Friday, April 28, 2006

AIMLESS!!!

Ini luahan hati aku yang lama terbuku dan tersimpan berbulan.

Please take a read, and understand what is going wrong with our industry. There is nothing wrong with asking questions, and these are the questions I asked about industri muzik kami...apa yang tak kena....kenapa pelbagai kontroversi melanda kali ini.

This is one posting where I won't even bother to come up with any stupid jokes sebab perkara ini aku anggap serious. Renungkanlah...so educate yourself, and don't let the fatcat industry lie to you and tell you what's best.

As consumers...as listeners and fans of local music, you tell them what's going wrong.

These are MY observations....agree or disagree...whatever response you feel is appropriate to you, that's your choice...

12 QUESTIONS FOR AIM 13

1) Kenapa industri tidak peka kepada perubahan? Tambah lagi perubahan yang sudahpun menolong untuk menghidupkan kembali industri muzik yang kian nazak! Jikalau kategori-kategori boleh dimansuhkan (contoh Kategori Etnik Pop tahun ini) ataupun ditambahkan (Kategori Best Hard Rock Album) ikut sesuka hati, kenapa tidak kategori seperti Best Mini Album ataupun Best EP.

This issue dah lama, dan bukan sebab Mawi baru orang nak kecoh. Waheeda tiga tahun lalu telah membuka laluan untuk debat ini dengan mini album Wassini apabila jualan album tu mencatat penjualan 35,000 tapi tidak layak untuk dicalonkan.

Untuk makluman semua, album-album mini yang mempunyai lagu lagu terbitan Maestro Records merangkumi sejumlah 40% dari jumlah penjualan album Melayu tempatan untuk tahun 2005. Kalau dari awal 2005 sehingga sekarang, angka itu telah berlipat ganda dengan penjualan album-album Mawi anmd the total percentage now stands at a staggering estimate of 90% of the total volume of sale of the Malay music industry!Popularity dan kredibiliti memang topik lain...tapi kalau sesuatu itu memberikan nafas kepada industri muzik, kena lah ada rasionalnya juga

2) Kenapa masih tidak ada garis panduan yang lebih jelas isu dan soal album 'live'? Kenapa album-album seperti ini dipertandingkan? Adakah ia sihat untuk industri muzik bila karya seni diulangi dalam bentuk 'live' untuk dipertandingkan tahun seterusnya setelah bahan asal telah pun dinobatkan dalam bentuk album asal?

3) Bagaimana pula dengan album-album yang merupakan cover album atau berbentuk tribute yang menyampaikan lagu-lagu lama? Adakah patut atau tidak diterima sebagai 'karya asal' dengan diberikan penghormatan?

4) Kenapa kah kesibukan nak banggakan Made In Malaysia tak termasuk bakat-bakat ataupun artis-artis? Ahli Fiqir, Zoul dan juga Anita Sarawak bukan warganegara Malaysia! Kalau ikutkan...mereka patutnya dianggap tidak layan sama sekali bertanding. Contoh Ahli Fiqir sudahpun cukup. Wajar ke pemenang Best Singapore Album dan Best Singapore Artiste dicalonkan sebagai Artis Baru Terbaik industri muzik Malaysia?

Kalau nak open up competition untuk persaingan sihat, kenapa sekadar membuka pada pasaran Singapura dan bukan juga Indonesia? Atau negara-negara lain serantau? Baik masukkan sekali produk Barat kalau betul nak uji kehebatan.

The hipocrisy of the industry is RIDICULOUS kerana dalam keinginan nak 'memperhebatkan saingan', mereka membelakangkan bakat tempatan! Kenapa syarat-syarat tersebut tak dilonggarkan pada tenaga produksi seperti penulis lirik dan penulis lagu? Masih ingat lagu Siti Nurhaliza Bukan Cinta Biasa? That didn't qualify because it was written by an Indonesian. Isu Singaporeans ni memang da lama....sejak zaman M.Nasir (yang kini tidak tergolong lagi dalam the non Malaysians list) dan Ramli Sarip. Tetapi sejarah hubungan Malaysia-Singapure terpaksa dilupakan demi masa depan.

Kalau industri filem Melayu bertapak kat Studio Jalan Ampas...and Singapore was the base, sekarang kami bukan lagi sebahagian semua itu and have cut the umbilical cord that binds us. Kenapa industri muzik Melayu Singapura seakan mengemis dengan kita untuk menempah nama?

Alasan pihak berkuasa industri muzik tempatan? That these artistes are directly signed to a local label. Tapi bukankah itu putting the recording companies at the forefront? And not the artistes? Sekali lagi terbukti bakat bakat tempatan diketepikan! Jangan terkejut, EMI mempunyai dua artis bukan Malaysia in its stable. The Australian boyband North, dan juga Filipino artiste Jericho Rosales. Ni ertinya tahun depan, mereka memang layak dianggap artis Malaysia! Bagaimana kalau ada syarikat rakaman yang mampu sign on Mariah Carey? Terus layak bertanding untuk AIM!

Jangan lagi sebut isu album Indonesia diberi penghormatan kategori sendiri...kononnya atas alasan membuka pintu artis Malaysia ke sana. Industri Indonesia menobatkan album terbaik Malaysia? Siapa lagi mereka kenal selepas Siti Nurhaliza? Selepas bertahun kami 'membuka pintu', pintu apakah yang terbuka untuk kami?

5) Kenapa ada syarat-syarat yang seolah dilonggarkan bagi artis tertentu. Contohnya, tahun ini , Jaclyn Victor layak untuk Artis Baru Terbaik. Syarat dan peraturan jelas menyatakan untuk kategori ini, album yang dipertandingkan haruslah album PERTAMA seseorang artis itu, and we all know Gemilang adalah album kedua Jac selepas Dream yang di rakan before di bertanding di Malaysian Idol. Jadi kalau diikutkan peraturan, dia memang tak layak...tetapi Akademi membuat pengecualian. Kenapa?
Ikutkan khabar album Another Dimension Anita Sarawak was released selepas tarikh kelayakan untuk AIM. Walaupun penafian telah diberikan, tetapi mana hitam putih untuk menyatakannya?

6) Wujudkah kepentingan peribadi? Tanpa mendalami isu-isu yang lebih mendalam pun, jelas ada sesuatu yang perlu diperbetulkan dengan apa yang berlaku di AIM 13. Dalam senarai pencalonan untuk Best Hard Rock Album (suatu kategori yang di perjuangkan Akademi) album May - Live at Planet 05 turut tercalon. The producer? Selain Boon Tan...Rosmin Hashim, the boss of Nova Music dan juga chairman of the organising committee of AIM!

7)Kenapa ada artis yang seolah diketengahkan sementara ada yang dipulaukan? Kalau dulu syarat artis nak membuat persembahan, kena ada pengalaman, kini protege Boon Tan, Ridzuan yang berumur 16 tahun tesenarai. Bukan mempersoalkan bakatnya, tapi kenapa mendapat 'preferential treatment' sedangkan ramai lagi artis yang lebih berwibawa tidak dijemput. Adakah disebabkan faktor 6) diatas?

Tahun ini, Akademi menetapkan hanya finalists are allowed to perform. Kalau begitu, memang betul Ridzuan layak. Tetapi mana Marsha, Felix, Amylea dan Premelodic yang turut tersenarai sebagai finalists of that category? Dan kenapa perlu syarat itu tahun ini? Tahun lepas ketika persembahan medley yang melibatkan Zahid dan Farah, Jac dan Dina turut diundang walaupun Jac dan Dina tidak mempunyai album apatah lagi tercalon untuk mana-mana kategori? By the way, Ridzuan pun tidak mempunyai album. Adakah ini promosi terancang?

8) Senarai asal mereka yang membuat persembahan serta menjadi penyampai anugerah juga tidak munasabah. Zero star quality with the exception of three or four names. Selepas ditegur, walaupun meleting, dengar khabar nama besar seperti Siti dan Sheila diserap dan termasuk dalam senarai. Perubahan besar mengambil tempat. Tak percaya? Cari balik suratkhabar yang mengumumkan senarai-senarai itu an bandingkan pada malam AIM nanti. Kenapa perlu ramai yang melenting sebelum sedar?

9) Ke manakah hilang nama-nama lain? Percayakah anda untuk Persembahan Vokal Terbaik Wanita dalam Album, Dina tersenarai bersama Siti, Anita, Adibah dan Jac? Keempat mereka memang layak...but Dina? Berpuluh lagi nama yang lebih layak, dengar khabar sampai juri pun terkejut dengan pengumuman top five. Mana hilangnya Syarifah Zarina...Sarah Raisuddin...Dayang Nurfaizah...Nikki yang boleh menang berdasarkan juri TIGA negara!

Adakah betul Dina lebih hebat dan lebih berpotensi? Nak katakan untuk kelayakan dalam Artis Baru Terbaik pun boleh dipersoalkan, apa lagi main category such as this. Mana Vince dalam kategori lelaki? Mus dari May tercalon dalam Vokal Terbaik Lelaki dalam Album? Shazzy too is missing from the list. Makes you wonder.

How about Best Engineered Album yang menitikberatkan kualiti rakaman. Bagaimana album Gemilang boleh layak sedangkan album itulah paling dikritik sebagai album yang dirakam secara kelam kabut! Telinga biasa pun dapat bezakan the inferior recording standards, apa lagi yang profesional!

10) Apakah sebab sebalik 9)? Juri? Tidak juga. AIM patut ketengahkan more transperency dalam judging process. Untuk pengetahuan semua, the final judging hanya carries weight of 70%. Aku terlibat sebagai juri pada peringkat ini.

Apa kami tentukan bukan 100%! Dan kerap kali, apabila keputusan sudah dibuat, banyak perubahan drastik berlaku. Bagaimana. Itulah Misteri Nusantara sebenarnya! 30% lagi datang dari 'ahli Akademi' yang termasuk pekerja syarikat rakaman. Simply put, this means that kerani kat pejabat syarikat rakaman, or the office boy pun layak mengundi! Orang-orang yang tidak berpengetahuan dalam bidang ini. Bukankah ini bermaksud, syarikat rakaman yang paling ramai pekerja akan sapu?

Bukan kah ini bermaksud lebih baik membenarkan sahaja juri awam kalau sampai tahap seperti ini? It's the same thing!

11) Siapa yang memilih anggota juri?!! Words of the wise - whoever picks the jury, picks the winners. Siapa yang tugaskan setiap anggota juri dalam kategori (jawapan dia memang aku pun tahu siapa) yang menentukan juga siapa menang. Jadi kenapa proses ini tidak lebih tulus?

12) Pelbagai kritikan dilemparkan dan AIM dikritik oleh akhbar tempatan yang mengupas segala kontroversi. Antaranya Kosmo!, Utusan, Berita Harian, Harian Metro dan juga The Malay Mail.

Yang menghairankan, sejurus sahaja keluar artikel, pihak RIM dan Akademi telah membuat bantahan disusuli dengan A BAN on akhbar The Malay Mail. Kenapa?

Kerana itu satu satunya publication in English yang berani bersuara? Takut kalau suratkhabar berbahasa Malaysia nanti AIM kena boikot?

Sejak bila pula ada yang pandai 'ban' kan media yang melaporkan yang benar? Perdana Menteri sendiri tak pernah...mana taknya industri muzik kita ni dianggap sombong, angkuh dan elitist?

Kerajaan tidak pernah pun melafazkan keperluan walau sekalipun untuk tindakan sebegitu! This comes after statement dari Aziz Bakar mengatakan yang boikot AIM ni ada niat negatif, dan Jenniffer Thompson dari Akademi yang mengatakan mereka bersimpati atas artis yang dihalang hadir oleh syarikat rakaman.

Pelik pula mereka yang rajin nak ban orang... Dalam soal ini, aku bercadang tiada keperluan membuat liputan (senang kerja aku) tapi aku sebagai anggota juri yang bukan kali pertama berkhidmat dan entitled to jury invitation, telah ditolak atas alasan aku juga di halang dari menghadiri acara itu.

Setelah sepuluh tahun aku menghadiri AIM, ini kali pertama aku takkan hadir. That doesn't make me sad. Apa yang menyedihkan aku, dalam 13 tahun sejarah, tak pernah ada 'ban' atas media.

Apa sudah jadi? Takut sangat ke kuasa kuasa dan nama nama besar industri muzik Melayu?

Where is press freedom? Has Malaysian music become a communist state of affairs? Why is the ban not in black and white, and not communicated when requested? Kenapa menjadi pengecut dan tidak berani umumkan?

As Sharifah Amani said, the people have spoken. And I'm sure....soon, the people will speak. The Malaysian music industry is dying, and while many are trying to save it, ada pihak yang terlalu menjaga kepentingan peribadi yang akan memastikan industri kami akan lemas and drown in their selfishness.

To summarise it....AIM is going to stand for An Impossible Mission, which is what it is to save the Malaysian music industry!

No matter how you do it...be heard today! Make a difference and save our industry!
Don't be afraid...educate yourself so you can ask questions of relevance.

CLICK HERE for a collection of articles on AIM 13.

Also from sultanmuzaffar, CLICK HERE, HERE and HERE for more opinions.

Reactions:

0 comments: