Thursday, April 20, 2006

Fiesta Media Idola - Day 1

This is where the backdated entry starts getting bloody messy. Malam sebelum, lepas show Ning tuh, aku tak tidur. Balik je rumah, on the way singgah kat Shah Alam minum ngan member nak layan sat to pass some time. Dah memang set, not enough time to really sleep. Plus aku ni tidur, memang dead to the world punya. So tak berani take the risk.

Sampai rumah pun about three hours later at about 4.30am, start packing ler untuk wardrobe ke Kuantan tuk Fiesta Media Idola. Otak kata pack light...sebab mesti panas kan...

Dah abih pack, aku tukau pakai shorts and t-shirt jer pas mandi, and immediately set out on my journey to Kuala Lumpur.

Supposed to meet team Astro kat tempat meka. But sebab Vernon sibuk nak tumpang naik sekereta bersama Yanie, tak jadik.

Tu pun dia last minute request. Last-last, aku da gerak, dia kata dia drive lak, so aku volunteer ler jempur Yanie.

After picking up Yanie kat Bangsar, kami pun gerak ler ke Astro.

Sampai da about 7am. Not too late sebab meka janji nak jumpa at 6.30am, lepas by 7.30am, so we're kinda like just nice. Lagikpun bukan kami nak naik bus yang da booking. We were just going to convoy ngan meka cause we didn't really know the way...

Sebut bab bas ni, Astro memang all out nampaknya nak make an impression. Siap tiga bas double decker meka sewa bak semua tenaga kerja dan selebriti meka tuk Fiesta Media Idola ni.

Over tau....

Tapi yang besh sekali tengok ler gelagat ramai bebudak ni yang sah bukan morning people (I should be one to talk...)

Si Yazer dalam ngantuk pun dia leh layan je gitar kapok sapa entah. Zahid entertain ler sekali join forces.

Yang beshnya Alam and Yasmin Hani pot pet non stop...aduh...how do they actually feel alive. Tak henti meka sembang...erm. Kalau nak tau pasal Yasmin Hani ni, tengok ler pics ni. Amboi...perli ek Alam. Rupanya Yasmin Hani bak bantal busuk ok!

Tapi bantal busuk bukan sebarangan bantal busuk...bantal busuk pun rupa vogue ok!
Ok fine...maybe it was my mistake to stay up late...but tengok tokei funfair. Tidur cukup pun cranky je.

Vernon sampai slightly later, and Ning and Nikki in a while (a long while later)

Semua jumped on the bus with their belongings and we were off!!!

Ni pic contingent from Astro for Fiesta Media Idola. Smart aja semua...

By the way, yang chatting kat @15 Astro pun, kalau kenal nama moderators yang bertugas, hah...ada yang ikut sekali. Kenal nick Qenari (aku bagik ko popular sat Em)? Dia masuk blog aku gak rupanya...setan....entah mana dapat URL blog aku...pepandai je ko masuk aku tak jemput (gurau jer Em!!!)

Anyway, kami pun berlepas, aku sorang in my car, abang Badrul and Jolyn in his, and Vernon and Yanie in another car.

Lost some time sebab si Vernon slow motion last minute nak check keta dan pelbagai lagik kerenah, and got caught in the early morning Friday crawl. Sekali masuk highway jer, tekan da.

On the way, Kudsia join sekali in her 4WD, and then tiba-tiba lak muncul si Zahid naik Skyline dia ditemani Epul. Aiyak....makan hati.

We managed to catch up to the first bus....and then the second...and then the third.
Pastu aku pecut shortly after that, sebab seriously, I needed a toilet break. Nak meletup dah pundi!!!

Si Zahid lak tarik keta ingat aku nak race...setan! Macam ler Wira standard aku nak lawan ngan Skyline ko. Binatang...(gelak teringat nak buang air punya pasal tekan sana sini).

Manage to stop and take a leak. I was four minuted in total doing that. In which time, sebab memasing jalan about an average of 120 km/j, semua da pintas aku. So tekan sampai aku terkejar mereka balik. Pastu yang sakit hati tu, tiba tiba tokei funfair lak nak berhenti tuk toilet break.

Setan...masa aku nak gi semua tanak henti. Mentang-mentang ler jadik captain of the convoy. We took a slight break sebelum our four cars gerak balik.

Kat sana, kami serempak ngan ada team dari KRU yang juga berhenti. Mmmm... tak kenal...so tak layan. Ni pic abang Badrul layan sembang ngan Zahid. Tu in the pic, keta putih tu (diblocking ala gerhana tuh, is Zahid's baby, his Skyline)

Next stop : exit tol Gambang. Yes...say it right. GAMBANG! Hish...jangan salah sebut...bahaya.
Sampai sana je nampak ada outriders dua orang tengah baru escort another contingent. Kami sepatutnya tunggu meka kembali nak jemput kita lak.

Tengok-tengok team The Star (star ke?) dua bas pun da sampai. Shortly after, Astro punya three buses pun reached. Lepak time and photography session!



Back on the go. Tunggu outriders takleh harap...kami pun jalan. Nak sampai tu, tiba-tiba convoy berhenti lagi. Rupanya outriders nak gak jalan ngan kita...binatang...so kena tunggu lah lagi.

Tunggu punya lama, with the drizzle and all, sampai aku tertidur dalam keta.

Terkejut bila kereta belakang honked away...dah gerak rupanya. Akibat tertidur...anyway last last gerak without them ler rupanya sebab idiots tuh tak muncul.

It was on to the stadium for luncheon with the rest of the contingents. It was fun cause bila kontinjen dari TV3 sampai, ramai member lama rupanya part of it, termasuk bekas skandal orang gila (ko jangan hengat dia tak walk with the stars...siap sleep with the stars - mati la aku di carut sebab statement berani!!!)

Masa lunch tak larat makan sebab the heat was horrible...memang panas gila babas.

Mesra sana sini ala GRO sat, then cadang nak gerak hotel. Part ni dilema sikit.

Awalnya da diberitahu aku duk kat Citiview, then masa sampai Kuantan, dapat ler berita aku staying at Shazan Inn.

Yang pentingnya, aku tatau jalan ke sana, and no one I knew staying there. Cam $%^&!!! Semua dok MS Garden ler...Hyatt ler...Vistana ler...

Pepandai ler carik jalan...rupanya, semua hotel pun area sama je, each not far from each other. Kuantan kecik jerk...cuma jalan banyak one way yang mengelirukan.

Found my way ke hotel, lagik satu problem menunggu. Turns out, nama aku takde dalam senarai lak! Damn...

Tenuk sekoq ni, yang patut arrangekan benda ni buang masa aku je. Last-last dapat nombor Datuk Akhbar dari secretariat untuk Fiesta Media Idola. Dia bagitau tempat aku memang kat Citiview. Aiyo....Mix up katanya. Datuk Akhbar baik giler...told me don't worry, letak je phone, terus call Shahzan Inn.

Mampos ler manager kerek yang turn me away sebelom ni cam aku pendatang haram, kata nama aku takde list, letak je phone, call, "Excuse me, sir....your room is ready."

Amik ko! Kerek sangat....ko hengat ko chantek??? Takyah per per...sambut kunci terus leh masuk bilik. masuk bilik je aku crash! KO terus. Cadang nak keluar sat, tapi tak sedar sampai da gelap kat luar. Terjaga je mandi kelam kabut.

Dah siap ter'blur' sat sebab I just realised I didn't know where the opening of Fiesta Media Idola was going to be.

Drove to MS Garden mana most of the main contingents staying, tapi segan lak tompang ngan meka. Tengah blur nak mampos tu ada orang panggil nama aku.

Rupanya si Web (tu nama manja dia, nama sebenar Syed) manager Erra Fazira. Tengok dia dalam keta, so aku tanya ngan sapa. Rupanya ngan manager si Hans Isaac nak gi stadium, dia pon ok jer offer aku tompang skali, so senang ler aku takyah drive.

Sampai aje kami kat stadium, turns out the whole area surrounding the stadium termasuk stadium tu sekali, BLACKOUT!!!

Matilah camna nak wat event live nak launching Fiesta Media idola??? Takper...Tengku Muda ada...sat agik ada ler letrik. Ihik...

Kami beli barang makan dan minum, dan spend about 15 minutes nak carik jalan masuk ke stadium. Orang tak tahan pun aku masuk sampai padang...akibat rambut piercing dan tattoo kot. Nampak je confirm bukan orang Kuantan. (dari planet mana pon tatau)

Sempat lawat kawan-kawan yang mengambil bahagian dalam semua kontinjen...nak mention panjang lebar lak. Tapi satu ler...aku salute kontinjen yang amik bahagian semua bab march past meka wat tuh. Sebab meka dok belakang tunggu berejam tu, panas nak mampos. Camna laa artis bermake up ni.Make up bukan je pecah minyak...aku rasa dah cair!

Lepak back in front dekat grandstand area, tapi on the track, alternating between there and VIP stand usha the whole proceedings.

Meriah memang meriah ler...tapi terasa malas sangat nak amik pics sangat.

Aku excited terover sebab ada Rossa (yang comel dan juga baik gila) dan juga Melly (tak nampak lagik masa time ni)

So after a lengthy but not too boring launch, it was time for the whole entertainment thingie to start.

Ramai ler perform. Takyah ler aku bagik review kan sebab memasing dapat tengok TV (kecuali kalau tak mampu pakai Astro seperti ada sorang member ni cakap).

The shows were all kinda cool, but I think that it was rather silly they didn't have a mini stage to work their performances on sebab kicik lor on that vast field.

Tenggelam bila wat show sampai cover by going to the kids and pretending to hand them the mic to sing. Siap cover ngan minum and all. Sedih aku...tapi dia fun, bubbly personality sangat...tak apalah...dimaafkan. (biassss!!!!) Layan CD dia jer bila balik kang...tapi crowd pun bosan sikit.

Masa time lagu Pudar tu takde yang party langsung. Orang Kuantan ni cam malas jer nak party....aku dok head banging (sebab segan joget depan orang) because the song really is so happy and bubbly...like Rossa.

Dok lepak, ngumpat sana sini...sambil makan apa bekalan yang dibawa, tengok ler list sapa on next.

Finally Rossa standby, eh...comel!!!
Dahler masih ingat aku. Baik gila minah ni. Sayang jer dia nyanyi cam tak sampai, kesemputan teramat masa show. Siap amik snappy dia ngan Ning together.

Aiyo...tu Melly Goeslow...my God! The last time aku jumpa Melly was during a certain music event yang aku takkan sebut nama masa 2001. Skang da cam belon!!! Kembang semacam...rupa da makcik sangat. Erm...sah tak jaga body ni!

Still, she sang good!

Abih event pun dah lepas tengah malam. Tumpang ngan kontinjen Astro ke MS Garden, amik keta terus balik Shahzan Inn. Sampai bilik jer, Nila call aku. Dia ngan Reza semua tengah melantak kat coffee house. Aku pun join ler.

Order fish and chips punya lambat sampai....sampai ada penunggu Kuantan pun sempat join us bila muncul suddenly.

Last last semua da abih makan, aku punya jugak tak sampai!!!

Hantar kat bilik jer. Cadang ngan perayap ni nak jalan-jalan tapi dedua KO!!! hampeh!!!

Reactions:

0 comments: