Wednesday, September 28, 2005

AF and more AF...

So I'm left behind in blogging. Time to catch up!

Bukan apa, but malas continue lak lepas balik Brunei. Still...I know I have to...or I'll never get around to doing it if I procrastinate.

Picking up where I left off last, so on the first night kat Brunei, tak buat apa-apa.

DAY 1
Letih teramat sampai hotel jer dari airport (ni nampak poster show kat sana smangat ler sikit-tengok pic). Check-in jer, call bilik bebudak, disambut oleh Felix. Rupanya, meka ada rehearsal kat Amphitheatre malam tu.

Check in je kat LR Asma hotel tu, menerima kejutan pertama. Fans ramai berkeliaran kat area lobby. Ada yang dok sana (like I said in my earlier posting, hotel tu siap ada pakej penginapan AF - B$250 for five days four nights) dan ada yang saja berkampung sana. Kita ada jumpa peminat Mawi yang rumah seminit dua jer jalan seberang jalan dari hotel, tapi sanggup abihkan duit dok sana semata-mata nak tengok Mawi tetiap ari (peminat ni siap sanggup nak tolong jual CD Mawi kat lobi hotel...cayalah!)

Kejutan kedua tengok Sham Kamikaze kena serbu. Huh! Power gak Sham orang leh naik gila dok kerumun dia!

Kejutan ketiga, Freddie Fernandez yang saing ngan kita dari KLIA pun kena kerumun!

Kejutan keempat...ada akak sorang ni tetiba mai kat aku nak amik pic aku, mintak pose. Ingat kengkawan bloggers ker haper...dia kata saja suka tengok gaya ganas (amik Pil Poh Chai sebab sakit perut akibat gelak lebih)

Couldn't take anymore surprises, but got another when I went up to the fifth floor (I was staying on the fourth) to their (bebudak punya) rooms. Terkejut beruk gaks tengok fifth floor tu, kat lift lobby and the other end of the hallway ada 'post jaga' gitu.

And behind these counters as well as scattered throughout the rest of the fifth floor, where only bebudak Akademi Fantasia and production as well as organisers menetap, were over 30 muscle-bound members of the security team.

Semua jeling je bila aku melangkah keluar lif. Tapi aku rasa skali pandang pun meka tau aku pun dari KL so meka pun tak soal.


Hung out awhile - before the kids nak start gerak ke venue tuk latihan.

Aku pun lepak ler ngan meka sat, cause the whole set, Mawi & Co turun skali. Sembang ngan Mawi sat (sempat dia bagik pose maut - macho tak?), and when they went down, lepak pulak ngan dua orang abang bodyguard yang stationed kat tingkat lima punya lobby.

Rupanya kerja security ni bukan day job meka. Apart from their own individual jobs and businesses (loaded gak), mereka (abang Aliff dan Boy) ni competitive bodybuilders (makan ati LeeZ), sama macam most of the others on duty.

Aku penah dengar kat Brunei ni ada (tak silap aku) Harun Gym or something, and it turns out they're active at pumping iron there. Oooh! And the rest of the 30 something odd bodybuilders yang double up as security team bebudak pun skali rupanya...

By the end of the stay in Brunei...ramai da baik ngan aku (best lak sebelom balik semua nak bergambar skalik) - my favourites being firstly abang Bobby (ada Klang connection tu), Awang (cam pelakon Senario dia ni asik buat lawak) dan si Ali (pretty boy tapi rugged). Ni pics meka... from left to right ikut nama...





Ok...moving on. Lepas sesi suaikenal ngan security (mesra maa!) turun ke bawah tuk dinner bersama member Press lain skali ngan organiser, Pengiran tuh.

Tengah layan makan sempat sok sek ngan Pengiran pasai show, response and all. Kesian gak dia phone tak abih bunyi...sampai kita da abih makan dia belum pun start.

After dinner, Norizan dari Astro, kak Akma, Sarimah, Wanda, Julia dan aku (ada sorang agik budak baru tuk Media Hiburan tapi tak ingat nama) join Haji J (bukan nama sebenar) tuk pusing Brunei at night. Entah apa tujuannya...aku ikut je...

Tertidur keletihan kat dalam van masa playing tourist tu.
Sedar-sedar saja, rupanya mereka stop dekat entah masjid ni...cantik! Cam Disneyland lak rasanya!

In the end aku bosan sangat - nak layan Sarimah rajin photography jer (asik nak amik pic sana sini- jangan marah nok!) sampai aku ngan Wanda ingatkan dia - "Wei...lupa lak asal ada masjid tu ek...bukan tuk fotografi, tapi tuk semayang laa wei!".

After that tu, we dropped by the JPCC Amphitheatre nak tengok rehearsal bebudak. Ramai rupanya kat luar kawasan tu dok nak ngintai camna rehearsal.

Ayah Mawi pun ada skali...

Ada problems sikit ler ngan their performance, something just didn't click, but didn't stay too long to watch.

Lepas a short while tu, we made our way back to the hotel. Ingat bebudak da balik, rupanya belum. So tengok-tengok, fans, seperti masa kita sampai, da penuhkan lobby hotel LR Asma.

Decided to go into the cafe again. Uiks...ada joget lambak siot! Kalau masa kita dinner tadi, mereka stakat berkaraoke (siap introduce kami dari Mesia agik beb!), it turns out things get wilder later in the night. Well...as wild as Brunei can get, anyway

Buntu sat nak wat apa, so lepak lobby agik. This time met some blog followers - peminat Mawi.

Rupanya ada yang memang pernah ikut blog aku tapi tak cam melalui pics - dan ada yang bertanyakan mana Juan dan kenapa dia tak ikut. Jadik PA blog Juan ler rupanya...

Finally got word that the kids pegi Istana...and meka scheduled balik 3am. So headed to some friend's room and partied out gelak jer. Kawan-kawan Brunei....gelak je cita bawak dari KL.

Some of friends they knew and/or heard about.

Anyways, much later went down again...abang-abang bouncer semua tengah main pool so lepak ngan meka. Then kebetulan, just a few minutes later, shortly at about 3.30am...bebudak sampai.

Kita tau pun dari kecoh riuh rendah peminat yang menyerbu. Sanggup tul meka tunggu...sampai tidur dalam lobi!!!

Uwaaa...ada bak habuan balik (no komen lebih pasai benda tu)

Spent the next four hours hanging out ngan beberapa budak security dan girlfriend one of the guys berceloteh nak blaja bahasa Brunei (kena gelak adalah).

Ngantuk campur lapar menyerang...made my way back to my room.

DAY 2
Dikejutkan abang Zahrin - our company photographer yang dok sebilik ngan aku. Kita bersiap and then turun tuk breakfast.

Lepas makan - sempat tengok havoc satu round bila peminat again (camna meka tau aa time bebudak ni nak gerak - ker stalking luck jer? - malu bloggers terlampau sorang ni banding ngan how these kids operate)

Dari bebudak kecik sampai makcik semua naik hysteria. Tapi ari ni jelas sikit, most of gthe excitement is for Mawi. This is followed by the Borneo side students cam Marsha, Felix, Yazer, Ekin, Reza dan Amy. Akma pun rupanya popular leh tahan kat Brunei! Hah! Camna ni? This probably gives new meaning to the term Pengantin Popular ler kang...(ampun Felix!)

So we boarded our transport and headed for the next event.

Destination : Kompleks Bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Mission : Mawi, on behalf of Akademi Fantasia and Maestro to present a cheque for B$3,000 to the Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Fund for orphans.

Kat luar kompleks - ya ampun...dah beratus kumpul at the entrance yang ala ala pintu masuk ke Pertama Complex tu. Masuk je entrance to go into the building, terima a huge shock!!!

Rupanya dalam kompleks tu lagik penuh dari kat luar tu, packed with people waiting for the kids to arrive. Pintu kaca ditutup, and people were pressing again gthe barricades of several security guards yang bertugas dari kompleks tu.

Tergamam sat melihat.

Aku ditarik oleh sapa tak ingat...rupanya we're only takings the elevator to the upper floors, di mana the event would be held.

Sampai atas....huh...pendek kata, official event tu, jadi ala ala VIP meet the fans session lak. Masa video presentation pun ad bebudak kena approach for autographs dan tuk amik gambar.

Best couple for the day - Yazer dan Ekin. Sebab dok lepak makan wat tatau jer with their surroundings. Heh! Besh... besh...

Ada benda kelakar lak jadi. Masa opening speech, Mawi direfer as Yang Mulia Awang Asmawi Ani.

Tergelak sat.

Yerlaa..even though that's quite a standard Brunei address, tapi kita ni orang semenanjung mana biasa...sampai Studio 1 smalam, ada bebudak yang masih refer to each other as Yang Mulia...heh!Juga sempat jumpa kembar Akma!!!

Cuma bezanya konsep bertudung!

Ada peminat Brunei ni - kira muka ada ler clone sikit ler...cuma dagu pendek dan erm...sikit agik lain ler. Tapi sampai Felix pun terkejut tu!

After that event was the worst situation though I've been in through AF III.

Turun je lif, masa in the glass enclosed lift lobby, we were horrified to find that the crowd had totally engulfed the outside of the building.

Yang 10 seconds walk to the bus pun leh jadi minutes of horror.

So satu-satu bebudak diescort. Each time pintu bukak tuk bodyguards bak them out - rasanya cam campak anak kambing dalam kandang singa gitu! The crowd was ferocious!!!

Mawi aku tengok horror gila ngan reception tuk meka, I suppose he thought he'd seen the worst of it.

Jimmy Shanley pun ada, so interview kami beramai-ramai dalam lobi akuarium tu sambil peminat hentak-hentak dinding dan pintu kaca nak dapatkan perhatian Mawi.

Aiyo..suspen takut pecah je kaca tu!

Dalam suspen...dan bosan...menunggu sorang-sorang dibawak keluar (safer ler kiranya)...siap kami wat personal sesi fotografi tuk habiskan masa...sempat gak aku amik pic ngan Mawi. Mula-mula malas sebab dia sibuk sangat...alang-alang sorang-sorang da bosan...main ler amik pics manjang jer....

Bila turn Mawi nak keluar, dia siap baca doa dulu sebelum take his first step out.

Nasib baik ler nothing happened!

But it was several minutes of terror before we got to that point. Aku perasan abang Wan dari Maestro yang jalan depan Mawi pun muka panic. Mana taknya...abang bodybuilder yang bak Mawi skali pun leh tombang!

They packed on the bus to go for a Censorship Board meeting (tuk review pakaian dan steps for their dance tuk show malam tu - dengar baju semua lepas, seburuk-buruk wardrobe Astro tu! manakala step ada yang bab angkat-angkat dimodified).

Nak gelak gak tengok bas kena serbu ngan peminat...but I guess it was funnier to see a whole bunch of people running after the bus bawah panas terik matahari - termasuk makcik-mackik bertudung!!!

I mean...thumbs up for the fan bit - but isn't that going a bit too far?
Aku tak bayangkan kalau tiba-tiba bas tu brajke emergency kerana apa-apa. harus ler ramai yang terciom bontot bas tinggalkan kenangan lip imprint gitu.

I made my way up in the Kompleks skali ngan member-member tuk send article news skali ngan update my blog yang last posting tu.

Nak gi Kampung Air masa tu, tapi ujan, so makan dekat jambatan punya area tu je.

Went back to the hotel - tidur sat.

Then got up and prepared nak gi venue.

Nak kata full house tak gak, tapi si organiser, Pengiran tu later bagitau sebab ada tiket sponsor da beli tapi jemputan meka tak mai lak...

Oooh...gitu.

Tapi benda tu tak kisah sangat ler...yang satu benda aku rasa nak naik hangin satu badan...ni...aku gi ngan Julia beli air dan burger semua. Ni gambar burger aku beli tuk B$2 (lebih kurang RM5).

Hampeh sangat! Dahler takder rasa....leper cam kena dok anak gajah! Da menyerupai pancake dah! Sebab hungry cause I missed having dinner having gotten up late, terpaksa ler make do.

Back to the show, the order of performance for the night kicked off with a group song in Bermula Di Sini. Then it was Let's Get Loud (Ekin), Dedebu Cinta (Elliza), Cahaya (Akma), Cinta DiAkhir Garisan (awek-awek AF3), Are You Ready For Love? (Yazer), Puteri (Fuad), Alah Emak Kahwinkan Aku (Reza), Raikan Cinta (medley jantan lak), Curiga (Idayu), Berhenti Berharap (Kefli), Fallin' (Amy), Senyum Ragamu (Aidil), Dua Insan Bercinta (Amylea), Manusia (Marsha), Berjuta Batu (Felix), Gadis Melayu dan Aduh Saliha (Mawi), Grease medley - Summer Dream dan You're The One That I Want (kesemua pelajar) serta closing Menuju Puncak.

Balik hotel...dah lewat sebab ada press conference skali with media dari Brunei. Mawi bagik Marsha ada keldai sekoq (tengok dalam pic aku dan Marsha) Baik gak si Mawi ni jadi abang pada baby sister aku ni.

Letih. Tambah agik layan gossip ngan si Jimmy (rahsiamu dalam peganganku! gelak jahat sat) Sempat mandi then lepak je kat lobi lak ngan member Brunei.

Stayed in the lobby area to gossip, sempat serempak ngan bebudak keletihan baru sampai balik. They had gone to another Istana again immediately after the second show and baru sampai...kesian lak meka.

Pastu naik atas say goodbye pada kawan-kawan security sana. Tengah round of goodbyes, tengok Marsha keluar bilik lak.

Rupanya nak makan obat, amik air kat dispenser. Lepak ngan Marsha sat. Tengah dok sembang, dia sibuk belek-belek ubatan yang ada diberikan doktor yang dibawa khas ke venue sebab ramai bebudak kurang sihat (dengar Ekin siap pengsan dalam bilik).

Tiba-tiba kami tergelak sebab tengok on one of the medicine packages, ada lak tertulis kat tempat Patient Name tu...Marsha (Underneath Pokok Kelapak)

Rupanya doktor pun peminat!

Said goodnight...letih bangat! Tukar nombor dan ngan abang-abang bodyguard kerana meka cadang nak mai KL soon, say night and bye to all the kids.

Naik bilik...lights out terus...literally.

Mana taknya...masuk bilik pasang lampu...letup lak litar. Fuse terus semua lampu bilik kecuali lampu bilik air dan entrance.

Went to sleep.

DAY 3
Sempat one more round of goodbyes. A lot of business cards, numbers and emails exchanged.

Tima kasih Haji J!!! And sorang agik abang yang jadik driver kami sepanjang stay sana. Tima kasih Pengiran yang sentiasa busy...akak yang blanja breakfast kat airport, dan of course abang-abang security ler. And tak lupa kawan-kawan baru kat Brunei dari geng online! Hope to see you guys in KL!

Masa kat lift lobby, turun skali ngan kuarga Fantasia. Sempat paksa Akma dan Felix yang dok mengelak bergambar bersama sepanjang kat Brunei tuk special shot tuk aku - dedicated from me to Jiwang United! Hah! Aku tau korang suka tengok meka berdua! Amik ko!!!

Sampai airport, tengok ayah Mawi ikut.

Rupanya, pakcik Ani head home dulu. Kata pakcik dia stay KL sehari tunggu si Mawi balik KL jumpa sat, sebelum balik Johor sebelum si Mawi wat rakaman Studio 1.

Letih teramat letih bila sampai KLIA. Head home...KO....entah ngapa rasa lethargic. Patutnya ada barbeque ZA8FC, tapi mesej Zahid bagitau tak sempat gi. Rupanya dia tak pass the mesaage (sorry Aida and gang!)

BACK IN KL
Esoknya, on Sunday, bangun lambat. Laze around jer ler...sampai petang, then gi Astro tuk Mawi punya rakaman Studio 1.

Set dia in order was Nour El Ain, Beautiful Maria, Jangan Pisahkan (duet ngan Ning Baizura), Kekasih Awal dan Akhir, Oh Fatimah, Pupus (with Yazer), Aisyah (with Yasin), Rindu Pada (aku rasa ler ni tajuk lagu sebab aku kuar isap rokok - tapi ngan Yasin gak), Aduh Saliha, and then finale ngan Bob dan dua orang agik (sorang budak Nowseeheart) lagu Raihan -err...yang selawat tu.

Letih!

Again balik KO...kerja seharian esoknya...petang lak jemput si Juan tuk skali join Sultan Muzaffar dan elkepitan kat Astro tuk Dari Studio 1 AF3.

Song list malam smalam was - You To Me Are Everything (Aidil & Kefli), Doa Buat Kekasih ( Ekin & Yazer), Ku Berserah (Amylea), Persamaan (Akma & Reza), Something Stupid (Elliza & Fuad), Untuk Terakhir Kali (Marsha), Hati Yang Terluka (Felix), When You Believe (Amy & Idayu) , Aduh Saliha (Mawi) dan You're The One That I Want dan Menuju Puncak featuring all of them ala Brunei punya show.

I have two things to say.

One is that Ning looked absolutely fabulous!!!

Lum lagik how she sounded with Mawi. Rugi sapa takder kat studio masa rakaman. Tunggu ler korang sampai Astro Ria tayangkan (masa Raya kot)

Second thing I have to sayis hwo cute Felix looked that night...rambut pesen lain. Akma looked good too...so I decided to take BOTH their pics. tapi separately ler...meka ni pandai da lari-lari.



Uiks! Panjangnya post kali ni...ok ler. Malas nak lengthy sangat....ciao ler guys.

Seb baik bab launching Adam punya website dan album aku tak amik pics...kalao tak entah panjang mana agik.

By the way, ni pic Marsha MMS aku dari phone dia...cantik tak?
Dari sesi photography dia ni...

Sorry ler if the pic if a little too small but that's the actual size yang si Marsha MMS aku...so kalao nak yang besar sikit kena mintak Marsha sendiri ler.

Tapi bagus gak...besar-besar pun pic tu, berejam ler korang tunggu bukak ler blog aku ni yang posting ni saja da tunggu sampai cipan bertelur nak bukak! So sorry...

For those yang nak tengok pics - untuk perhatian ye...all my pics will be uploaded into [klubbkidd's rave] - The fotopages! soon. Kalau sempat by tomorrow ok...bukan apa...tapi pas type banyak sangat - dan nak upload and link tu ni...letih siot! One last pic I can post here is, of mereka yang hadir bersama ngan saya ketika Dari Studio 1 Akademi Fantasia III on Monday, which is Juan, Sultan Muzaffar dan elkapitan... (kepitan aku curik pic ni dari blog ko!)

Ala...geng bloggers seperti biasa. Cuma sayang Badrul tak sempat mai. Takper...kang kita wat gathering geng-geng kita gak....Ta!

Kenapa setiap kali amik pic si Juan mesti sebelah kapitan? Dan kenapa setiap kali mesti sentap jer si SM punya muka? Skema laa!!! (mati lah aku kena hamun sekoq-sekoq pasni)



By the way, ni cover VCD karaoke si budak botak yang aku kata akan release esok (Khamis)

Reactions:

0 comments: