Wednesday, August 10, 2005

Mawi menitis air mata?

Mmm.. kalau baca topik ni cam tak caya kan?

Tapi tu hakikatnya. Siang tadi, mula-mula aku panas bad mood sebab memacam tak kena ngan interview dan photography session tuk keempat finalist.

Tapi masa first interview - ngan Mawi - sebak lak tengok dia nangis meraung nasib dia.

Sebab dok kena eksploitasi ngan memacam barangan di hasilkan pakai nama dia...sebab memacam fitnah ditabur kat kuarga dia...takyah lah aku nak in depth.

But the bottomline is...keji ler keja ko kalau ko jenis orang yang nak cetak baju, topi dan sebagainya merchandise nak cari makan pakai nama orang tu...sama gak kalau ko jenis bangsa nabur fitnah pasai kuarga budak tu....

Pepandai ler pikir sendiri ler...kang orang kata aku ni jadik pro-Mawi lak. Apapun, aku salute sebab Mawi masih ingat diri dia. Lagipun, aku dan Juan Danza ler yang rapat ngan dia dan Marsha masa meka terkeluar Konsert Prelude dulu...me more to Marsha....

Tapi time tu orang tak pandang pun...sapa Mawi...sapa Marsha...cepatnya hati orang berubah ngan jadiknya popular. It's amazing how fame and fortune can change things...





Anyway....had a good photo shoot gak in the sense that dapat lepak meka berempat sat. Sebab rindu ngan meka nya pasal.

Ni some pics from the photo shoot....sorry terpaksa limited sebab malas sebenarnya nak amik bebanyak.





Dan ni ada pic ngarut sikit time Mawi dan Felix tengah tukar baju. Saja nak sakat Felix aku amik pic ni bagi dia panic. They were in between changing for a different wardrobe shoot. Amik ko!



Moving on...sebab letak pics ala ala naya Felix...ni nak tambah sikit gambar-gambar dia. Jangan marah, Felix. Kalau sebelum ni pics Mawi lak banyak, ni giliran Felix lak.

Esok lusa, giliran Amylea dan Marsha lak...leh?





Anyway nak recap sikit...semalam sebenarnya tak ada masa posting sebab gi MidValley sekali ngan member bloggers Juan Danza dan Sultan Muzaffar. Sampai sana lak terserempak Rosman Positivo dan kengkawan dia yang tak aku kenal.

Mula-mula gi sana sebab ada meet the fans session tuk Dian Sastrowardoyo dan Rizky Hanggono.

Aku gi pun sebab lama tak jumpa Dian...last met her was a couple of years ago when she was down here with Nicholas Saputra. Sebab suka prangai dia easy going and all - saja nak jumpa...jadi racun ler Juan nak ikut.

Last-last jumpa SM in MidValley and we bought tickets ler. To cut a long story short, interview dia and all (and dia tetap kata dia ingat aku - cam yer je walaupun tak jumpa dua tahun or so).
After that we settled for the butt-numbing two hours plus of Ungu Violet. Kesimpulannya? Quite a good premise for the movie. Sayang....editing and screenplay self-indulgent sikit lacking in any storytelling skills. So jadi lengthy and a little boring ler.

But apapun, it was still a pretty good movie. Dapat ler reach for those Premiers in one or two scenes walaupun cliche.

Ni ada pics sikit ngan Dian dan Rizky. Coutesy of Juan, surf over to Ungu/Violet punya official movie website. Still...gimme Eiffel! I'm In Love! anyday....

The official website shot of Ungu/Violet



With Dian and Rizky - and then with Dian alone.



Dian dan Rizky masa meet and greet



And last call, sorry ler pada meka yang tunggu aku nak wat review Sunday Nite Live Zahid and Friends last Sunday tu. Bukan apa tapi malas ler nak panjang-panjang review dalam kesibukan teramat ni.

Lagipun, memang teramat kecewa ngan showcase yang bagaikan promosi album lak. Mana tak nya. Dari 17 lagu yang dibawa malam tu, at least half a dozen pakai minus one. Adus...tak penah tengok live set camtuh.

Tapi memang performance Zahid ok ler. Farah menjerit sana sini, Adam looked out of place, while Nana looked comfortable.

Still - it was not much to shout about dan cuma dua tiga lagu je smangat orang nak tepuk and such.

Rasanya, ramai malam tu yang kunjung pun peminat Akademi Fantasia.

So...kalau sesapa nak give it a go, be sure it's going to be a fun event this 21hb sebab rasanya bebudak Akademi Fantasia III akan turun memeriahkan sekali malam tu...but takder confirmation ler.

How good it's going to be if left to be seen.

Ok ler...I'll leave you with pics of the cast of Zahid & Friends malam tu. Nak gi tidur. Tak sihat...jerebu teruk sangat. Mata aku asik berair, and my nose is running. Hatre this weather.

Esok dahler full day nak submit dua story then ada PC and then belah malam nak ke era.fm lagik. Adus...

Anyway ingat ek...remember... keep voting for my blog dan lebih citer dan gambar narik by clicking VOTE!!!





*Expect radio.blog to be updated 12am kang ngan pesanan khas para finalist Akademi Fantasia III pada pengunjung blog ni.

By the way...ni masa jalan-jalan kat MidValley ngan Juan Danza dan Sultan Muzaffar sambil nunggu movie start - terjumpa lak klon meka. Comel sangat aku nak sangat amik pic meka berdua tengah beriadah.

Jangan marah guys...you're practically green with envy!

Juan Danza dan Sultan Muzaffar?


Reactions:

0 comments: