Sunday, July 03, 2005

Told you so!!!



Sudah berminggu kan aku da katakan akan ada double elimination?

Sekarang nak percaya?

Dah aku katakan, Astro ni akan buat sesuatu (walaupun dah talked about) as long as mereka rasakan orang dah lupa. Yerlah...where is the surprise kalau the public is expecting it kan?

Last week - aku hint surprise tanpa nak cakap apa surprise nya - and the surprise was the change in venue.

Minggu ni - memang dari konsert kedua - ada sumber sudahpun memberitahu akan ada elimination dalam masa tiga minggu from then. So two weeks we waited, and nothing... dan minggu ni...CAK! Amy dan Reza lak tarik Samsonite.

Masa Menuju Puncak - aku da SMS tok nujum sorang ni dan tanya dia - siapa yang terkeluar - dan dia (antara yang ada access to the information) da bagitau double akan jadi, tapi dia kata no surprise - and aku dapat tangkap sebab sebelum tu aku da cakap ngan dia worst performance for the night memang si Amy and Reza)

So masa suspen-suspen tu, aku mampu tersenyum sikit - tapi sakit jiwa gak sebab nak sangat si Aidil dan Kefli berambus dari Akademi Fantasia.

So how was the show?

Ni review aku kat bawah....setuju ke tak, terpulang.

Aku cuma leh katakan - pemilihan pengkritik profesional kena lebih arif - seperti minggu lepas.

Horror siot! Kudsia masih menyatakan orang salah chord!!!! Dua kali lak tu...There is no way orang leh salah chord ler Kudsia sayang...Hish!

Tau tak apa tu chord???

Vocal leh salah key, pitching etc.

Tapi mana leh salah chord???

For your information (ni education sikit ek bagi mereka yang tatau), this is the definition of chord.

When it comes to music - a chord ialah a combination of three or more pitches sounded simultaneously. You play chords on an instrument - you can't sound chords with your vocals lah!

Adus! Malu siot! Berapa kali dia nak wat kesilapan ni???

And lagi satu - lagu Senyuman Ragamu dari Gerhana Ska Cinta dibawa Aidil tu is ska ok. Bukan reggae!!! Nuts...nama jer professional. Genre muzik pun tatau. Sedih!!!

Read this that I've prepared pada mereka yang tatau beza ye apa tu ska dan apa tu reggae!

Bawah a little education sikit tuk meka ek from my files yang ada on genres - and what are they...so lain kali wat homework sebelum pepandai ek komen 'Bob Marley' laa...'reggae' laa...Memang interrelated - but it makes you look ignorant kalau tatau beza.

Ska is popular music yang originated from Jamaica in the 1960s, dan mempunyai elements of rhythm and blues, jazz, and calypso, disertai a fast tempo with a strongly accented offbeat.

Ska punk lak is a fusion of Jamaican ska and British and American punk rock.

The earliest combinations of the two sounds bermula somewhere in the late 1970s bila punk membawa perubahan dengan its revolutionary approach towards lyrics yang seiring ngan style of reggae awal serta other Caribbean musical styles.

Pastu lak there is the second wave of ska yang two tone, which was more British, dan meletup dalam lewat 1980s into 1990s, seiring ngan American skacore, yang lebih dikenali mainstream.
Istilah ska bermula daripada the greeting "Love Skavoovie", kata 'salam' digunakan oleh Jamaican bassist Cluet Johnson, salah satu pengasas awal skars of ska.

Reggae lak is an African Caribbean style of music developed on the island of Jamaica and is closely linked to the religion Rastafarianism.

Asal usul reggae bermula dalam muzik tradisi African Caribbean serta American rhythm and blues. Ska and Rocksteady antara 'pengasas' awal muzik ni dalam 1960s. Bob Marley, kemudian mempopularkan irama ni, walaupun ramai tatau dia pernah mengorak langkah skali ngan Rocksteady.

Gaya reggae dibawanya adalah disebut roots reggae or roots rock reggae yang masih diperjuangkan artists like Black Uhuru, Burning Spear, Culture, Israel Vibrations, The Skatalites and Toots and The Maytals from Jamaica dan gak UB40 from the UK.

Reggae di Jamaica mempunyai banyak approach gak, termasuk Lovers Rock, Dancehall and Raggamuffin. Dub is an instrumental sub-style of reggae.

Mixing techniques digunakan dalam approach Dub mempunyai influence terhadap perkembangan hip hop, drum and bass and other styles.

Toasting, gaya seolah rap dalam raggamuffin reggae - pertama kali digunakan artis seperti Dillinger dan Yellowman - dan dipopularkan oleh DJ Jamaican bernama Kool Herc.

Untuk muzik Jamaica, dee jaying ataupun gaya bercakap dikatakan rapping in most other parts of the world.

So there is a big difference - walaupun to the untrained eye (in this case - ear) it's the same thing.

Now...on to my comments.

Akma - Camar Yang Pulang (Aishah)
Kenapa lak baju dia ala Superman kena kacuk genetik ngan baju Ning masa wat Awan Yang Terpilu masa Anugerah Industri Muzik? Colour cam very the Colours of Rangoli! Adus! Apapun, performance dia bagus - tapi as usual - not inspiring at all. Tak paham camna dia nak cari x-factor dia tuk layakkan dia ke final. She's good, yes, but also plain bloody boring!

Aidil - Senyuman Ragamu (Gerhana Ska Cinta)
Not only the critics tak paham apa tu ska, nampaknya takder orang bagitau dia Aidil skali. Cam lagu haper ntah dia bak. Vocally improvement I admit. Tapi apa pun yang I thought was good about the performance, went down the drain bila dia start balik wat tarian kuda kepang dia tuh. Loya tekak!!!

Marsha - Bossanova (Saloma)
Bangga sih ngan Marsha! Akhirnya dia tunjukkan part of her REAL voice! Kita selalu dapat dengar the impressiveness of her vocals, tapi skali ngan showmanship dia yang naturally breathtaking, she ranked again only behind Amylea dari segi overall performance in terms of quality! Dia consistent, malah selalu ada improvement. Ni baru persembahan bakal pro!

Amy - Antara Anyer Dan Jakarta (Sheila Majid)
Ya ampun! This is what happens when you forget the colour of your skin! Dia ingat dia ni African American ke lagu ala manja ni dia nak feeling improvisation goreng? Sampai hangus sih! Takder ikut tempo langsung...bab pitching takyah cakap ler. hancus gila babas and one of the WORST performances of the night. Pandai lak pengundi pilih kali ni...Tapi kan aku rasa sebenarnya kena badi Aidil ni....main kahwin-kahwin agi ngan kuda kepang...

Reza - Ala Emak Kahwinkan Aku (Zainordin Mat Dom)
Nak try and act cute - but failed! Camner ler ada pengkritik tu katakan this is best performance??? This is without a doubt, persembahan paling longkang dia. Pening tengok dia cam berbisol bontot...dan sakit telinga layan sora dia yang melalak. He simply tried too hard! Also worth of one of the worst performances of the night.

Yazer - Takdir Penentu Segalanya (Jamal Abdillah)
A shaky peformance. Aku da agak...Yazer ni kalao tak menjerit wat rock dia tuh, karam nya. But he did quite well ler...better than expected, though still not as good as some would claim.
Kedengaran on low notes, sora dia langsung tak stabil, dan tremolo dia burok and menggangu ler tinga aku. Tremolo tu apa? (Kudsia Kahar pun nampaknya tatau sebab penah komen vibrato lak...) Tremolo tu definition dia effect hasil ulangan satu tone atau perubahan antara dua tone secara pantas. Kira gegar ler sora tanpa control ler. Ala mengigil. Vibrato tu kalau ala berombak, beralun (is that the right word?). Anyway - on high notes, dengar sora sebenar dia merdu gak. Maybe he should stop being a rocker wanna be. Rocksteady ler ko....tunggu minggu depan ko dapat lagu bubblegum pop baru ko teruji.

Amylea - Hak Milik Kekal (Linda Rafar dan Diana Rafar)
Wow! Tiga minggu berturut-turut best overall performance. Semakin minat aku minah gedik ni. Aku penah tak suka dia start Diari sebab menyampah perangai overconfident dan berangan dia. Tapi kebolehan dia memang aku takleh nafikan. She is the best so far dari semau pelajar! Nampak improvement dia mendadak - and yang penting - dalam perform lagu ni, nampak stamine vocal dia mengagumkan siot! Terkinja-kinja camner pun sora maintain. Linda dan Diana berdua nyanyi ni, siap step slow motion pun hancus. Ni dia sorang - wat step pun cantik...pastu overall hasil walaupun out sana sini teramat sikit impressive gila visually as well. Five star performance walaupun lagu busuk! Off topic sikit tapi korang prasan tak hook tuk lagu tu - ala-ala lagu tema Star Wars? Dengar muzik dia, pastu cari lagu tema Star Warss. Kelakar siot!

Mawi - Beautiful Maria (Los Lobos)
Aku tak harapkan Mawi punya English bagus. Dan aku leh maafkan kekurangan feel lagu dia kerana mungkin dia tak dapat menghayati lagu ni kerana tak paham kot ngan lirik lagu ni.
Tapi susah nak maafkan kesilapan yang tak patut seperti tempo. Basic tu. Terbabas abih! Pastu tak sustain notes where he should, not to mention melody pun lari brapa kali. Malas nak komen lebih but I think dia tak justify even a top five placing kalau ikutkan persembahan lagu ni. Da tiba masanya Mawi buktikan popularitinya adalah kerana bakatnya dan bukan sentimen bermacam.

Ekin - Let's Get Loud (J. Lo)
Ni apa kes joget lambak ni. Semakin burok si Ekin ni. Some parts of the song nampak ler sora dia power gak. But then again, lagu J. Lo, so the challenge is more can she entertain ala Amylea. Horror siot. Memang jadi joget lambak. Takde step...kelam kabut. Sora cukup makan. Ekin pun nunggu nak sorong Samsonite ni...

Kefli - Berhenti Berharap (Sheila on 7)
Sengau oh sengau. Everytime ada vowels, musti dia nyanyi ikut hidung. Mungkin orang tak kisah sebab lagu tu memang berhantu, tapi aku geli dengar dia ni. Showmanship nothing great ler walaupun aku rasa dia berjaya menambat hati penonton. Still - he has to go soon. Dia dan Aidil brapa kali da narrow escape. Can we see the last of either of them next week and the week to come?

Felix - Hari Ini Dan Semalam (J.Mizan)
Kudsia oh Kudsia. Kenapa lak ko ni. Lagu tu memang simple dan straight forward. Ko nak dia goreng camne lak? Cam Amy?
Pernah ke tak dengar lagu asal ni?
maybe sebab Felix made it look easy kot. Whatever it is, lagu ni no-brainer dan tak berapa menguji Felix, but he did ok. Amusing as usual. But I'm hoping for better songs for him walaupun da hampir semua genre dia bak.

So kata putus? Memang patut ler penyingkiran Amy dan Reza. In fact aku rasa ni the first time - persembahan terburuk yang keluar. Tiga minggu orang ngundi ikut sentimen. Minggu ni, secara langsung ke tak, yang tersingkir adalah berdasarkan kekurangan persembahan.

Upsets?

Mmm... aku dah abih citer pasal apa Astro nak wat lagi lepas double elimination ni. Jangan ler harap gimik cam AFMASUK ataupun double lagi pasni sebab tak mungkin ler happen again after this. Da abih da stok tu. But who knows kan...maybe Astro baca ni akan terus buat sebab saja orang tak expect, nak kejutan agi...

By the way, Isnin ni interview Reza dan Amy. Pada sesiapa yang minat mereka berdua (tak minat pun takper) dan you have questions, tinggalkan kat ruangan Comments ok. Aku akan tanyakan.

As for pics - ada ler berapa keping aku akan uploadkan dari konsert di Putrajaya tu...but not today.

Esok nak gi launching studio Linda Jasmine ngan adik-adik Akademi Fantasia yang dah terkeluar...

Bye guys...dan jangan lupa - lagu-lagu konsert kelima boleh didengari melalui radio.blog aku. Sokong ler usaha ni dan teruskan UNDI/VOTE for my blog!!!

Reactions:

0 comments: