Thursday, July 28, 2005

Kejutan ke?

Malas nak update. Tapi ni berita terkini dari Astro! More news on Bangkok trip with pictures later.

Takder ler surprise sangat kan bagi pengikut-pengikut blog ni. Didn't we know this was going to happen?

Expect another possible mini kejutan this Saturday (just maybe)...

Akademi Fantasia 3: Empat pelajar akan ke peringkat akhir
Kuala Lumpur, 28 Julai 2005: Astro, sebagai penerbit dan penyiar program realiti TV paling popular, Akademi Fantasia 3 (AF3), semalam mengumumkan keputusan untuk memberi peluang kepada empat pelajar untuk mara ke peringkat akhir.

Pengumuman dibuat oleh pengetua AF3, M. Nasir di hadapan enam pelajar yang masih kekal di Akademi, menerusi program Diari Akademi Fantasia 3 yang disiarkan pada 27 Julai, 8.30 malam di saluran Astro Ria dan Astro @15.

Ini bermakna pada konsert minggu kesembilan Sabtu ini, dua pelajar akan disingkirkan berdasarkan peratusan undian paling rendah Sistem Pesanan Ringkas (SMS) pengundi.

Ketua Program Melayu Astro, Rozina Aziz berkata keputusan atau kejutan ini adalah untuk memberi kelainan format kepada program Akademi Fantasia.

Beliau merujuk kepada AF musim pertama yang membawa lima pelajar ke peringkat akhir manakala AF musim kedua menampilkan 6 pelajar.

"Dengan hanya 4 pelajar di peringkat akhir, tenaga pengajar akan memberi lebih fokus kepada pelajar-pelajar itu dalam setiap aspek persembahan dan diharap mereka dapat membawa persembahan paling bertenaga di konsert akhir nanti," terang Rozina.

Bagaimanapun, dari dua pelajar tersingkir, pelajar yang mendapat undian lebih tinggi akan dikira menduduki tempat kelima. Beliau layak menerima hadiah berupa Pakej Percutian ke Bali tajaan Pearl of The Orient (POTO Travel) dengan kerjasama Aida Travel dan Gulf Air, sebuah Kerusi Urut tajaan Gintell, sebuah Beg Pakaian jenama Samsonite, Wang Tunai RM3000 sumbangan Hotlink dan Trofi Akademi Fantasia tajaan Astro.

Astro juga mengumumkan pengenalan satu Anugerah Khas yang bakal diberi kepada salah seorang daripada 14 pelajar AF3 iaitu Anugerah Vokal Terbaik. Anugerah ini adalah untuk pelajar yang mempunyai kekuatan vokal terbaik, dan dipilih melalui undian SMS penonton.

Untuk memilih calon vokal terbaik, taip AFVOKAL dan hantar ke 32999. Talian SMS bagi Anugerah Vokal Terbaik akan dibuka mulai 8.30 malam pada Jumaat, 29 Julai 2005. Setiap SMS akan dikenakan caj premium RM0.50 tidak termasuk kadar SMS biasa yang dikenakan oleh TELCO. Pemenang anugerah tersebut akan diumumkan pada Konsert Akhir Akademi Fantasia yang akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 6 Ogos ini. Pelajar yang memenangi Anugerah Vokal Terbaik bakal menerima sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM3000.

Tiket bagi Konsert Akhir Akademi Fantasia akan mula dijual oleh TicketCharge mulai Isnin, 1 Ogos pada harga RM20 dan RM40. Bagi mereka yang membeli tiket pada hari Isnin, 1 Ogos dari pukul 9 pagi hingga 6 petang akan menikmati harga istimewa "Early Bird Offer" pada kadar RM10 dan RM25. Tawaran "Early Bird Offer" ini adalah hanya pada hari Isnin sahaja.

TicketCharge boleh dihubungi di talian 03-77262002.

Selain wang tunai, bayaran boleh dibuat menggunakan kad kredit. Talian TicketCharge dibuka pada hari Isnin hingga Jumaat, mulai jam 9 pagi hingga 6 petang dan hari Sabtu, mulai jam 12 tengahari hingga 6 petang. Tiket-tiket juga boleh didapati dari tiga cawangan TicketCharge di Mid-Valley Boulevard, The Mall dan Lot 10, Kuala Lumpur.

I say : Why call it Anugerah Vokal Terbaik kalau bukan judged by professionals. If its based on public votes - then its Anugerah Vokal Popular. The masses cannot be expected to deliver a result that is equivalent to that of people knowledgeable in the business. The best tu kena laa orang yang paham apa tu vocals and techniques involved mah!

Reactions:

0 comments: