Monday, September 12, 2005

Predictability!

Mari kita start posting ni ngan cerita yang published in Harian Metro. Baca dulu ek, baru aku bagi soalan cepumas tuk minggu ni.

Cerita Artis Kita: Pelajar AF3 usung perempuan

HAI, apa nak jadi dengan pelajar AF3 sorang ni, baru nak popular dah buat perangai. CAK difahamkan, pelajar itu besar kepala dan tidak tahu menghormati orang tua. Nak kata terkena kejutan budaya, mustahil sebab sebelum ini dia terdedah dengan hiburan dan kehidupan serba moden.

Berbanding rakannya yang lain, artis ini jarang menerima undangan menjayakan persembahan sampaikan satu hari dia menawarkan diri menyampaikan lagu secara percuma. Tak apalah, mungkin dah kemaruk sangat.

Yang tak sedapnya, lepas habis persembahan terus minta token, sedangkan sebelum itu dia menawarkan diri tanpa mengenakan bayaran.

Kisah sikap buruk artis muda ini tidak berakhir di situ saja, CAK difahamkan, dia juga kaki perempuan.

Sanggup menengking dan menghina orang lain asalkan dapat menikmati layanan istimewa daripada perempuan yang berkepit dengannya
.

Khabarnya ketika menonton persembahan senior AF, dia berkepit dengan seorang gadis yang lagaknya persis bohsia.

Selepas menonton beberapa persembahan, artis ini tanpa segan silu meminta kebenaran pegawai perhubungan awam (PRO) supaya meminjamkannya bilik hotel dengan alasan ingin menghabiskan masa bersama temannya sementara menunggu persembahan tamat.

Macam-macam ragam artis baru sekarang, itulah bahananya kalau popular dalam sekelip mata.
Bukan CAK prejudis, tetapi itulah realiti senario industri hiburan tempatan kebelakangan ini.

CAK harap sesiapa yang terasa dengan teguran CAK cepat-cepat berubah jika ingin bertahan lama dalam industri.

Jangan ingat dengan bergelar artis anda bebas melakukan apa saja, silap hari bulan karier yang baru hendak bernyawa berkubur tanpa nesan.


Now it's time nak play... Roda Impian!!! (for those who don't know - that's the Malaysian version of Wheel Of Fortune)

So with ecstatic yells of, "Wang besar!!! Wang besar!!!" (tolong ler direct translation - geli aku!)...we embark to find out siapakah pelajar dikatakan...da banyak paper dan majalah keji pelbagai cita pasai budak ni dalam line-line benda ni.

Aku pun tau pasai benda dalam Harian Metro ni pas bebudak kat tagboard bagitau (tima kasih atas keperihatinan anda)

So mari kita masuk pusingan bonus - apa? Empat abjad je namanya? Mari kita tengok abjad apa yang ada dengan empat konsonan R, S, T, L (sumpah I only knew that word existed in Bahasa Melayu pas Roda Impian-so the direct punya translation!)...dan satu vowel iaitu E!!!

Apa dia...??? Tak ada? Oooo...cuba teka abjad-abjad pilihan anda ...tengok kena tak?

So...pada yang nak tanya aku pasai kenapa aku blacklist sorang budak ni (antara dua), ni antara sebabnya....and that's not even going into detail. Part yang italic tu - renungkan je...

Masih minat? Ko punya hal ler...kubor memasing...


So anyway ni cita malam tadi. Was online on Yahoo! Messenger sembang updates ngan Sultan Muzaffar, when dia kata nak tengok Malaysian Idol.

Aku dok tergelak mula-mula ingat dia wat lawak...but it turns out dia serious lak (boleh?!)

So alang-alang memang aku da rancang tanak keluar malam ni, aku pun flip on 8tv tengok ler.

Now, the introductory reason, why I personally find Malaysian Idol distasteful.

Dahler musim lepas memang aku rasa geli teramats from every angle dari production ke pemilihan bakat - but lantak ler...their show, they can do what they want with it. Kalau orang tanak dengar komen peminat dan pengikut program...wat per kan nak bising lebih-lebih.

Program tak popular...orang tak tengok, masaalah meka gak kan...

So this season, seriously, aku hanya sempat tengok cam 20 minutes of one of the workshop je.

Last Friday punya show sempat tengok last five minutes.

But here's the joke - my evaluation ler of them. Selama ni dok comparison ler antara Akademi Fantasia dan Malaysian Idol oleh orang sebalik tabir dan peminat Idol ni dok keji Akademi sebab katakan takde kredibiliti laa..kampung laa...so industri muzik Melayu laa...takder pembaharuan laa..

Tolong ler...

Tengok kali ni....

Who do we have in top 4. Let me recall.

First - we have Faizull. Mamat sangkak mana entah (get your teeth fixed, dude kalau feeling nak jadik star) meka kutip nak cukupkan quota tuk the Malay audience kononnya. Aiyo. Tau ler 8tv ni feeling urban...but they really have no clue to what the mass market wants kan. Orang da maju dah lah wei....10 tahun lepas ader ler harapan mamat ni. Melalak tak abih...sakit bijik aku tengok dia nyanyi - tu pun kena off volume halfway.

The we have Nita. Entah kenapa teringat member lak...si Rozie Astro bila tengok si Nita ni. Ni kes minah yang feeling urbanised, nyanyi decent, tapi tetap karaoke singer je. But aku actually suka bab dia wat Hand In My Pocket...tapi that's the best ke Idol leh offer? Not even close to Amylea or Marsha!

Then we move on to Daniel. Ok. Kalau last year, the Chinese guys in Idol, the pastor's son yang kayu, dan mamat hairdresser rambut cam berus jamban tu...were in because of the predominantly Chinese viewership (and I bet voting power) behind Idol...Daniel ni kira deserving ler sikit. His vocal range is kinda impressive, but dangerously bordering on the weeny.

Sora yang jenis tak jantan...ala sedut helium sikit. Think Air Supply or Ferhad. Feel? Jangan tanya...

Then finally...the saviour of the show. Yang orang dok canang best sangat. Si Farah. Ok..among the worst, she's the best! Sebab dia package lengkap...but Idol? Not even close. Sedih sangat tengok performance ala kadar.

I seriously think kan...franchise Idol ni leh bungkus je la.

At the end of the day, dok kompang kat semua orang you're the best pun tak guna. People have to acknowledge you're the best...you don't tell people you are it. Du-uh!

And kalau dok tayang dua stesen pree, siap promo abis-abisan kat channels sana sini...camtuh gak....tetap Mawi gak front page semua akhbar masa menang...perlu ke ada musim ketiga pasni?

It's done nothing for the music industry...and entahlah...but I think it's just a desperate attempt of people who talk about achieving a balance in commercial appeal and credibility - and have no clue how to go about it.

But to each their own...my comments for someone else is wrong...so pepandai ler cerminkan diri ler.

The fact remains - at the end of the day. In Malaysia - Akademi Fantasia kicks ass over Malaysian idol.

Fact - Akademi Fantasi Indosiar whoops it up to Indonesian Idol!

In South East Asia, the following for it has been fantastic - ngan Academy Fantasia Thailand pun doing extremely well. And the Idol series? Struck all time low in this region.

Setakat Singapore paling biggest hype (but let's not even go into that).

Yang kelakar, malam tadi punya results show - siap leh wat rayuan undi agik! Keji...!!! Tak laku sangat ke wat camtu!

Dedahkan bottom two..pastu mintak orang undi agik cepat-cepat sebelum tutup undian! Aiyo! Desperado ke Malaysian Idol ni???

Tak penah aku tengok Aznil kata dua tercorot tu sapa pastu - mintak orang ngundi dua terbawah secepat mungkin..."cepat sebab kami nak tup undian da ni!!!"

Sedih!!!!

Tak suspen langsung. Masa dok tarik si Faizull dan Nita ketepi aku nak gelak. Kononnya laa ada harapan meka top two. Humph!

So predictable!

And then yang bestnya, dok merayu undi pun - takde hasil. Duaekor tu still bottom two. Pecah perot aku gelak! Ada orang kah tonton ni??? Ke semua malas layan taktik undi simpati!

Ok ler...this is my first and last comment on Malaysian Idol (thankfully for all of us kan)

At least one thing good about Malaysian Idol kan...at least malam ni aku leh tidur. Very good for insomnia!

If I don't get nightmares dreaming about the damn show ler...(masih dreaming pasal mamat yang kat The Apprentice dok nyanyi..."I want to beeeeeee...the apprentiiiiiiiiiiiceeee!")

Reactions:

0 comments: