Friday, August 12, 2005

It's getting worse. The haze and my health...



Kenal tak siapa duta topeng yang jadi trend skang to protect yourself from the haze? Tak? Read on to find out...jangan terkejut.

Anyway...yesterday was so horrible sebab my health semakin teruk. Demam...selsema...you name it, I have it. Mata bengkak abih sambil berair tak sudah sambil running nose. And lots more...

So anyway finished my work - tension sikit sebab had to give the Anugerah ERA punya PC a miss sebab banyak sangat keja tertangguh plus keja last minute diassignkan. Upset sikit sebab family Akademi Fantasia ada menghadiri termasuk Mawi, Amylea, Felix dan Aidil.

Anyways, met Juan Danza later and gi Astro sekali. Tunggu gak Sultan Muzaffar yang diajak skali tapi dia tak call lak. Anyway sampai Astro terus gi x-fresh.fm sebab nak layan interview kak Julia dan Adi bersama cast of Gol & Gincu.

Masa lalu nak ke studio, passing era.fm punya studio, who should we see (dah tau sebenarnya meka ada kat sana) but Marsha dan Mawi, ditemankan abang Aman yang hadir tuk sesi interview live on air with Farah Fauzana.

Setakat lambai je nak ke studio x-fresh.fm sebab tanak kaco meka on-air.

Sempat ler jumpa meka lepak sat with them after the finished the session with Farah.

Dapat ler extend sok sek with both of them sat.

Tengah melayan sembang, perasan they also got these masks...topeng yang dipakai skang because of the haze.

Lots of companies hand them out...even my work place...and apparently Astro bagik staff meka gak. Anyway...dapat idea...sebab smalam kita da citer pasal bab how Mawi is exploited...apa kata kalau ada lak yang exploit dia...skali ngan Marsha tuk popularkan topeng jenama 'Mawi'. Harus la iklan meka buat tuk promosi jadik camni...

Nak beli ke? Topeng jerebu cap 'Mawi' dan 'Marsha'! (Pada mereka yang tak paham - ini cuma lawak ek!)



Tergelak jugak kami semua bila tengok balik pics ni. Tima kasih ler pada Mawi dan Marsha layan gila sat wat lawak ni. Siap pose maut agik si Marsha.

So anyways tengah hang out ngan meka after meka cleared their interview, ada lak member Farah nak jumpa mintak autograph and amik pics and all with the two.

Sorang tu aku kenal...budak ex UiTM yang kerek berlagak syok sendiri sebab skang keja government department...dia ni angan-angan sikit banyak cita politik dia yang dia penah ngaku disamping admission how he would do anything to get ahead (sedih hidup ko!)

Aku malas nak dekat sebab tergeli sat ngan dia ni. Rupanya dia datang pakai 'kuasa' dia semata-mata nak jumpa Mawi dan Marsha. Nak tergelak pun ada...lantak ler ko (dinch pons pec lobs berangs - ni tuk meka yang paham). Finish tu...abang Aman bak ler meka skali ke studio x-fresh.fm jenguk say hi to everyone there.

Adi tengah acara rancangan



Mawi dan Marsha promo x-fresh.fm sat. Pastu perjumpaan tiga generasi Akademi Fantasia bersama Mawi, Adi, Marsha dan Anding.



Di tengah kecoh semua seronok 'bermesra' beramai tu, sempat ler amik pics takder tema...in other words, those 'point and shoot' pics. First of all - more of Mawi.

Mawi panas ke? Sebelah tu gambar tag Mawi. Dah jadi staff Astro! Bukan pak guard ek tapi label tu tulis ARTIS ok!



Pastu...ni gambar eksklusif dari Marsha for all my blog readers...as I promised more pics of her gak kan...
Marsha tayang mata dia. Beso wo! And then pose manja lak!



So it was a tiring end to a quite hectic day. Doesn't stop there. Ni masih wat keja sambil update blog.

Yang sakit ati...aku nak update radio.blog lak takleh sebab the main page lak down so I can't download the converter. Sori ler pada meka yang nunggu aku upload lagu dari final dan juga pesanan khas yang dirakamkan oleh para finalists tuk readers of this blog.

I promise I will get it up online as soon as the problem with radio.blog is rectified, ok.

Ok le...nak abihkan keja kul lebih 4.30 pagi ni dan amik ubat supaya overdose dan tidur. Esok baru nak cadang nak MC ke ataupun nak keja, jika keadaan kesihatan mengizinkan, which I doubt.

Apapun, malam esok ada Media Appreciation Night Akademi Fantasia...so nak be in my best health ler.

Tu pun kalau aku larat gi...but I think I will.

So expect more pics akan datang.

Apapun, pada mereka yang tak nampak rambut aku potong camne...ni ada pic aku amik masa kat studio x-fresh.fm. Now you know what I mean when I say it's a gothic punk mohawk thingie cut?

Kira tengah je ada rambut. And since rambut aku panjang lepas bahu sebelum dipotong, kira belakang berekor. Kalau gel, leh wat spikes...but don't want to. Again, tengok Seven Swords kalau nak tau rambut aku camna...

Dia tengah je ada....tepi semua skin abih.

Tapi ni pun aku rasa da panjang kena skin agik esok.

Hope it doesn't look too horrendous.

Apapun...ada colleague siang tadi dari belah Berita Harian amik pics aku sebab nak wat citer pasal piercings, so aku kena jadik model dia.

Dapat gak tayang all my piercings in a national daily. Berbaloi ler harga piercings aku.

Harus piercer aku kat Kotaraya tu tompang bangga hasil keja tangan dia dipaparkan kat paper.

Ok ler...off to work!

Oh by the way - ni ada kenyataan akhbar aku dapat dari pihak Media Hiburan menjawab soal eksploitasi Mawi. Baca dan fahamlah...dan buat keputusan sendiri ek...kalau sudi...buat lah komen di ruangan comments and share your views on this.

And oh...jangan lupa vote my blog below to support it, ok!


KENYATAAN AKHBAR DARI MEDIA HIBURAN MENGENAI BUKU MAWI
MEDIA HIBURAN adalah sebuah majalah yang berwibawa dan dikendalikan professional serta sentiasa mengamalkan investigative and creative journalism dalam menyediakan bahan dan sentiasa mematuhi etika kewartawanan dalam setiap laporan.
Oleh itu laporan kami dalam menerbitkan buku khas Mawi World; Media Hiburan adalah tepat dan diperolehi daripada sumber-sumber yang sahih.
Ia tidak ditokok tambah. Dalam hal ini ibu dan bapa beliau sendiri telah memberikan keizinan. Malahan Mawi Fanclub di Kulai turut memberikan kerjasama mereka.
Untuk mempertahankan dakwaan ini kami masih menyimpan bukti kukuh bahawa segala perbualan dirakam dan dicatat.
Dalam hal ini Mawi dan keluarga serta pihak-pihak tertentu seharusnya berasa bangga atas usaha kami kerana ia sedikit sebanyak telah menolong menambah populariti Mawi hinggalah dia menjuarai AF3.
Tidak dinafikan poster dari buku khas tersebut telah ditampal di merata-rata tempat sehinggalah menjadi sepanduk menghiasi Stadium Melawati pada setiap minggu sebaik sahaja ianya diterbitkan. Sama ada pemberian royalti diberi atau tidak diberi kepada Mawi adalah keputusan kami untuk menentukannya.
Sekiranya kami memberikan royalti, orang yang berhak mendapatnya hanyalah Mawi seorang. Kami berharap tidak ada pihak-pihak tertentu yang ingin mengambil kesempatan untuk mengeruhkan keadaan dengan mempertikai kredibiliti serta memberi tanggapan negatif hingga mempersenda kesetiaan pembaca terhadap kami yang telah terbina betahun-tahun lamanya.
Bagi kami Mawi adalah hak semua dan menjadi sumber berita. Oleh itu kami sentiasa menampilkan kelainan untuk pembaca kami.

Intan Zabidin
Editor Media
Hiburan Kumpulan Karangkraf Sdn. Bhd (54179-V)
Lot 2 Jalan Sepana 15/3
Off Persiaran Selangor
Seksyen 15
40200 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan

Reactions:

0 comments: