perception a lot of people have about government servants, especially those int he position of power.

Enjoy the quotes from the articles and try and work out the timeline in your mind and see for yourself whether it makes sense. Kelakar gila aku baca...some people must really think the general public is so dumb that a twist of words can be easily bought for a genuine explaination.

Tolong ler....

Keep and open mind and read these excerpts and see what you make of it all.

The Director- General of the Customs and Excise Department was the subject of criticism by a Member of Parliament in the Dewan Rakyat yesterday.
"He is fond of taking the media along on his visits and behaves more like a politician than a civil servant," Datuk Mohd Said Yusof (BN-Jasin) said during the debate on the Supplementary Supply Bill.
(New Straits Times - 3/5/06)

Datuk Mohd Said Yusof (BN-Jasin) semalam mempertikaikan kaedah digunakan Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM), melaksanakan tugasnya yang disifatkannya lebih cenderung sebagai ahli politik berbanding penjawat awam.
(Berita Harian - 3/5/06)

The Member of Parliament for Jasin, Datuk Mohd Said Yusof, has admitted that he asked the Customs and Excise Department to close an eye over a case involving the import of sawn timber. He said he was the person mentioned in yesterday's front page report in the New Straits Times.
"I am the one in the story. I went to the Customs office after I got a complaint from an entrepreneur from the Sungai Rambai port. The port is in my constituency," he said.
"I went there to ask the Customs officials to be lenient. They did their job in seizing the sawn timber but I went there to seek their help in getting the sawn timber released.
"I asked for the agent to be compounded and the timber released," he said calmly in the lobby.
Mohd Said admitted he asked the department to "close one eye" (tutup sebelah mata) and to let the consignment through after issuing a compound.
"The Customs Department was right in holding back the consignment. I only asked for the compound to be issued and the consignment to be released. Mohd Said said he did not have an interest in the company of the agent who brought in the timber.
"Everybody knows I am a forwarding agent and an MP. I have operated an agency since 1990 and have an interest in the port. "But I have no stake in the consignment which was brought in or the company which brought it in," he declared.
(New Straits Times - 5/5/06)

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohamad Said Yusof yang paling lantang mengecam Kastam Diraja Malaysia (KDRM) pada persidangan Dewan Rakyat Selasa lalu, mengakui beliau wakil rakyat yang disebut dalam laporan akhbar semalam berhubung kes rampasan kayu bergergaji di Melaka, baru-baru ini. Bagaimanapun, beliau menafikan sekeras-sekerasnya 'mengganggu' KDRM dengan meminta pertimbangan bagi 'menyelesaikan' kes rampasan kayu bergergaji itu.
Katanya, beliau juga menyokong KDRM yang mengenakan kompaun terhadap ejen berkenaan dan menafikan mempunyai sebarang kepentingan berhubung hal itu.
(Harian Metro - 5/5/06)

Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof (gambar) mengaku menemui pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Melaka bagi mendapatkan penjelasan berhubung kes rampasan kayu bergergaji yang dibawa dari Indonesia, baru-baru ini.
Mohd Said juga mengakui menerajui sebuah syarikat pengangkutan sejak 1990, tetapi menafikan mempunyai kepentingan dengan usahawan berkenaan. Beliau bagaimanapun enggan membuat spekulasi sama ada sumber laporan itu sengaja mendedahkan kes berkenaan kepada media sebagai tindakan balas berikutan kritikannya terhadap Ketua Pengarah KDRM, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid.
(Berita Harian - 5/5/06)

PUTRAJAYA: The Malacca MP who admitted asking the Customs Department to close one eye over a case involving the import of sawn timber has challenged that he be investigated.
Declaring his innocence, Datuk Mohd Said Yusof, the Jasin MP, said: "Investigate me, by all means."
Yesterday, Mohd Said confirmed he met Malacca Customs director Md Hashim M. Pardi and prevention chief Rumainor Sarif to discuss the seizure.
However, he argued that he was not abusing his power but only doing his bit as an MP "for a Bumiputera company in trouble".
"I asked them to issue a compound and not seize the whole consignment ... at least the company would only lose about RM500 in compound payment."
(New Straits Times - 6/5/06)

PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof, berkata beliau lebih rela disiasat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung tindakannya yang dikatakan mengganggu tugas Kastam Diraja Malaysia (KDRM).
"Sila siasat saya. Saya lebih rela disiasat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen daripada disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan polis," katanya. Beliau berkata, tindakannya bukan penyalahgunaan kuasa, sebaliknya hanya melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat untuk membantu syarikat Bumiputera yang menghadapi masalah.
"Saya hanya minta KDRM mengenakan kompaun dan bukan merampas kayu bergergaji itu kerana jumlah kompaun adalah rendah iaitu RM500 berbanding kerugian yang terpaksa ditanggung jika kayu dirampas," katanya ketika dihubungi, semalam.
(Berita Harian - 6/5/06)

PUTRAJAYA: Cara terbaik untuk menangani tuduhan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof yang dikatakan `mengganggu' tugas Kastam Diraja Malaysia (KDRM) ialah dengan merujuk kepada polis atau Badan Pencegah Rasuah (BPR). Ini disebabkan tuduhan itu berlaku di luar Dewan Rakyat, bukannya dalam Parlimen, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.
Nazri berkata, adalah satu kebiasaan bagi Ahli Parlimen membantu pengundi di kawasan mereka dengan merayu kepada mana-mana jabatan kerajaan bagi pihak pengundi.
"Jika kita tak boleh tolong mereka, tak guna jadi Ahli Parlimen. Terpulang kepada pegawai kerajaan untuk menerima rayuan kita atau tidak. Sebelum ini, banyak permintaan kita yang ditolak. "Cakap-cakap mengenai Ahli Parlimen menggunakan kuasa mereka untuk menekan pegawai kerajaan hanya tuduhan semata-mata," katanya yang juga Ahli Parlimen Padang Rengas. Nazri berkata, tindakan Mohd Said merayu KDRM bagi pihak orang lain adalah `perkara biasa' kepada seorang Ahli Parlimen.
(Berita Minggu 7/5/06)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof akan membuat penjelasan berhubung dakwaan beliau 'mengganggu' tugas Kastam Diraja Malaysia (KDRM), di Dewan Rakyat, hari ini. Katanya, beliau akan membuat penjelasan mengenai kejadian itu bagi membersihkan namanya dengan menceritakan perkara sebenar.
(Berita Harian 8/5/06)

PUTRAJAYA: There's something peculiar in the name of the company on whose behalf Jasin MP Datuk Mohd Said bin Yusof interceded with the Customs Department. He had asked them to "close one eye" on the illegal import of sawn timber by a company named "Binyu Sof Enterprise".
In operation since 1990, the Malacca-based company this year alone breached the law 14 times by bringing in sawn timber exceeding the 60-square-inch cross-section area limit permitted by the Malaysian Timber Council.
Mohd Said in recent days has reiterated that he had only intervened in his capacity as an MP and that he was "helping a Bumiputera company in trouble".
He said he appealed to Customs to compound the agent and not seize the consignment. A senior Customs officer said yesterday that while it was the duty of an MP to help the rakyat, "it was not proper for them to help smugglers".

KEKECOHAN di Parlimen minggu lalu berhubung tindakan Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof yang dikatakan meminta Kastam Diraja Malaysia (KDRM) 'tutup sebelah mata' dalam menjalankan tugas mereka menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kuasa pentadbiran dan eksekutif. Walaupun, Mohd Said berkata, tindakannya untuk membantu seorang usahawan Bumiputera dan bukannya cubaan mengganggu atau campur tangan kuasa pentadbiran KDRM, ia boleh disalahertikan, malah boleh dilihat sebagai satu cubaan meletakkan tekanan kepada pegawai kerajaan supaya akur dengan permintaan mereka.
(Harian Metro - 10/5/06)

PUTRAJAYA: Syarikat yang terbabit dalam isu import kayu bergergaji haram dari Indonesia, sudah 14 kali membawa masuk balak dengan ukur lilit lebih 60 inci tahun ini, saiz larangan yang ditetapkan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB). Binyu Sof Enterprise, yang berpangkalan di Melaka, dikenal pasti sebagai firma yang mana Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof meminta kerjasama Kastam Diraja Malaysia (KDRM) 'menutup sebelah mata' terhadap pengimportan haram itu.
(Berita Harian - 10/5/06)

MALACCA: Details of Jasin MP Datuk Mohd Said Yusof's interests in Binyu Sof Enterprise were obtained through a check with the Companies Commission of Malaysia. The company is a sole proprietorship registered under Mohd Said bin Yusof (IC: 530424045447), with a house address at 676-A, Batu 2 1/2, Padang Temu, 75050 Malacca. A further check with the Malacca Government 2006 official diary, which lists the names, designations, addresses and contact numbers of all elected representatives and government offices, found that Jasin MP Mohd Said lives at the same address.
(New Straits Times - 11/5/06)

KUALA LUMPUR: It's no coincidence - Binyu Sof Enterprise is indeed a company owned by Jasin MP Datuk Mohd Said Yusof. In an open admission at a Press conference in the lobby of Parliament yesterday, the Malacca politician said he was the sole proprietor of the company which transported a consignment of imported logs seized by Customs last month.
He had earlier admitted he was the one who went to the Malacca Customs office to ask officers to "close one eye" over the seized timber.
"I am the sole proprietor. It is my forwarding company. I have, from the start, declared my interest in this company. I have never hidden my interest," he said, although he maintained that the consignment of logs seized was not his. "I have no interest in the logs or the companies which brought them into the country. Binyu Sof only acted as a forwarding agent."
(New Straits Times - 11/5/06)

"Saya sudah berjumpa, berbincang dan meminta maaf kepada Perdana Menteri jika saya bersalah dengan perkara itu selepas memberi taklimat kepada semua pemimpin Umno bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), malam tadi (kelmarin).
"Saya tahu saya tidak bersalah dan kalau bersalah sekalipun, saya tidak berasa tercabar. Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd Said Yusof mengaku beliaulah pemilik Binyu Sof Enterprise, ejen perkapalan dan penghantaran import kayu bergergaji dari Indonesia, yang dirampas Kastam Diraja Malaysia (KDRM) baru-baru ini. Katanya, Binyu Sof Enterprise ialah syarikat miliknya yang terbabit sebagai ejen perkapalan dan penghantaran bagi import kayu bergergaji di pelabuhan tukar barang Sungai Rambai dan Kuala Linggi, Melaka. Beliau bagaimanapun, memberitahu sidang media di lobi Parlimen semalam, kayu yang diimport itu bukan milik Binyu Sof Enterprise kerana syarikatnya hanya menjadi ejen bagi urusan berkenaan.
(Berita Harian - 11/5/06)

It's just ridiculous the spin some people will put on all sorts of matters in the papers. For the common folk, nak paham apa yang berlaku ni, cam nak ikut telenovela. I mean...get real!!!

Someone do something already about people who are supposed to serve the public but are more inspired for business dealings than anything else.

At the end of all of this, isn't this an episode yang familiar? Like the Whitney song goes...same script different cast!

Reactions:

0 comments: